Aku & Mamat Korea - Part 10

            
            
            Suasana petang yang sangat mendamaikan. Angin yang bertiup perlahan menyamankan lagi suasana. Bila seorang diri menghayati alam ciptaan Illahi, automatik fikiran ini akan melayang entah ke mana-mana. Sejak bertemu dengan dia, semakin kerap fikiran aku melayang ke arahnya. Sedikit demi sedikit kenangan lalu menerjah ke dalam diri aku. Ika...sudah lama Fal mencari dirimu...ahirnya kita ketemu jua...tetapi kini dia sudah menjadi milik Khai. Hmmm...jealous kah aku?
           " Oit! Termenung sakan nampak!" sergah Nina sambil menghulurkan aiskrim yang dibelinya tadi. Sergahan Nina mematikan lamunan aku terhadap Ika. Aku mengurut dada berkali-kali sambil mengucap. Terkejut bila disergah sebegitu rupa. Nak marah member baik pulak kan. Sabar je la.
              " Amboi makcik seorang nie. Dah tak reti nak tegur elok-elok ke? Nasib baik aku takde lemah jantung tau. Kalau tidak kau dah kehilangan seorang kawan," aku mengambil huluran aiskrim oleh Nina sambil mengukirkan senyuman. Tak mahu menunjukkan ekspresi marah. Nanti merajuk pulak minah seorang nie. Dah cukup kenal perangai dia. Sensitif sangat. Maklumlah kawan sejak kecil lagi. Nina ketawa terbahak-bahak. Aku hanya memandangnya pelik.
           " Aku dah panggil hang berkali-kali tau dak. Tapi macam aku panggil tunggui kayu sebab takdak respons langsung. Tengok-tengok dia dok mengelamun. Tue yang aku sergah. Sorry la kawan. Hehehe. Hang dok pikiaq pa? Jauh sangat termenung aku tengok," ujar Nina sambil ketawa lagi. Wahhh suka bebenar dia dapat kenakan aku.
        " Hmmm...nothing. Dah makan aiskrim tue cepat. Nanti cair pulak," aku berdalih. Walaupun Nina kawan baik aku tetapi rahsia yang satu ini dia tidak perlu tahu. Tidak seorang pun yang tahu melainkan aku, Ika dan Allah S.W.T.
      " Berangan dekat awek la tue kan. By the way beb I have a question to ask you," soal Nina yang kelihatan begitu menikmati aiskrimnya itu. Sudah hampir separuh dia makan. Aiskrim aku suku pun belum jejak lagi. Memang hantu aiskrim sungguh minah nie! Tiba-tiba teringat akan Ika. Dia pun suka makan aiskrim. Favourite aiskrimnya ialah snow ice. Bila ditanya kenapa snow ice, jawapannya senang...snow ice sesuai untuk orang yang hendak berdiet. Hmmm...sekali lagi mengelamun akan dia.
    " Tanya la.." balasku pendek. Aku segera mematikan lamunanku. Bimbang Nina perasan pula. Nanti macam-macam pula yang dia tanya.
    " Kau kenal Ika ke?" Nina memulakan sesi soal selidiknya. Memang saat-saat ini yang dinantikan oleh Nina. Dia begitu tertanya-tanya apa hubungan Faliq dan Ika. Sangat ketara yang mereka ini seperti mengenali antara satu sama lain apabila Nina dan Faliq datang menemui Khai di McD kelmarin. Tak sangka pula Khai bawa Ika sekali. Semasa pertemuan itu, Ika dan Faliq banyak mendiamkan diri. Faliq yang merupakan seorang yang becok bertukar menjadi pendiam. Kan pelik namanya tue. Disebabkan itulah Nina bertekad hendak menyelidik sesuatu yang mungkin dia tidak tahu mengenai Ika dan Faliq.
     " Erkkk...Ika mana pulak nie?" aku berpura-pura tidak mengenali. Kenapa Nina bertanya mengenai dia? Nina terkesan sesuatu ke? Mau tersedak la jugak mendengar soalan Nina itu. Ingatkan apelah yang dia nak tanyakan tadi.  
      " Laaa...berapa orang langsung kawan hang yang bernama Ika nie? Playboy toi la hang nie. Aku maksudkan Syafika Syuhada aka awek si Khai tue la. Hang ingat lagi dak budak tue?" Nina mencebikkan mukanya. Faliq nie berpura-pura tidak ingat atau memang tidak ingat? Eeee rasa nak sekeh je mamat seorang nie! 
      Aku hanya buat-buat muka blur tetapi di dalam hati berkoncang habis! Berkoncang sebab tak tahu nak bagi jawapan yang macammana. Ni rasa nak lari sejauh-jauhnya nie. Macam pesalah nak melarikan diri dari pihak polis pulak untuk elakkan diri dari di soal siasat. Adoiii!!!
       " Ohhh...kenal sebab Khai yang kenalkan hari tue kan? What's wrong with that?" bohong aku. Malas hendak ungkit cerita lama. Nina tidak perlu tahu tetapi Khai? Hmmm belum tiba lagi masanya. Sekurang-kurangnya Ika sudah bahagia dengan Khai. Khai seorang lelaki yang baik tidak seperti aku. Nina sibuk-sibuk tanya nie kenapa? Adakah dia perasan sesuatu antara kami???
       " Betul ke? Ke hang nak sorokkan something dengan aku nie? Fal! Come on laa," pujuk Nina lagi yang kelihatan masih tidak berpuas hati dengan jawapan aku tadi. Tahu-tahu je dia aku sedang berbohong.
        " Dah aku jawab kau kata bohong pulak. Ishhh da la jom balik. Dah petang dah ni beb!" aku memulakan langkah untuk beransur pergi. Kalau lama-lama di sini takut terkantoi macam-macam pula. Nina masih memanggil-manggil namaku. Aku tahu dia masih tidak berpuas hati selagi tidak mengetahui hal yang sebenar. Tapi apa yang dia tahu? Ahhhh malas nak fikirkan sangat!





            Lambat pula bas nie. Jenuh tunggu dekat bus stop nie. Menyesal bagi pinjam motor dekat Limah. Kalau tidak tak perlulah aku tercongok dekat sini macam mak guard je! Nasib baik kelas da kurang sejak dah masuk bulan April. Maksudnya? Maksudnya sudah hampir ke final exam. Hmmm...kalau sebelum-sebelum nie aku begitu gembira bila menghampiri ke penghujung semester. Tapi sekarang nie? Rasa berat hati nak menghabiskan semester nie. Hmmm...aku mengeluh dan masih lagi mengeluh. Rasanya hubungan aku dan Khai pun akan berakhir seperti berakhirnya semester ini. Tidak mengapalah Ika...lebih baik memendam rasakan? 
          Lamunanku terhenti seperti pasir di tiup angin dek kerana bunyi hon kereta siapa entah yang memekakkan telinga aku nie! Mau je aku kasi one kick biar kemek sikit pintu kereta dia tue! Aku memandang ke arah bunyi itu datang. Apa yang ku lihat ialah sebuah kereta Honda Accord hitam berhenti betul-betul dihadapan aku. Rasa-rasa inilah kereta yang membunyikan hon tue tadi. Kalau nak drop orang pun pergilah parking jauh sikit. Ini betul-betul depan aku. Sudah tue parking dekat laluan bas pulak. Tak pasal-pasal dah block laluan bas. Nanti aku jugak yang kena berlari-lari anak ayam nak kejar bas tue. Huh! Sengal! Aku segera beralih ke tempat lain supaya senang sikit aku nak naik bas. Elok aku hendak beredar......
            " Ika!" erkkk? Macam kenal suara itu. Takkan lah......???
           " Fa...liq?!" tergagap aku menyebut namanya. Terkejut sungguh aku apabila dihadapanku adalah dia dan orang yang memanggilku juga adalah dia dan dia juga yang drive kereta Honda tue. Kenapalah perlu berhadapan dengan dia lagi. Cukuplah dua kali aku terserempak dan berjumpa dengan dia. Ya ALLAH! Dugaan......
          " Hmmm...Ika nak ke mana? Nak balik ke?" Faliq menyoalku. Kelihatan dia pun agak tidak selesa dengan pertemuan yang tak disangkakan ini. Sudah tau tak suka apesal nak berhenti kereta betul-betul depan aku dan kenapa panggil nama aku? Huh!
             " Yea," hanya sepatah yang aku jawab. Malas nak membuang masa di sini. Nak-nak lagi berhadapan dengan malaun nie! Benci!
          " Kalau macam tue, kita sehala nie. Fal pun nak ke Seksyen 7. Jomlah Fal tumpangkan..." Fal mempelawa aku. Kurang pasti pelawaannya itu betul-betul ikhlas atau terpaksa.  Rasa macam terpaksa je...
     " Its ok. Bas banyak je kat sini," balasku dan cuba memberi senyuman sehabis ikhlas walaupun aku tau pasti dia dapat identify ketidak ikhlasan aku ni. Do I care? Aku tidak maki dia dekat sini pun dah kira bagus ok!
      " Come on Ika. What are you waiting for. Comes along with us. We'll dropped you at the bus stop," Nina mencelah tiba-tiba. Aik bila kala pula minah nie muncul? Means Faliq dengan si Nina nie kot. Eloklah tue korang jadi sahabat baik. Dua-dua aku menyampah! Tiba-tiba korang berdua nie buat-buat baik dengan aku nie. Ada pape ke? Hmmm...
      " Hmmm...oklah," aku menjawab teragak-agak. Segan pulak tengok orang sekeliling melihat ke arah kami bertiga. Dah ala-ala sesi pujuk-memujuk pulak.
     " Fal...since Ika da bersama kita nie, why not we asking her too for having a lunch together?" Nina bersuara sejurus kereta yang kemungkinan adalah milik Faliq nie sudah mula bergerak. Aku yang mendengar hampir-hampir tersedak. Apa lagi nie? Tadi ajak tumpang. Now ajak makan. Then?
     " Erk...tue ko kena tanye ownernyer la," jawab Faliq pendek sambil sekilas memandang ke arahku melalui cermin belakang. 
       " I'm already full," aku memotong. Baik aku cakap sebelum Nina atau Faliq memulakannya. Naik rimas duduk dalam kereta nie. Rasa jauh la pula bus stop Melati nie. Walhal tak sampai 15 minit pun kalau naik kenderaan. Naik motor lagilah less than 10 minutes je pun.
       " Alaa...alang-alang je kan. Nanti kami antaq Ika. Is it ok?" Nina cuba memujukku lagi. Aku hanya mencebikkan mukaku. Sabar je la. Ligat kepala otak berfikir alasan apa yang sesuai yang patut aku berikan. Hmmm nampaknya otak dan minda pun tak nak tolong aku bagi idea. Otak dah penatlah tue dek kerana aku baru sahaja selesai kuliah. Hendak tak nak aku terpaksa anggukkan kepala aku juga. Aku mencari bala ke nie?





        " Wahhh...akhirnya perut aku kenyang dan dah senyap dah. Kalau dak dari tadi asyik putarkan pelbagai lagu ja minta diisi," Nina memecahkan suasana yang sepi. Bukan kerana restoran nie tiada pelanggan tetapi meja yang diduduki kami bertiga sepi tanpa bicara. Aku mati akal hendak berborak tentang isu apa. Selalunya kalau dengan Nina nie macam-macam isu boleh masuk siap boleh perli-memperli lagi kan tetapi sekarang nie, lidah macam dah terpotong. Tak terkeluar suara aku. Si Faliq nie pun senyap je. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku pandang Nina, Nina pandang aku dan Faliq. Adoiii! Rasa macam telan pasir je lah. Perit tekak aku nie nak menghadapi situasi ini. Walhal nasi berlaukkan ikan pari masak asam pedas Johor nie aku pilih. Sepatutnya bukan main laju aku makan. Ini tidak, aku hanya kuis-kuiskan nasi di dalam pinggan ini sahaja.
           " Baguslah kalau dah kenyang. Ika pun dah tak larat nak habiskan nasi nie," aku pula yang bersuara. Kesian pula kalau dibiarkan sepi luahan rasa lega Nina itu tadi. Sebenarnya jauh di lubuk hati aku rasa lapar kot cuma apabila berhadapan dengan mereka berdua selera terus mati. Nampaknya sampai kolej nanti aku kena tapau juga lah dekat cafe tue.
          " Sikit je makan Ika? Sakit ke?" Nina menyoalku lagi. Aku hanya melepaskan nafasku perlahan-lahan. Banyak pula soalnya minah nie!
           " Tadi breakfast makan heavy jugak," bohong aku. Padahal aku makan biskut kering je tadi. Lantaklah......
           " Oklah kalau macam tue. Since you both pun da sudah makan, so aku nak pi toilet sat. Sat lagi kite pi bayaq," Nina segera bangkit dari kerusi yang diduduknya untuk menuju ke tandas. Aku yang mendengar hanya terlopong. Aisey! Time-time nie la kau nak pergi tandaskan. Tak semena-mena aku ditinggalkan berdua dengan Faliq. Adoi! Mati akal aku!
          " Erkkk...ermmm kenapa Ika tak habiskan makanan nie?" Faliq bersuara akhirnya setelah hampir lima minit masing-masing mendiamkan diri. Terasa lama pula si Nina nie pergi toilet. Aku teragak-agak nak menjawab soalan Faliq walaupun Faliq berusaha untuk memeriahkan suasana yang sepi ini.
      " Kenyang," jawabku pendek. Yang penting aku jawabkan walaupun ikhlas tak ikhlas je bunyinya.
        " Hmmm...Ika masih marah dengan Faliq?" soal Faliq lagi. Ishhhh apehal mamat nie? Tanya soalan macam xs$5%6! Soalan macam nak mengungkit cerita yang sudah lama berkubur ke? Ahhhhh! Aku benci!
        " Gila la kalau tak bengang and tak marah dengan kau! Ingat senang ke nak lupa?! Fal...you listen! Don't ever trying to open that story! Syafika Syuhada Binti Yazid yang berada di hadapan kau sekarang nie bukan macam perempuan yang kau boleh main-main macam dolly macam dulu tue ok! Sekarang nie aku anggap kau kawan yang baru aku kenal!" aku mula hendak meletus. Tertahan-tahan aku cakap untuk control suara aku. Aku tak nak dek kerana suara aku, semua orang dalam kedai ini memandang ke arah kami pula. 
        " Hmmm...I'm sorry. Tapi percayalah...dah lama Fal cari Ika. Fal menyesal..."
    " Enough Fal!" aku segera memotong. Tak sanggup untuk mendengar rintihan, rayuan, pujukan dan macam-macam lagi. Dulu kau tinggalkan aku terumbang-ambing seorang diri. Ada kau amik peduli? Tapi itu hanya sekadar luahan di dalam hati kecilku. Tidak mahu diluahkan. Tidak mahu malukan diri sendiri di hadapan khalayak ramai. Air mata mula bertakung di kelopak mata aku. Sabar Ika! Jangan titiskan! Jangan tunjukkan kelemahan kau kepadanya!


Di suatu sudut......


          " Inilah masanya. Masa untuk membongkar rahsia antara kau dan Fal! Aku dah agak ada something between your both!" Nina tersenyum. Senyumannya itu seperti gaya seorang ahli sihir yang sangat jahat sedang menunggu mangsanya! Sememangnya ini yang dirancangkannya. Bukan sesuka hati nak ajak Ika naik kereta dan makan bersama. Sememangnya Ika musuh Nina. Tidak mungkin dia begitu baik nak tumpangkan Ika. Ini semua ideanya. Faliq membantah pada mulanya bila Nina menyuruhnya tumpangkan Ika. Tapi Nina yang beriya-iya hendak Ika bersama-sama mereka. Padahal ada sesuatu yang sudah dirancang. Apabila mereka berdua-duaan pasti ada sesuatu yang akan diluahkan. Nampaknya rancangannya berjaya walaupun perbualan mereka terhenti tanpa penghujungnya. Takpe Nina! Hang ada masa lagi nak korek!


To Be Continued......



No comments

Back to Top