Aku & Mamat Korea - Part 5

         Hari ini adalah hari yang mampu buat perut aku meragam dah macam nak amik final exam. Aku dah berapa kali ulang-alik pergi tandas je. Kira-kira dah dekat enam kali jugak la. Berpeluh-peluh kot. Cair sudah make-up aku. Aku kena touch up sikit nie pas dah cair sebab peluh.
          Fuhhh! Lawa jugak aku bila dah touch up nie. Aku meneliti diriku di cermin panjang yang sememangnya disediakan di setiap bilik untuk student. Atas bawah atas bawah aku belek.  Huhuhu. Seingat aku la, sepanjang aku hidup aku jarang lah make-up complete. Selalu pakai compact powder pas tu calit eyeliner dengan lip ice je kot. Lagipun aku student lagi. So tak payah nak melaram sakan kan. Tapi memandangkan status aku dah jadi awek orang even just for temporary tapi aku still kena jaga penampilan. Yeke? Bagi aku kalau orang dah sayang kau selekeh camne pun orang tetap sayang. Kan-kan? Tapi dalam kes aku Khai dan aku bukan saling menyayangi. So untuk mengelakkan dari diri aku kena kutuk baik aku melawa sikit. Hari nie aku just pakai dress labuh dengan shawl ala-ala Hana Tajima gitu yang nampak sesuai untuk evening party. Make-up pun aku amik color yang lembut-lembut supaya nampak natural. Pandai jugak aku pilih color. Muahahaha.
          " Amboi Ika...lawa sakan kau hari nie. Ada attend apa-apa party ke?" sapaan Limah membuatkan aku berhenti menatap diri aku yang sudah siap dressing and make-up. Tinggal tunggu green light dari Khai je untuk turun.
            " Nampak gayanya gitu lah Kak Limah oit," balasku pendek. Kang jawab lebih-lebih takut tersalah cakap pulak. Tak pasal-pasal terkantoi nanti. 
        " Party apa beb? Tak bagitau aku pun. Kot-kot lah aku boleh teman ke..." Limah menyoalku pelik. Aisey...da mula dah menyoal aku dengan soalan cepu emas. Tiba-tiba ase berpeluh-peluh nak jawab. Macam dekat dalam dewan exam plak asenyer.
      " Actually aku just temankan kawan aku je pergi birthday party. Macam mana nak bagitau kau...kau memanjang busy. Busy dengan study la project la. Tak pun busy dengan balik rumah," ujarku pula berbohong sunat sambil tersenyum. Limah menyambut dengan gelak-tawanya.
     " Sorry lah cik Ika sayang. This sem quite busy even taking a few subject. Maklumlah bila masa free banyak balik lah kejenya. Anyway hati-hati keluar tu. Papehal bagitau aku tau," aku tersenyum mendengar pesanan Limah. Nasib baik dia tak terus menerus menyoal aku. Kalau tak mati akal aku nak menjawab. Kebetulan Khai pun dah sms aku suruh aku turun. Lega sikit. Aku tak nak terus menerus rasa bersalah kerana membohongi Limah. Limah berhak tau mengenai apa yang dah terjadi antara kami berdua since dia kawan kiteorang tapi hmmm belum tiba masanyer lagi.
     " Don't worry ok. I have to go now. See you later. Take care too," aku melambaikan tangan kepada Limah sambil tangan yang lagi satu memegang bungkusan yang aku prepare untuk diberikan kepada ibu Khai.
     Dari jauh aku dah melambaikan tangan aku ke arah Khai. Dalam hati rasa serba salah jugak sebab terlambat turun. Semua sebab Limah lah. Tanya macam-macam. Jenuh aku nak menjawab. Setiap perkataan yang aku keluarkan aku kena beware supaya tak tersalah cakap. Kang takut kerana mulut badan binasa plak. Beberapa kali aku melambaikan tangan aku ke arah Khai. Dia pandang aku sampai tak berkelip-kelip matanya. Dress up aku tak cantik or tak sesuai ke? Adoiii...
     " Khai," panggilku lembut sebaik sampai di sisi pintu driver. Dia masih merenung aku. Laa agak kena sampuk ke mamat ni??? Aku melambai-lambai tanganku di hadapan mukanya.
     " Hang nampak cantik..." terbeliak mata aku mendengar. Khai puji aku??? OMG! Biar betik nie??? Mula ase nak kembang sana sini nie. Huhuhu.
     " Kau cakap ape tadi?" aku menyoalnya lagi konon-konon berpura-pura tidak mendengar pulak. Padahal nak dengar dia puji lagi tu. Buruk sungguh perangai. Hehehe. Khai kelihatan tersentak dan macam baru tersedar dari lamunan. Aku pelik pulak tengok dia nie. Agak baru perasan ke aku terpacak kat luar pintu dia nie??? Senget punyer mamat!
     " Erkkk...aku cakap apa tadi? Mana ada..hang ni suka mereka cerita la...ni baru muncul ni pasai pa? Hang bersiap ka atau baru nak pi jahit baju? Lama sungguh aku tunggu," bebel Khai yang cuba nak cover malulah tu sebab termengaku aku cantik. Hehehe. Aku tersenyum dan terus mengambil tempat di sebelah tempat duduk Khai. Aku menjeling ke arahnya.
      " Oi! Nak perli agak-agak la wei! Bontot aku tak panas lagi duduk dalam kereta kau tapi kau dah bikin hati aku panas plak! Terlambat 10 minit je pun. Tadi si Limah tu interview aku macam-macam. Tu yang take time nak turun!" terang aku satu persatu agar si Khai nie faham sikit. 
      " Hmmm...abis hang bagitau apa kat Limah? Dia tau ka pasai agreement kita tu?" soal Khai kerisauan. Tau pun takut.
      " Aku tak bangang lah nak bagitau dia. Pandai-pandailah aku create cerita even tak rela nak bohong dia," ujar aku pula. Takkan lah aku ni bengap na nak bagitau. Dah kau cakap benda ni secret so aku tau la nak simpan. Khai mengangguk-anggukkan kepala. Muka dah menunjukkan yang dia dah berpuas hati dengan jawapan aku tadi.
     " Good job! Apa yang hang bawak tu?" Khai memandang ke arah bungkusan yang aku pegang tu.
       " Ohhh...buah tangan untuk mak kau la. Takkan nak pergi dengan tangan kosong plak kan," balas aku tanpa memberitahu apa isinya. Sebenarnya aku buatkan special moist chocolate cake untuk ibu Khai since Khai cakap ibu dia suka bakery. So aku terus lah serbu rumah cousin aku dekat Seksyen 9 semata-mata nak pinjam dapur, oven and all the stuff la untuk buat kek. Konon-konon nak tunjuk bakat yang aku ni pandai dalam bab masak memasak. Kira tak rugilah orang kahwin dengan aku. Tapi adakah orang nak kahwin dengan aku??? Hmmm.
     " Bagus-bagus. Kalau macam tu kita gerak sekarang ok," ujar Khai lalu menghidupkan enjin keretanya. Perlahan-lahan kami meninggalkan perkarangan tempat letak kereta di Kolej Melati. Ni pun masuk dalam kereta Khai senyap-senyap dengan penuh berhati-hati sebab takut ada yang perasan. Maklumlah kolej aku ni ramai dengan budak electrical engineering. Jauh di sudut hati aku sebenarnya dah rasa berdebar-debar. Hope everything gonna be ok! AMIN.
     Akhirnya selamat sudah sampai ke destinasi. Nasib baik family gathering keluarga Khai diadakan di Kuala Lumpur je. Nak tau kat mana? Dekat Hotel Renaissance Kuala Lumpur! Perghhh hotel berbintang-bintang nie. Aku sendiri selalu pergi hotel tiga bintang je pun. Memang anak orang kaya la si Khai nie kan. Padanlah ramai yang syok kat dia. Dahla hensem, kaya pulak tuh! Selepas aku soal selidik Khai, dia cakap family gathering nie akan diadakan di gazebo poolside. Mesti cantikkan buat kat tepi swimming pool. Huhuhu. Aku pulak yang terover berangan. Ngeee.
     " Ok kita dah sampai. Oi! Termenung ka berangan?!" opocot mak kau! Perghhh giler terperanjat di sergah oleh Khai. Mati sudah angan-angan ku tadi. Terpesona sangat tengok keindahan kawasan hotel nie sampai tak dengar si Khai ni bebel ape. Agak mesti dia bengang bila aku tak layan ape yang dia cakap. Muahaha.
        " Hmmm..nak turun dah ke?" aku terus ubah topik. Walhal memang tak dengar dan tak tahu dia cakap pasal ape pun tadi. Khai menggeleng-gelengkan kepala. Bengang ke marah ke or geli hati dengan perangai aku? Whatever!
       " Aah. Aku rasa depa mesti tengah tunggu kita. Hang ingat tak apa yang aku dah ajaq and bagitau kat hang? Jangan lupa tau," pesan Khai lagi bersungguh-sungguh.
       " Aku tau lah. Kau jangan risau," balasku. Gaya macam nak jumpa sultan pulak. Protokol la sangat majlis nie. Ntah pape ntah.
       " Oi! apa aku kau nie. Takkan orang bercinta guna aku kau. Kan aku dah pesan. Hang kena panggil aku apa?" marah Khai. Ishhh asyik kena marah je. Ingat aku ni student dia ke. Kena ingat macam-macam. Baik aku ingat formula yang lecturer bagi. 
     " Yeala-yeala. Khai sayang jomlah turun. Ika lapaq nie," ujarku. Perkataan sayang tu pun Khai yang suruh. Eeee geli aku!


Sebaik tiba di gazebo poolside......


      Mak ai! Cantiknya! Sani sini pasang belon. Siap ada bunga-bunga ros hidup yang berwarna-warni lagi yang disusun di tepi-tepi swimming pool. Teruja pulak aku tengok since aku peminat bunga. Rasa macam dalam taman bunga yang sangat cantik. Tapi ramainya orang. Semua ni sanak-saudara Khai ke???
     " Khai..." aku memanggil Khai dengan lembut. Khai yang asyik tercari-cari parent dia kot terus menoleh ke arah aku.
    " Aku erkkk Ika segan lah. Tengok lah...ramainya saudara mara Khai," ujarku. Tersasul plak guna 'aku'.
    " Ika jangan lah risau. Khai dah bagitau mak dan pak pasal Ika nak mai. Saudara mara Khai pun dah tau. Sekarang Ika relax and cool ok," pujuk Khai sambil tersenyum. Manisnya senyuman dia. Bisa buat aku cair. Erkk ape ni Ika??? Wake up wake up!   
    " Lah...anak ibu da sampai rupanya. Awat tak bagitau awai-awai. Ingat belum sampai lagi. Ni Ika ka?" seseorang menyapa. Aku dan Khai menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang wanita yang aku agak umur dalam 50-an. Tapi bergaya. Badan tak gemuk dan tak lah kurus sangat. Kulit muka bersih dan bebas dari sebarang jerawat dan kedutan. Iras muka ala-ala China mari mehhh. Cantik! Ni kot ibu Khai. Aku segera menyalam wanita yang aku rasa ibu kepada Khai. Hormat wei hormat. Huhuhu.
   " Sorry ibu. Tunggu bakai menantu ibu nie bersiap lama sangat," ujar Khai seakan memerli aku lalu ketawa sambil disambut oleh ibunya itu. Aku yang mendengar terus menyiku bahu dia. Mangkuk punyer budak! Aku lambat sah-sah sebab kena interview dengan Limah. Saje je tau.
   " Alaa...biaq pi lah. Orang perempuan mesti nak kena make up. Jaga penampilan sikit kan. Nak-nak lagi nak jumpak mentua dia. Lawa sungguh markah hang. Pandai pilih," ibu Khai aka Puan Salma memback-up aku sambil tersenyum mengusap kepala aku. Fuyooo! Sportingnya mak dia. Untung sape dapat mak mentua yang camnie.
    " Puan apa khabar? Sihat?" soalku dengan penuh bersopan santun. Huhuhu..kalau mak abah dengar mesti terkujat beruk. Yeala aku ni kan kasar sikit. Dengan orang tua lebih kurang je. Hehehe. Janji hormat kan.
    " Tak payah la nak berpuan-puan. Panggil makcik ja. Protokol sangat la panggilan puan tu. Makcik sihat ja," ujar Puan Salma sambil tersenyum. Murah betul dengan senyuman ibu Khai ni kan.
    " Hai Khai! U da sampai rupanya.." seseorang menyapa. Kami bertiga memandang ke arah suara itu. Seorang gadis yang not bad lah guk wajahnya tapi macam gedik je. Aku sah-sah lah tak kenal. Tapi kelihatan riak wajah Khai berubah. Nampak macam tak suka dengan kehadiran gadis tersebut. Adakah dia Nina??? Puan Salma pula hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Agak dah kenapa dengan kome berdua nie??? 
     " Hmmm..ingat hang tak mai..by the way I nak kenaikan dengan my beloved...Ika...Ika nie Nina yang Khai selalu cita tu," bermula sesi kenal-mengenal. Huluran tangan aku di sambut dengan tiada keikhlasan. Nampak sangat Nina tak suka aku. Takpe aq da ready dengan keadaan ini. Dah agak situasi ini akan berlaku. Koleksi musuh yang tak diundang makin bertambah la ni jawabnya.
       " I mesti mai la. Kan Datin Salma," Nina melemparkan senyuman pada Puan Salma. What? Datin? Aisey aq tak tau plak si Khai ni anak Dato'. Rasa pulak diri  nie rendah yang amat. Mak bapak aku cikgu je kot. Mana setaraf. Tapi setaraf untuk pe? Bukan selama-lamanya aku ngan dia kan? Aku memandang Khai. Dia hanya mendiamkan diri buat tak tahu.
      " Sorry Datin. Ika tak tau pasal status tu," aku ase serba salah. Yeala sesetengah orang pasti marah kalau tak panggil dengan panggilan tu.
       " What? U tak tau ke Datin Salma ni datin? Terukkk la macam tu. Jatuh air muke datin. Kan aunty?" Nina menyampuk sambil memaut tangannya di bahu Puan Salma ehh Datin Salma. Gedik tol. No wonder la Khai reject. Nina panggil aunty boleh plak? Bingai!
    "Enough ok. Makcik ok ja. Status tu bukan boleh di bawa ke mati pun," Datin Salma bersuara akhirnya. Amik kau Nina! Datin Salma back-up aku. Hohoho. Padan muka ko!
   " Terima kasih Datin ehh makcik. Ermmm ni Ika ada bawa buah tangan untuk makcik," aku menghulurkan kek yang aku buat special baek punya untuk mak pak Khai.
   " Buat susah-susah ja. What's this? Wow! Chocolate cake? Ika buat sendiri?" nampak teruja wajah Datin Salma. Memang betul cakap Khai. Datin Salma memang minat dengan bakery. Tak sia-sia aku buat kan. Hehehe. Bangga-bangga! Aku hanya mengangguk sambil tersenyum bangga. Nina mencebikkan muka. Jeles la tu. Muahahaha.
    " Terima kasih la Ika. Suka susahkan diri tau. Jom makcik nak kenaikan dengan pak Khai dan sedara mara Khai ni no," Datin Salma menarik tangan ku lembut. Aku hanya megikutinya sahaja.
     Aku sangat gembira sepanjang berada di sini. Apa yang aku bayangkan sebelum nie sama sekali tak terjadi. Family dia semua friendly sangat dan tak sombong. Paling best mak pak Khai la. Even berstatus Dato' dan Datin tapi diaorang tak sombong melayan aku yang datang dari keluarga yang biasa sahaja nie. Malahan mereka bagi support untuk hubungan aku dan Khai.    Maklumlah Khai nie anak tunggal kan. So memang diaorang nak tengok anak diaorang gembira lah sentiasa. Kalau lah diaorang tau yang kami sebenarnya takder pape pun.
     Khai pula bagi aku layanan yang superb habis lah. Sangat-sangat caring siot. Layanan dia tu boleh buat mana-mana perempuan makin jatuh cinta tau. Aku? Erkkk aku tau dia hanya berlakon caring dan penyayang sebab nak bagi Nina cemburu. Muka Nina memang dari tadi asyik merah je menahan api cemburu dan api kemarahan. Kalau aku bakar confirm jadi rentung terus muka dia. Muahahaha. Nina makin bengang bila Khai bagi aku sejambak bunga ros merah. Wahhh! First time dapat bunga dari lelaki. Khai memang pandai berlakon. Kan best kalau ini semua bukan lakonan. Hmmm.


To Be Continued......



2 comments

  1. wow..interestimg..fuh beshnyew lao dok at tmpat ika la neyh..huhhu

    ReplyDelete
  2. sgt seronok sbb parent khai sporting kn...hehehe...thnx 4 de supported yawww

    ReplyDelete

Back to Top