Aku & Mamat Korea - Part 1

Kring! Kring! Kring! Jam handphone aku da berjaya memecahkan kesunyian pagi-pagi buta ni. Tangan aku dok la mencari-cari handphone yang biasanya aku letak kat sebelah aku kalau nak tidur. Bukan ape, aku ni kalau dah tido memang confirm tidur mati. Meraba-raba tangan aku mencari handphone aku. Mana plak aku letak handphone ni? Bingit telinga ni dengar lagu The Times nyanyian BEP. Adoiii mesti kena bebel ngan Kak Limah ni sebab bising. Aku berbisik seorang diri sambil tangan aku masih aktif mencari-cari handphone aku. Tiba-tiba aku dapat rasakn seseorang da on kan lampu bilik hostel nie. Mak ai silau siot...
          "Cik Ika oit! Ni handphone kau ni. Merata-rata je kau letak kan," ooppss! Itukan suara Halimah aka Kak Limah. Aku terus celikkan mata aku. Tepat-tepat handphone tu ada dekat je kat batang hidung aku yang mancung nie.
          " Oit Kak Limah. Ko cilok handphone aku er? Aku ase handphone nie aku da letak kt sebelah aku dah. Macam mane ader kat tangan kau plak nie?" aku tanya Limah kehairanan. Limah ketawa terbahak-terbahak. Aku memandang beliau dengan begitu sinis. Kelakar ke?
         " Aku dah duduk satu bilik ngan kau ni dah dekat setahun dah tau. Kau tu tidur ganas sangat. Sampai handphone kau ni berjalan sendiri turun dari katil and dok bawah katil," Limah gelak lagi. Gaya macam ngah tengok Raja Lawak plak. 
            " Erkkk...jangan cakap handphone aku ni jatuh lagi?" aku menggaru-garukan kepala aku. masuk kali nie dah lima handphone aku tukar dalam satu sem nie. Bising bapak aku ngan anak dara dia yang seorang nie. Limah hanya menggangukkan kepalanya sambil tangan dia sibuk mengemas buku-buku di atas meja study.
        " Awal kau bangun Limah? Siap study lagi. Mimpi ape kau?" aku terus bertanya lagi setelah soalan pertama hanya di balas dengan body language je. Limah berhenti memasukkan bukunya di dalam beg. Lantas memandang aku.
           " Awal jadahnyer. Dah dekat pukul 8.10 pagi da makcik oi. Kau tu yang tidur mati lepas subuh tadi. Kau takde kelas ke?" nak terkeluar biji mata aku dengar jawapan Limah.
          " What? Damn! I'm already late. Asal kau tak kejut? Aku ader kelas doh hari nie. Ngan prof becok plak tu. Adoyaiii!!!" aku terus turun dari katil and capai baju kat dalam almari. Dah takde masa nak mandi. Tak sempat ni. Limah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat aku yang memang gila kelam kabut nie.
         " Aku tengok jadual kau memang takde kelas pagi. So aku just biarkan je la kau tidur nyenyak."
         " Kelas ganti la dear. Ok la beb! Aku chow dulu. See you later," aku terus keluar bilik dengan tergesa-gesa. Salah aku jugak tak bagitau Limah. Padan muka sendiri. Nasib baik hostel aku dekat tingkat dua je. So aku berlari la turun tangga. Limah tu lagi lima minit nak start kelas pun dia sempat. Sah-sah fakulti dia seberang hostel kitaorang je kot. Fakulti aku kalau jalan kaki memang jenuh la. Jauh nak mati. Nasib baik aku bawa motor.






          Perghhh...abis jugak kelas tax yang sangat memenatkan. Ngam-ngam aku sampai kelas pagi tadi saing-saing dengan prof. Oleh kerana nak cover kelewatan aku, aku pun pura-pura lah baik hati tolong bawa beg dan buku dia segala bagai. Huhuhu. Selama 1 jam 50 minit kelas tadi fully buat tutorial. Dah la satu soalan amik mase 45 minit. Aku lah amik masa lama. Student lain aku tengok 20 minit dah boleh borak-borak dah. Aishhh kenapa lah subjek nie aku slow macam kura-kurakan. Malaslah nak pikir. Final lambat lagi. So aku ada masa lagi nak struggle. Hehehe. 
            Selepas aku keluar dari lif yang dah asyik breakdown je tu, aku terus menuju ke parking motor bertingkat. Hari nie aku balik berseorangan sebab Lily yakni classmate yang paling baik dan satu hostel dengan aku ada date dengan Faez.  Kalau tak, dia la yang selalu tumpang aku sekali dan jugak teman aku lunch dan segala bagai. Hmmm untung ada balak kan. Aku nie masih menyolo. Dah degree pun maintain je status. The main point is ada ke orang nak kat aku? Dengan tenaga yang ada aku pun start motor Yamaha 135LC aku. Hadiah dari my dad tau sebab result gempak. itu pun aku yang mintak. Hehehe..
           Apesal plak tak boleh start nie??? Aku dah la kepenatan. Kau wat hal plak motor er. Tak sayang tuan betullah. Hangin kot satu badan. Belek punyer belek rupa-rupanyer minyak abis. Lahabau punyer motor! Baru teringat...aku lupa nak topup minyak pas merayau-rayau pai ke KL dengan Limah semalam. Hampeh siot. Aku terus seluk handphone dalam poket and orang yang aku akan call pastinyer Arip! Junior nie. Lagipun dia ada keta. 
             Selepas lima minit bercakap dengan Arip, so aku buat keputusan naik bas balik ke hostel or lebih dikenali dengan kolej. Arip dekat library ada discussion. Dia akan belikan minyak lagi sejam. Giler ar!!! Takkan aku nak tunggu kan. So aku suruh dia beli minyak and bawa motor balik sekali. Aku malas nak tunggu. Hehehe.
                  Nasib baik tak lama aku tunggu bas dan nasib baik la aku masih simpan kad touch n go nie. Sekarang bas Rapid KL tak nak terima lagi tunai. Mengada-ngada betul. Last time aku naik bas ni pun time sem-sem awal dulu. Banyak perubahan rupanya kat sistem diaorang nie. 15 minit aku panaskan punggung, akhirnya sampai juga kat bus stop yang berada di antara Kolej Melati dan Mawar. Elok aku nak turun tiba-tiba aku rasa ada something or someone yang tolak aku. OMG! Aku nak jatuh. Somebody help me!!! Aku terus pejam mata. Tiba-tiba rasa badan aku disambut oleh seseorang. Uihhhh...siapa la tu...aku terus buka mata. Mak ai...hensemnye mamat nie. Muka ala-ala korean tu.
                 " Cik adik...kalau yea pun nak bunuh diri, carilah tempat yang tinggi-tinggi sikit. Stress sangat ka study nie?" perghhhh...merah siot muka aku yang sememangnya cerah nie. Mangkuk punya 'hero' yang konon-konon dah tolong selamatkan aku nie. Dah tu perli dalam loghat utara plak. Naik bernanah telinga aku dengar. Cipan tol! Aku menjeling dan terus lepaskan diri dari sambutan dia tadi.
             " Apa ke bangangnyer aku nak bunuh diri kat sini. Kau buta ke or pura-pura tak nampak? Lahabau mana yang da tertolak aku sampai tergelincir aku dari tangga bas ni!" balas aku balik. Bengang gila bila diperli oleh mamat korea nie yang aku ase dari fakulti kejuruteraan elektrik. Itupun sebab aku terbaca kat baju dia.
               " Uiii garangnya. Hahaha. Dah kira baik aku sambut hang. Dah lah terima kasih pun takdak. Kalau takdak aku nie..alamatnya hang dah jadi nangka busuk lah jatuh kat tanah ni tau," mamat Korea nie taknak mengalah. Aku mencebik geram. Malu pun ada sebab ramai orang tengok kot. Malangnya nasib aku hari ini. Mak tolong!!! Ika malu!!!
              " Khai wassup!? Kenapa bising-bising nie?" seseorang datang mencelah. Khai rupanya nama mamat Korea nie. Tapi suara tu macam aku pernah dengan dan sangat familiar. Terbeliak mata aku bila suara tu empunya...
                      " Limah!!!???"
                   " Eh Ika? Laa hang buat apa kat sini? Hangpa kenai ka?" aku terkedu. Aisey mamat Korea nie kawan Limah ke. Nape aku tak tau yang Limah ada kawan sehensem dia nie. Hensem tapi mulut jahat. Cehhh.
                 " Yang kau ni dan dan terus tukar loghat nie kenapa? Kena sampuk ke?" aku bertanya pelik tanpa menjawab soalannya tadi.
                " Hahaha. Si Khai ni made in Kedah. So terikut-ikut sudah. By the way, Khai nie kawan sekelas aku. Aku tak tau ape da terjadi antara korang sampai kecoh sangat kat bus stop nie," balas Limah brsungguh-sungguh. Aku cuma mengangguk-angguk kepala. Si mamat Korea nie plak buat muka hampeh dia. Rase nak sekeh-sekeh je.
              " Tak de pape la Limah. Ok la beb. Aku nak balik bilik dulu. Penat lah. Satu-satu bala datang. Aku nak kena mandi bunga nie," aku terus capai beg yang terjatuh di saat aku tergelincir tadi.
               " Motor kau mana dear?" Limah menyoal lagi lagak macam pegawai polis.
               " Arip pinjam," jawab ku pendek.
           " Owh..ok la. Aku, Khai and others nak pergi McD Seksyen 2 nie. Nak discuss sal project. Kau nak kirim pape ke?" Aku just menggeleng. Mati selera selepas insiden tadi.
           " Ok. Kalau ase nak makan text aku. Kau tak nak say hello ke kat kawan aku ni? aju Limah lagi sambil menunjuk ke arah mamat Korea tu. Aku blur kejap. Perlu ke?
             " It's ok Limah. Dia ngah trauma lagi tu. Biaq aku ja yang say it. Hello lady. Nice to meet you," celah mamat Korea. Ayat dia bisa buat aku nak bukak langkah taekwando je. Kurang asam tol.
              " Yup. Sangat trauma after diselamatkan oleh kau! Bye Limah and take care!" aku terus blah. Limah ditinggalkan terkial-kial tidak mengerti. Apa kena ngan Ika dan Khai nie? Bicara Limah dalam hati.


To be continued......

         

5 comments

  1. wow..best arr cre pulisan akk neyh..boleyh jdi penulis novel lah..lao akk adew novel..sye owng pertama akn beli..aha! nice blog & story! =)

    ReplyDelete
  2. hahaha...tq2...sorry la lw bhse y akak gune tunggang terbalik..da lme sgt tinggalkn Bahasa Melayu. so byk gler broken kn...jnji readers enjoy wif cerpen akak nie..novel 2 nnti2 la dlu...cerpen ni pn terkial2 g ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. aha! tapew2 kak..neway besh cngat..sbb sye dlu mnt novel..so ble bce cerprn akk neyh mcm bce novel..terasa etew neyh msuk lam cte tuh..neway gd luck k! >_<

    ReplyDelete
  4. yeke? sme la...akak nie kuat berangan kot. so sambil wt cte ni akak pn berangan la y akak 2 heroinnyer..hehehe...anyway thnx yaa

    ReplyDelete
  5. haha!! smew lah attitued etew kak..haha! kkdg syok gak..huhu..cpat2 ke part 3 eyh..ta sba neyh..heheh

    ReplyDelete

Back to Top