Aku & Mamat Korea - Part 3

          Wahhh bestnyer dapat landing kat atas tilam nie walaupun tak empuk macam dekat rumah. At least tak patah riuk lah tulang-tulang nie kan. Hehehe. Penatnya hari nie kelas dari pagi sampai petang. Dah lah hari nie hari Jumaat. Bila ada kelas petang nie memang tiba-tiba je lemak banyak je dekat badan sampai berat badan nak bergerak. Kihkihkih. Walhal kemalasan melanda beb! Boring plak bila Kak Limah nie takde. Mentang-mentang sem nie dia tak banyak paper. So balik Seremban je la kejenya. Owh lupa plak nak bagitau, Kak Limah nie tua setahun dari aku. Kira aku sem 5 and dia sem 6 lah. Tapi takdenya nak berakak-akak ni. Dia sangat sporting beb! Memandangkan kesportingan dia menyenangkan hati aku, so kiteorang dah decide nak duduk satu bilik lagi sem nie even lain-lain kos. Aku dak akaun dan dia dak karen. Hehehe...aisey orang tengah syok flashback kenangan dengan Kak Limah handphone aku nie menyanyi lagu CN Blue plak..one of my favourite band k-pop nie...
          " Oit mamat Korea celup! Kau nak pe kacau aku petang-petang nie???" tiba-tiba satu badan hangin bila yang call nie mamat Korea. Asal aku free je mesti ada yang nak kacau. Dan orang yang kacau tu tak lain tak bukan si mangkuk buatan Korea nie. Sejak keluar bersama hari tu, kitaorang terus da jadi satu team sebab kalau aku keluar dengan Limah dan yang lain-lain dengan secara automatiknya si mamat Korea nie ada sekali. Tu yang bertukar-tukar nombor tu. Tapi kami sentiasa bertekak. Tak pernahnya ase nak berbaik-baik. Lagak macam anjing dan kucing lah. Aku kucing parsi yang comel dan dia anjing yang tut tut tut...Hahaha.
          " Amboi hang...nama ja perempuan tapi adab tarak. Bagi lah salam dulu. Mau kena strok aku dengaq hang bertepik macam ni tau," lembut je suara mamat Korea nie. Mesti ada pape nie. Kalau tak suara dia pun dah macam singa jantan nak mengawan. 
         " Eh mamat Korea tau bagi salam ke? Ahakk...aku beradab tapi dengan kau takder maknenyer. Ni apehal cari aku ni? Mesti ada pape kn. Mentang-mentang Limah balik so kau ingat aku dah ditugaskan oleh Limah untuk melayan karenah kau la er???" tanye aku bertubi-tubi. Aku tau nie mesti ada udang galah di sebalik mee rebus ni. Cara mamat nie cakap cukup dah menjelaskan segala-galanya. Cewaahhh..macam ahli nujum pak belalang kunyit plak aku nie.
         " Erk...how to start ek...ermm actually aku nak ajak hang pi keluaq makan sat. Boring la makan sorang-sorang," jawab mamat Korea. Aku yang mendengar macam musykil pulak kan. Kenapa aku?
        " Pasai pa aku plak? Mail, Fahmi and yang len-len pi mana?" tak pasal-pasal aku dah terikut loghat mamat nie dah.
        " Urmmm...depa suma balik. Ha balik. Tu pasai aku ajak hang. Ala pi makan ja pun. Aku belanja. Jom la...hang cakap ja nak pi makan mana," uishhhh...dia belanja??? Good news. Tapi...
        " Takkan suma pakat balik? Tadi elok je aku jumpa and siap berborak-borak lagi ngan diorang," aku masih tak berpuas hati.
        " Ishhh...hang ni banyak tanya la..nak ka tak mau nie???" si mamat Korea dah mulai bosan dengan pertanyaan aku. Wajiblah aku tanya kalau masih ada keconfiusan di hati. Hehehe. Apa punya Bahasa Melayu la kan yang aku guna. Rosak-rosak!
       " Ok ok! Wajib nak kalau kau belanja. Dalam pukul lapan lah kita jumpa kat tempat biasa dekat Pusat Komersial. Aku malas nak pergi jauh-jauh," ujar ku. Kena cepat-cepat grab peluang yang ada. Bab makan nie beb! Hehehe.
      " Orait! Deal! Aku jumpa kau kat sana ok," balas mamat Korea cukup ringkas then terus tamatkan panggilan. Lahabau punyer budak! Cakap aku tak beradab. Kau lagi tak beradab terus letak. Salam pun takde. Huh! Nasib kau nak belanja aku makan. Lalalalala...jimat duit makan untuk malam nie. Muahahaha.




          " Erkkk...Alhamdulillah...Opsss...Sorry sorry," aisey malunyer tersendawa besar plak depan mamat Korea nie. Huhuhu. Kekenyangan siot. Dah dia cakap order je apa yang aku nak makan. Aku bantai la cukup-cukup. Siap order ikan siakap sweet sour lagi tue. Hahahaa...orang keliling yang datang makan mesti ingat aku ni tukang kikis duit balak kan. Yela muka sah-sah student UiTM lagi kot. Tapi order makan...mak aiii...Do I care? Sebab dia bukan balak lah aku kikis. Siapa suruh baik hati nak belanja aku makan kan. Serves your right lah Mr Korean!
          " Mak ai...sendawa dah macam kongkang siot. Nasib bek bukan awek aku nie!" perli mangkuk Korea nie sambil menjuihkan bibir dia. 
            " Cehhh...sebab aku bukan awek kau lah aku sendawa besar camnie. Kalau kau nak aku kentut sekarang pun boleh. Hahaha," ketawa besar aku bila dapatkan kenakan dia. Mamat Korea hanya menggeleng-gelengkan kepala dia je. Kalau dengan balak takkan lah aku nak buat perangai tak senonoh nie. Jatuh air muka beb! Tapi mamat Korea ni nampak pelik lah malam nie. Serius semacam je. Kalau tak dia layan je kepala otak aku yang gila-gila nie. Time makan tadi pun aku je yang beriya pulun orang-sorang. Dia jamah sikit-sikit je kot. Putus cinta ke? Tapi muka macam player je. Tak kot...
          " Oit Korean celup! Kau nie kenapa nie? Serius semacam je aku tengok? Ader problemo consperesso ke?" kan dah terkeluar bahasa Sepanyol aku. Ntahkan betul ntahkan tidak. Hehehe. Kelihatan mamat Korea ni sedang membetul-betulkan kedudukan dia yang tengah duduk tue. Hek eleh...gaya macam nak meluahkan feeling kat awek plak kan..nyampehhh.
         " Ehemm ehemmm...ok ok. Testing testing 1 2 3," si Korean celup memulakan bicara. Dah macam gaya MC dah.
    " Hangguk kau testing! Serius la bachaaaa," aku terus sekeh eh bukan....tersekeh sebenarnya kat kepala dia. Hahaha. Siapa suruh main-main dengan aku.
        " Oi! Apa maen kepala-kepala nie! Kepala ni bayaq zakat tiap-tiap tahun tau!," jerkah si mamat Korea nie tapi dalam nada bergurau lah kan. Apedehal jah...
       " Aku tau lah hang bayaq zakat. Tapi aku asa mak pak hang bayaq tak cukup satu sen kot. Tu yang hang cam takut-takut nak cita kat aku nie sampai gagap. Hahaha. Straight to the point la. Sekarang dah pukul sembilan malam. Pukul sepuluh pintu pagar da tutup. Kang tak balik kolej aku malam nie," gurau aku tapi dalam hati risau jugak. Buatnya terlambat balik. Celah mana aku nak bermalam. Takkan rumah sewa si mamat Korea ni pulak kan. Eeeee ngeri-ngeri.
          " Ok ok...hang dengaq sini bek-bek tau aku nak cite. No objection  except aku da abis story kat hang. Deal?" amboi seriusnyer. Dalam hati aku da tergelak-gelak dah tengok gelagat dia. Macam berat na kes dia nie. Tapi hati boleh gelak ke? Ouchhh...parah kalau hati boleh gelak gelak...hahaha. Aku cuma angkat tangan kanan tanda setuju and promise takkan object selagi cerita tak habis. Then bermula cerita mamat Korea nie. Dia cerita dari A sampai T. Sebab ape tak sampai Z, sebab aku da menyampuk dulu. Ceritanya mampu buat biji mata aku terkeluar pastu masuk pastu terkeluar balik. 
          " Whatttt???? Ko nak aku jd awek kau? Awek kontrak plak tu. Mana pernah di buat orang bercouple kontrak nie? Selama hidup nie kahwin kontrak adelah aku dengar. Tu pun dalam novel. Ko biar bettik dol?" tak pasal-pasal volume suara aku jadi tinggi. Dah macam pasang home theater da gayanyer. Cadangan gila siot!
       " Habis kau nak jadi awek aku secara rasmi ke? Macam layak sangat," balas si mamat Korea dengan bongkaknya. Mak aii!!! Statement kau! Nak kena nie...
         " Hoi! Hang ingat muka aku nie tak laku ka? Ingat tak cun ka? Sekali petik jari sepuluh yang mai. Silap-silap haribulan hang yang melutut kat aku tau! Dah lah hang mintak tolong aku pastu kutuk-kutuk aku plak," marah aku. Kan da terkeluar loghat utara. Ntah camne tiba-tiba terfasih plak. Mentang-mentang muka kau hensem ala-ala Kim Hyun Joong so kau boleh kerek la. Muka aku nie natural beauty tau. Kalau touch up sikit kalah Lisa Surihani. 
          " Ok ok. I'm sorry. Beb! Aku terdesak la nie. Si Nina tue tak abis nak menggedik kat aku. Aku tak minat la ngan betina garik macam dia tu. Tiap-tiap masa dok kacau aku. Padahal aku da habaq dah aku tak boleh terima dia," si mamat Korea buat muka kesian macam kucing yang comel dalam citer Shrek tu. Hampeh!
         " Abis kau nak elakkan diri dari dia lah er? But why me??? Kan ramai je female student kat fakulti kau tu. Tinggal nk pick je kan," usul aku plak. Seboleh-bolehnya tak nak terima cadangan bangang dia tu. Tiba-tiba teringat kisah lalu! Serik beb nak bercinta even couple kontrak je pun kan.
         " Aku da try tapi dia tak percaya. Pernah suatu masa tu dia sanggup pi jumpa mak bapak aku semata-mata nak tanya sal perempuan yang aku upah jadi awek aku tu. Hang tau tak betapa malu aku tau dengan perangai dia yang lagu tu. Lagipun dia kawan satu kampung aku. Memang rapat la dengan family aku especially mak aku. Mak aku pulak lurus bin bendul pi cerita hal yang betui-betui kat dia. Lagipun dia takkan percaya kalau budak-budak fakulti aku jadi awek aku. Sebab apa sebab dia da warning kat semua student situ jangan dok mereka nak menggatai dengan aku. Sebab tue aku pilih hang. Dia tak kenal hang. Lagipun hang kan pandai taekwando. Kalau dia bagi warning hang bukak langkah la. Guarantee dia lari," terang si mamat Korea dengan panjang lebar. Aku hanya terangguk-angguk macam burung belatuk je la. Teringat plak aku pernah tertumbuk mamat Korea nie hari tue sebab geram tahap gaban sangat dengan perangai dia tu yang suka buat aku sakit hati. Sebab tu la jugak dia tau aku ada black belt tau. Hahaha padan muke! Hmmm....dasyat guk minah tu. Tak tau la macam mana kalau aku jadi awek upahan si Korean celup nie nanti. Mesti dia hambat aku dengan batang penyapu kot. Hehehe.
         " Sape suruh kau tak pakat dengan mak kau. Sekarang aku plak jadi mangsa. Tak pasal-pasal ada musuh," aku bagi cadangan even tau dah terlambat kan. Mana tau dia berubah hati dan dengan senang hatinya tak payah lah aku ikut sama dengan cadangan giler dia nie.
        " Takkan lah hal-hal macamnie aku nak libatkan orang tua kot. Tak mau lah menyusahkan depa. Lagipun kami kenai dari kecik. Aku pikiaq jugak pasal hubungan kami sekeluarga yang dah lama terjalin nie."
      " Owh...betul-betul. Hmmm if i agreed so how long we should be as tut tut tut?" aku cuba bertanya mengenai cadangannya tu. Tak tau nak setuju ke tak. Confius la wei!
     " Until at the end of this sem. Lagipun next sem aku praktikal kan. Aku akan cuba buat dia terima kenyataan yang aku bukan untuk dia. So amacam? Hang setuju dak?" aku blur bila dia tanya aku macam tue. Lama jugak tu. Ada lah 3 bulan kot. Tue tak termasuk cuti sem lah. 
     " Hmmm tengok la dulu camne," jawabku pendek. Serius aku tak boleh nak berpikir. Ni bukan benda mudah. Aku seboleh-bolehnya tak nak bercinta lagi even aku cuma di minta untuk berlakon je.
     " Alaa...hang jangan lah tengok-tengok. Kesian lah kat kawan hang nie. Nanti kita buat agreement ok? Hang letak la syarat apa yang patut janji hang pueh hati..." rayu si mamat Korea lagi. Wahhh first time di rayu oleh mangkuk pirate nie. Muahahaa. Hatiku geli lagiii...
       " Well apa yang aku akan dapat lau aku setuju?" aku cuba menduganya lagi.
    " Hang akan dapat kasih sayang aku untuk tempoh masa lebih or kurang dari tiga bulan. Hehehe...Alaa dengan aku pun nak berkira. Hang tak ingat ka dulu aku pernah selamatkan hang dari jatuh dari bas. Tak terbalas tau jasa tu..kira time nie la untuk kau balas balik. Kan kan?" nak termuntah aku dengar. Piirahhh! Tolong sambut je pun. 
    " Cehhh...ungkit nampak??? Camnie lah...biar aku pikir dulu. Esok pagi-pagi buta aku beritahu ok? Oklah aku nak chow dulu. Nak dekat pukul 10 dah nie. Papehal aku contact kau. Chowww beb!" ada riak kekecewaan terpancar di muka Korean pirate nie. Aku tak boleh buat keputusan. Sabar je la kawan.
      Lepas balik dari makan malam dengan mamat Korea tu, aku solat Isyak siap-siap. Malam nie memang aku takder mood nak study sebab asyik terpikir sal pertolongan yang diminta oleh Khai. Huh! First time panggil nama dia kot. Nasib masih ingat nama dia. Perlu ke aku terima? Aku belek-belek muka aku dekat depan cermin. Cun apa muka aku nie? Ingat tak layak ke untuk orang yang hensem! Sakit pulak hati bila ingat balik kata-kata mamat Korea tu. Siot je kutuk-kutuk aku. Hmmm...aku takut untuk terjebak dalam cinta lagi. Aku taknak sejarah hitam berulang. Tapi...kiteorang just couple kontrak je kan. Patut ke aku tolong dia atas dasar kawan? Even macam tak berapa ngaku lah kawan kan. Pikir punya pikir last-last aku tertidur.


Keesokkan paginya dalam pukul 6.00 pagi...


         Sape pulak dah yang sms aku pagi-pagi nie. Alarm pun tak bunyi lagi nie...bising sungguh la...dengan perasaan yang malas, Khai capai guk handphonenya yang tengah mendendangkan lagu Muse, Unintended yang menandakan ada message masuk. Huh! Jiwang guk er Khai nie.


" Morning mamat Korea celup! Aku setuju jadi awek kontrak kau tu! Lunch time t  kita sign Couple Contract Agreement wokeyyy! Aku da siapkan bahagian aku. Hope kau pun macam tu. See u yawww!"


          Khai seakan-akan tak percaya bila Ika sudi tolong dia. Berkali-kali dia ulang baca sms yang dikirimkan tue. Wow! Happynya!!! Hopefully kali nie plan dia akn berjaya lah untuk menjauhkan diri dari Nina. aku dah tak larat nak hadap karenah Nina lagi. Alhamdulillah...thanks Ika! Aku tak kan nyusahkan kau sepanjang kau jadi awek aku. Khai tersenyum lebar. Lalu bangkit dari pembaringan dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat Subuh.


To Be Continued...




5 comments

  1. wow..mkin mnarik cte ika & khai neyh..hehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha...thnx dear...akak pn bwu otw nk siapkn next part nie...hope u all enjoy tw :)

    ReplyDelete
  3. hehehe...sowi er dear...part 4 lmbt publish due 2 akk quite bz lately n laptop adik akk gune...insya ALLAH by tonigh akk akn smbung part 4 y tinggal sikit je 2 n also part 5 skali...thnx 4 waiting yawww

    ReplyDelete
  4. okew kak..tape2 lmbat pown tae..sedia mnanti..aha!

    ReplyDelete

Back to Top