Aku & Mamat Korea - Part 4

          Pejam celik pejam celik dah dua hari aku bergelar awek kontrak Khai. Wahhh sekarang aku tak boleh panggil dia mamat Korea atau mangkuk buatan Korea atau Korea celup dan juga Korea pirate. Hehehe...nak tau sebab ape? Sebab dah termaktub dalam perjanjian yang kiteorang dah persetujui bersama-sama dua hari lepas.
         " Orait! Ni aku dah satukan syarat-syarat untuk bahagian hang and jugak untuk bahagian aku. Hang boleh baca. If any objection or dissatisfaction on that we can altered," huluran kertas A4 putih oleh si mamat Korea nie di sambut oleh aku. Aku baca satu persatu syarat-syarat yang tertera di atas kertas putih ini.

Syarat-syarat - bagi pihak Ahmad Mikhail Bin Ahmad Mukhriz aka Khai;-
  1. No more panggilan mamat Korea, mangkuk buatan Korea, Korea celup, Korea pirate dan seangkatan dengannya (better praktice panggil sayang..muahahaha)
  2. Be my awek if necessary...
  3. Every time keluar bayar sendiri-sendiri.
  4. Sentiasa mengaku diri hang yang bernama Cik Syafika Syuhada Binti Yazid aka Ika adalah awek Khai. 
Syarat-syarat - bagi pihak Syafika Syuhada Binti Yazid aka Ika;-
  1. Tak dibenarkan sentuh aku kecuali terdesak.
  2. Kau tak boleh jadi King Control.
  3. Nak ajak keluar mesti berbincang dengan aku dulu. Jangan suka-suka hati aturkan tanpa pengetahuan aku.
  4. Jangan mendesak aku buat benda yang aku tak suka.
Perjanjian ini sah laku sehingga akhir sem pada tarikh akhir final paper di UiTM Shah Alam.

          " Oi! Kau nie memang kedekut taik hidung masin. Kata couple kontrak tapi pasal duit pun nak berkira. Dah la mintak tolong aku. Aku sikit pun tak mintak bayaran tau!" protes aku tidak berpuas hati. Tengok gaya macam loaded. Pakai kereta Toyota Vios kot. Tapi kedekut. Malang sungguh sape jadi awek dia. Si mangkuk Korea tergelak kuat. Lagilah buat hati aku bertambah panas membara.
          " Hang kan tolong aku dengan ikhlas. So buat apa aku nak baziaq kan duit aku pi belanja hang. Awek kontrak ja pun. Alaa hang nie...benda kecik lagu tu pun hang nak berkira sangat. Kita kan student. Sama-sama lah keluaq duit. Dah hang jangan nak banyak cerita. La ni kira hang setuju la kan dengan syarat-syarat aku? Aku pun takdak masalah ngan syarat yang hang bagi. So deal and kita boleh sign sekarang la no?" si mangkuk buatan Korea menghulurkan pen. Aku dengan keterpaksaan mengambil pen yang dihulurkan olehnya. Memang selfish tol mangkuk nie! Menyesal tolong! Argggghhhh! Nak tak nak aku sign la jugak. Malas nak panjangkan cerita. Aku tak kisah sangat pasal duit. Lagipun aku rasa kiterorang jarang habiskan masa bersama. So tak lah luak duit aku kan. Setelah masing-masing sign di original agreement dan salinannya sekali maka termeterailah sudah perjanjian menjadi couple kontrak bersama pasangan aku. Buweekkk. Geli aku...
          " Oit cik Ika! Berangan nampak! Kau dah siap belum soalan yang no tiga tu? Aku ada yang tak paham nie," Subhanaallah...sumpah aku terkejut bila di sergah oleh Lily. Nampak sangat aku tengah mengelamun jauh. 
          " Erkkk...ada lagi sikit ni. Ape yang kau nak tanye?" aku terus berpura-pura menyibukkan diri membelek-belek kertas di hadapan aku. Control control! Lily kelihatan hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat aku. Dia selaku kawan rapat aku pun tak tahu lagi mengenai hubungan aku dengan Khai. Tapi aku rasa tak perlu bagitau kot sebab ni bercinta secara kontrak je pun. Biar lah masa yang mengkantoikan...





          Nyaman dan aman duduk dekat library untuk study. Lagi heaven bila tiada paparazzi yakni Nina!  Kenapa lah hari-hari aku perlu ditemani oleh dia? Yup! Memang aku dah lama kenal dia. Dari kecik lagi kot. Aku rapat dengan dia selaku teman sepermainan sahaja. Tak pernah terlintas untuk lebih dari tu. First time dia luahkan perasaan dekat aku selepas SPM, aku cuba la jugak untuk bagi ruang dekat hati nie untuk dia. Tapi mungkin kiteorang memang takdak jodoh...aku dah cuba tapi masih tidak boleh menyayangi dia apatah lagi menyintai dia. Kenapalah dia masih tidak mengerti?
        " Hai dear..." tersentak seketika dari lamunan bila ada yang menyapa aku dan aku amat mengenali suara tersebut. 
       " Nina? What are you doing here? Don't you have a class after this?" aku masih berbahasa basi even memang tak selesa or sangat tak suka kalau beliau ada di sini. Potong mood betul lah! Time aku nak study time nie lah hang nak muncul!
      " Yup but cancelled. I call you but no answered. Why sayang?" soal Nina manja sambil mengambil tempat di sebelah aku. Erkkk gelinya aku. Ingat aku cayaq ka? Kepada kaum Hawa, siapa cakap semua lelaki akan cayaq dengan kata-kata perempuan yang menggedik macam nie? Kalau ada pun aku terkecuali ok! Lainlah kalau aku ada hati dekat minah nie.
       " Hmmm...my handphone was on silent. Now baru aktif kan balik. Any urgent ka yang dok kalut cari I ni?" jawab aku. Memang sengaja silent sebab nakkan privacy. Since dia da terpacak kat sebelah aku so takdak makna la nak silent lagi kan.
        " Sure la...I nak ajak u lunch with me. Can u?" Nina cuba menyentuh tangan aku. Ni yang tak gemaq nie. Nak ajak ajak ja lah tapi tangan tak payah nak menggatai berjalan sana sini. Rimas sungguh la aku! Adoi! Alasan apa yang patut aku bagi kali nie. Actually dah banyak kali dah minah nie ajak keluaq lah makan la tapi aku bagi 1001 alasan kot. Idea please comes to me!!!
      " I don't think so. Someone might feels uncomfortable," balas aku pendek sambil berusaha melepaskan tangan aku dari genggaman dia. Yes! Idea dah mai! Dan dan aku teringat dekat dia! Nina dah buat muka pelik dan curiga.
       " Who?" soalan yang dah aku duga yang bakal terkeluaq kat mulut dia. 
     " Marka I la...I tak mau dia terasa hati kalau tengok kita keluaq berdua ja..." jawab aku sambil tersenyum penuh makna. Ika! Hehehe...dia kan awek aku buat masa sekarang nie. So now I need you! Muka Nina terus berubah secara drastik. Aku tengok pun tak tau nak valued lagu mana. Suka ka marah ka...
      " I tak percaya! Khai, u jangan mereka-mereka cerita. Siapa minah tu??? Kali nie minah mana pulak yang u amik buat pelakon heroin u???" suara Nina mula meninggi. Ishhh betina nie nak buat perangai lah nie. Aku dah pandang kiri kanan dah. Aku cepuk jugak minah nie kang.
     " Nina...nie library lah...please control your volume boleh dak?" aku cuba mengawal keadaan. Salah aku jugak yang pi bagitau dia kat dalam library ni siapa suruh. Bingai sungguh! Nina yang mungkin dah tersedar dengan kelakuan dia yang boleh mengundang kemarahan dekat pelajar lain terus menarik tangan aku keluar dari library. Nak tak nak aku terpaksa ikut untuk elakkan dari keadaan menjadi lagi buruk. Mana tau kalau di biaq lama dalam library tu takut si Nina ni tukaq jadi Hulk warna pink ka...
      " What's wrong with you Nina? You already disturbed me!" aku dah mula hilang sabaq dah dengan minah seorang nie. Pi mana-mana mesti ada ja muka dia. Dulu matrik sama tempat dengan dia. Masuk universiti pun sama dengan dia. Satu kos satu kelas and what's next???
      " U jangan main-main Khai. Takkan tiba-tiba u dah ada marka??? Unbelievable ok!" Nina meluahkan apa yang terbuku. Tapi aku dapat agak dah apa yang bakal dia ucapkan. Dah banyak kali kot dengaq benda yang sama. Cemuih!
       " Kali ni I serius. I dah ada marka. Bukan upahan lagi. U pun tak kenai. Dia bukan fakulti kita and not from our batch. Well I dah lama nak bagitau u. Tapi masa tak mengizinkan kita...and if I bagitau u pun, belum tentu u nak percaya kan?" bohong aku. Takpa...bohong sunat di kala darurat. 
     " Memang I tak percaya! 24 hours I follow u...I update everything about u...so mustahil kalau I tak tau u dah ada marka. Khai! Please jangan buat I macam ni..." mata Nina mula berair...Dah mula dah. Nie yang malas nie. Cepat sangat touching. Gaya macam aku nie curang dengan hang pulak. Padahal belum sah lagi jadi boyfriend hang.
     " It's up to you. I don't know how to prove it. Tak pun kalau hang tak percaya sangat nanti aku bawak dia jumpa hang. Pas tu hang tanya lah apa yang patut kat dia. Amacam?" aku mula memasang strategi. Time nie la perkhidmatan Ika amat diperlukan. Mudah-mudahan kali nie berjaya lah. Aku sangat rimas didampingi oleh minah ni! Nina kelihatan sedang berfikir sesuatu. Tiba-tiba dia mengukirkan sebuah senyuman yang aku pun tak pasti apa maksud yang tersirat dan tersuratnya itu.
     " Sure! But you should bring her to your family gathering this weekend. It'll be awesome!" aku tercengang mendengar apa yang baru dikatakan oleh Nina. Family gathering??? Damn! aku nak kenakan dia tapi dia dah kenakan aku dulu. Adoi...kalau depan mak bapak memang payah sikit la nak bohong-bohong nie. Kurang ajaq sungguh minah nie!
    " That'll be my family gathering so should you be there too?" aku menyoalnya setelah diam seketika. Majlis tu untuk sanak saudara aku ja. Yang dia nak menyibuk sekali tu buat pa.
    " Of course la. Your mom asked me too," bohong Nina. Padahal dia yang beriya memujuk Puan Salma aka ibu kepada Khai agar mengizinkannya datang ke majlis itu nanti. Dengan alasan nak menolong apa yang patut. Nina tersenyum bila mengingat semula di saat dia memujuk Puan Salma. Nak la sangat aku tolong kan. Yang penting aku boleh bersama Khai walau di mana dia berada. I'll do anything for you honey!
     " Yeala tu...ntah-ntah hang yang menggedik pi pujuk ibu kan. Sibuk sungguh! Tapi idea hang bernas jugak. Kalau aku bawak marka aku sekali nanti boleh la kenaikan terus kat parent dan saudara-mara aku. Baguih-baguih! Kalau lagu tu kita jumpa this weekend ok! Bye!" aku terus bersiap sedia untuk beredar. Malas nak layan sangat karenah minah nie. Lepas ni aku bawak Ika jumpa mak pak aku. Kalau hang tak percaya jugak aku tak tau nak kata apa. Memang kena pi bawak jumpa bomoh laa suruh buat ayaq utnuk lupakan aku nie. Hehehe.
   " Eeeee. Khai! Tunggu sat! So you betul-betul nak bawak dia sekali ka? I tadi...ermmm gurau...."
   " That's enough Nina! I serius nak bawak dia. Benda yang baik buat apa nak lengah-lengahkan. Thanks for that idea. I gerak dulu ok," aku terus memotong percakapannya. Tau takut. Ni Khai la! Jangan cabar aku!
   " Shit! Khai nampak serius! Siapa betina garik yang rampas kekasih hati aku nie??? Takpa...kita tunggu dan lihat siapa rampas siapa! Aku takkan senang-senang biaqkan hang terlepas dari aku Ahmad Mikhail!" Nina berkata sendirian sambil memandang Khai yang sudah jauh meninggalkannya.




          " What? Jumpe family kau? Oi ape nie? Takkan tibe-tibe je? Couple kontrak je pun. Buat pe sampai nak jumpe family kau. Dah tu seluruh sanak saudara kau ada plak nanti!" bebel aku selepas dengar apa yang dikatakan oleh Khai sebentar tadi. Mujur kiteroang berada di tasik Shah Alam. So takde la orang dengar sangat suara aku yang agak kuat dek kerana terkejut tadi.
        " Ala hang nie...jumpak ja pun..bukan aku suh pi amik hati mak pak aku. Kan aku da bagitau hang semua rancangan ni terjadi sebab Nina punya pasai. Aku pun memang tak pernah terpikiaq sampai nak bawak hang jumpa depa tau dak," Khai cuba memujuk. Adoi! Satu-satu lah bala kau bawa kat aku Khai. Dah la tadi tengah kusyuk aku study dekat library kau message aku paksa-paksa aku datang jumpa. Konon ada hal penting. Penting ke nie? Or nak mengena aku? Payah-payahhh!
        " Tak nak lah aku. Ermmm aku tak pernah terpikir sampai ke situ lagi," aku cuba berdalih. Kalau setakat Nina tu aku tak kisah sangat nak tipu. Ni mak bapak dia kot. Aku yang serba-salah. Yeke serba-salah? Ke aku segan? Arghhh tak peduli lah!
       " Hang lupa ka agreement kita? Kan aku da tulis hang jadi awek aku IF NECESSARY! Don't you know what's it mean?" aku menjuihkan mulut aku dekat Khai. Ingat aku sengal sangat ke English? MUET band 5 ok! 
         " Cehhh...faham lah! Ok-ok! Aku setuju. Tapi ini yang pertama dan yang terakhir aku jumpe family kau. Faham?!" aku bagi peringatan. Dalam keterpaksaan aku setuju. Yeala aku jugak dulu yang setuju nak tolong dia kan. Apelah nasib badan. Ni kalau family aku dapat tau mau kena ceramah tiga hari tiga malam. Sibuk tolong kawan dan bukannya study.
        " Aku tau la. Aku pun bukan nak sangat bawak hang jumpa depa. Laa ni hang dengaq baik-baik apa tugasan hang bila dah sampai sana nanti," ujar Khai. Eeee benci betul dengar. Macam lah aku kebulur nak kat kau! Khai sengal!!! Walaupun hati tengah marah tapi aku tadahkan jugalah telinga nie mendengar tugasan-tugasan yang harus aku buat. Khai juga ada explain sikit-sikit pasal family dia dan tips untuk amik hati diaorang. Gaya macam aku nak sangat jadi menantu keluaga kau! Huh!


To Be Continued......








4 comments

  1. hehehe...sbr yea dear...otw thnx 4 supported! :)

    ReplyDelete
  2. aik! kak..tdi tgk adew yg part 5..blew clik ta kua lax..akak da remove kew??

    ReplyDelete
  3. akak terpublish tu...ade g sikit x siap...so terpakse remove. sorry dear...sbr tw..hehehe

    ReplyDelete

Back to Top