Aku & Mamat Korea - Part 2

          I love Sunday!!! Nikmatnya cuti hujung minggu nie. Semalam sibuk dengan discussion bersama-sama dengan group aku. Tengah hari sampai dekat senja baru aku balik. Malamnya pula aku dah kena buka buku sebab Isnin nie ada kuiz Corporate Finance. Naik juling mata bila aku kena hafal formula-formula yang meleret-leret nie. Hari ni macam malas pulak nak buka buku. Kalau dapat keluar pergi jalan-jalan kat tasik Shah Alam ke seronok jugak. Tapi buang tebiat plak sekarang baru pukul 11 pagi kot. Mau terbakar kulit aku pergi time-time camnie. Adoi stress nya duduk dalam bilik nie.
          " Limah...kau tak de rase nak keluar pergi mana-mana ke hari ni?" aku terus menyoal Limah yang kelihatan sedang landing baik punyer kat katil dia sambil baca novel. Kaki novel betul. Huh! Kalau ajak Limah keluar pergi jalan-jalan jap kt Bandar Shah Alam pun best gak. Janji tak terperuk dalam bilik nie. Limah mengangkat muka sedikit memandang ke arah aku.
           " Petang nanti aku keluar tapi dengan kawan-kawan aku la. Kalau kau tak malu moh la," ucap Limah sambil ketawa kecil. Aku menjuihkan mulutku ke arahnya. Memang tak malu pun. Hohoho.
          " Kawan-kawan kau? Sape wei? Mail, Fahmi, Siti and sape ntah lagi kawan-kawan kau tu," berkerut-kerut dahi aku mengingatkan nama-nama kawan-kawan Limah. sedikit sebanyak aku kenal lah dengan kawan-kawan dia sebab pernah hang out together. So kalau aku menyemak pun takdelah kekok sangatkan.
           " Aah...tapi kali nie Mail, Siti dan..."
        " Ok set! Aku ikut. Lagipun bukan aku tak pernah keluar dengan diaorang kan. Boleh2..Pas zohor ke?" potong aku dengan tiba-tiba. Good news untuk aku la wei! Dapat guk hilangkan stress. Huhuhu.
      " Ermmm...aah lepas zohor. Kita pergi naik kereta Mail. Just pergi makan-makan kat Seksyen 2. Then jalan-jalan jap kat PAS or SACC Mall ke. Ingat kau sorang je tension. Aku yang bakal engineer ni pun tension tau," aku tersenyum dengar bebelan Limah. Yang penting enjoy kan.
        " Hahaha. Ok2..aku on je beb. Even takde tengok-tengok wayang tapi bab makan tu yang wat aku excited sikit," ujarku sambil tergelak-gelak. Limah yang mendengar terus membaling bantal ke arah aku.
    " Badan kecik tapi makan kuat. Bayar sendiri-sendiri er," perli Limah. Aku hanya mengenyitkan mata. Memang aku kuat makan pun. Tapi badan tak naik-naik.




          " Ika...nape senyap je nie? Selalu keluar kau yang paling kecoh," tegur Mail sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat makan di Seksyen 2 di mana terdapatnya medan selera yang sangat famous di kalangan pelajar-pelajar UiTM. Harga pun berpatutan. Aku hanya mencebikkan muka. Hampeh sungguh! Aku tak tau plak yang mamat Korea nie pun ada sekali. Aku hanya memandangnya dari belakang oleh kerana dia duduk di hadapan dan Mail yang drive kereta. Kalau aku tau aku takkan ikut. Aku menjeling ke arah Limah. Dia buat bodoh je sambil buat-buat khusyuk pandang ke cermin luar. Kau saja kenakan aku yea Limah! Arghhh.
          " Dia terpukau lah tu dengan kehenseman aku nie. Tu yang asyik dok tenung aku dari belakang ja. Hahaha," tersedak bila aku dengar mamat Korea cakap camtu. Perasan giler! Tapi memang dia hensem pun. Ada iras-iras Kim Hyun Joong lagi tu. Aah ada iras. Padan lah aku macam biasa tengok. Ahhh...walau kau hensem tapi kau takde sivik. Biadap sungguh! Reject!
            " Korang nie dah macam kenal lama dah. Dari tadi aku tengok si Khai ni asyik bahannya Ika. Korang dah lama kenal ke Ika?" Siti pula masuk line. Aku terkejut bila nama aku naik.
         " Aku jadi 'hero' dia hari tu," mamat Korea menyampuk. Konon-konon tolong jawabkan bagi pihak aku lah tu. Eiii macam nak kena sekeh je mamat nie. Limah, Siti dan Mail yang sedang drive pun ternganga kot dengar statement si mamat Korea nie. Semua pandang ke arah aku mintak penjelasan. Aiseyyy...nak tak nak aku cerita la dari A sampai Z. 
        Starting dekat medan selera sampai aku dah sendawa kekenyangan, budak-budak nie asyik lah kenakan aku dengan mamat Korea nie. Konon-konon kiteorang ada jodoh lah apa lah. Haprak tol!!! Aku gak sempat lah selidik sal mamat Korea nie kat Siti dan Limah. Tue pun senyap-senyap je. Kalau mamat Korea dengar mau perasan aku syok kat dia. 
      Aku sempatlah bertanya kenapa before nie hang out dengan diaorang aku tak pernah nampak pun batang hidung dia kan. Rupa-rupanya si mamat Korea nie selalu balik kampung or hometown dia yang bertempat di Kedah sebab ibu dia sakit. Sekarang nie after ibu dia keluar hospital barulah si mamat Korea nie melekat je dengan geng dia. Limah jugak ada bagitau yang mamat Korea nie famous kat fakulti diaorang dan yang berdekatan jugak. Yang itu aku admit, memang dia hensem dan Limah pun cakap yang muka mamat Korea tu ada sikit iras-iras Kim Hyun Joong. Rupa-rupanya keturunan ibu dia China mari meh. Padan lah. Tapi malanglah kepada perempuan yang tangkap cintan dengan dia sebab si mamat nie satu je kot yang kurang, takde pendidikan sivik. Itu yang sikit biadap. Huh! Kes hari tu masih buat aku panas hati lagi tau!
          Sepanjang berada di Kompleks PKNS, si mamat Korea ni asyiklah dok kacau aku. Macam-macam dia buat untuk kenakan aku. Memang hampeh! Nak sekeh dia tinggi dari aku plak. Deritanye hari nie. Tujuan aku keluar untuk hilangkan stress tapi bersama ngan mamat Korea nie wat aku bertambah stress. Baik duduk kat bilik and mentelaah buku kot. Huh! Asyik berjalan dan tawaf dekat PKNS nie, tiba-tiba aku dan mereka-mereka nie terlalu pulak dekat depan kedai majalah dan aku dah ternampak majalah kesukaan aku!
            " Wei korang! Lepak jap kat kedai nie. Aku nak beli magazine nie!" jerit aku kat diaorang yang dah 10 langkah ke hadapan meninggalkanku. Tangan aku plak sibuk memilih majalah K-Pop yang diterbitkan dari pelbagai syarikat penerbitan nie.
        " Fuyooo! Banyaknya hang nak beli. Hang minat K-Pop ka cik Ika oi?" Subhanallah! terkejut aku dengar orang sergah aku tiba-tiba. Dan suara tu sudah tentu empunya mamat Korea nie. Aku terus pandang ke arahnya yang berada di sebelah aku. Ntah sejak bila mangkuk ni da terpacak kat sebelah aku pun aku tak perasan. Al-maklumlah khusyuk sangat belek majalah-majalah nie. Hehehe.
       " Menyusahkan kau ke kalau aku nak beli? Bukan guna duit kau pun!" aku membalas spontan. Sibuk sangat pasal hal orang. Agak dia nie memang busybody kot.
         " Hahaha. Hang beli pun semata-mata nak tengok muka mamat-mamat jambu kat dalam tu ja pun. Dari hang buang duit hang tu baik hang tatap ja muka aku nie. Ramai orang cakap muka aku macam Kim Hyun Joong tau.. Hang tak cayaq ka tengok aku?" dia sambung gelak yang teramat sakannya lagi. 
      " Please lah...Hyun Joong tu pemalu tapi kau nie tak tau malu sangat. So jangan masuk bakul angkat sendiri ok!" balas aku pula. Seboleh-bolehnya tak nak mengaku yang muka dia ada iras-iras idola aku tu. 
       " Oi! Korang nie tak habis-habis bertekak lagi nie pasal ape? Kang aku kahwinkan jugak kang," sergah Mail tiba-tiba. Kami berdua terdiam. Yeala tiba-tiba ada orang lain pulak menyampuk. Mau tak terkejut.
       " Elok jugak hang nak kahwinkan kami berdua. Lepas ni kot-kot dia dah stop ngan K-Pop dia. Maklumlah laki dia hensem sangat kan. Hahaha," si mamat Korea terus berlalu pergi menuju ke arah Limah dan Siti. Aku mula rasa bahang kepanasan. Aku hempuk jugak mamat nie ngan majalah ni! Arghhhhh!


To Be Continued......


5 comments

  1. huhu..excited na tnggu smbungan yew...akk cpat arr wat smbungan die..huhu..last akk cple kew ngan mmt korea tuh..heheh..just joke..

    ReplyDelete
  2. excited ke? akak pn lg la excited nk continue nie...hehehe...dnt worry esok insya Allah akak publish smbungannyer...lw akak mmg nk kwen terus ngn mamat Korea 2...ngeee...p lw Ika n mamat Korea 2...kte tunggu n lihat er...suprise sikit...wink wink wink

    ReplyDelete
  3. mamat korea 2 kdang2 cm HJ jex prangai hehee^^
    abiz kan bab 3 uh cpat2 tw..nnt aq nx bce..

    ReplyDelete
  4. otw la nie...dah keluar je manjang..hahaha

    ReplyDelete

Back to Top