Aku & Mamat Korea - Part 6

          Baru dapat panggilan dari buah hati. Ececehhh...buah hati la sangatkan. Last time jumpa pun time pergi family gathering dia. Lepas tu kiteorang bawa haluan masing-masing. Macam tue ke nak jadi pasangan bercinta? Memang wajiblah kiteorang couple kontrak je. Aku nie baru khatam study satu chapter untuk International Business Management. Kepala otak baru nak rest. Tup tup si lahabau ni call ajak keluar. Berdua pulak tue. Tanya punye tanya rupa-rupanya si Nina dok merengek ajak dia keluar. Aishhh...gamaknya Nina tu masih tak percaya lagi kot yang kiteorang nie bercinta. Taksub sangat la minah nie kat Khai. Bahaya nie! Dengan kemalasan yang melanda satu badan, aku gagahkan lah bersiap selepas solat Zohor. Kacau waktu weekend aku tol!
           " Kau nak bawa aku pergi mana nie?" soalku sebaik mengambil tempat di seat penumpang di sisi driver.
                 " Hang ikut ja la. Hari ni hang kena temankan aku. Aku boring dan stress!" jawab Khai lalu menghidupkan enjin dan seterusnya menuju ke destinasi yang aku pun tak pasti ke mana. Boring? Stress? Dia ingat aku nie tempat dia hilangkan tekanan jiwa ke? Sengal!
           Sepanjang perjalanan kami berdua hanya mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasaan sendiri sambil ditemani radio Fly.fm yang sedang mendendangkan lagu cinta nyanyian Marc Anthony - My Baby You. Kalau orang tengah bercinta mungkin tangkap cintan habislah bila mendengarnya. Tapi bagi aku yang terang lagi nyata fobia dan trauma dengan cinta langsung takde feeling dengan lagu-lagu genre macamnie. Sampai tersengguk-sengguk aku mendengarnya. Maklumlah penat study masih terasa. Kalau orang yang kenal aku diorang tau aku nie kaki study. Ramai gelar aku nerd. Tapi aku tak kisah pun. Aku nerd untuk result dan masa depan aku. Bukan untuk korang. Aku tak dijamin bahagia dengan orang yang dicintai tapi pelajaran yang dapat mencerahkan masa depan aku yang sememangnya gelap.
            " Giler ar! Sampai ke Sunway Pyramid kau bawa aku Khai? Ingat nak pergi tasik ke PAS ke," aku bersuara terkejut. Mau tak terkejut...bukak-bukak mata akibat terlelap tadi tengok-tengok dah masuk perkarangan Bandar Sunway. Nasib tak ke KL terus!
          " Aku yang drive bukan hang. Yang hang nak bising macam mulut murai nie pasai pa. Dah jom turun," bebel Khai lalu turun dari kereta meninggalkan aku yang terkontang-kanting disertai dengan keBLURan lagi nie. Cehhh! Dah la mintak aku teman pastu nak hangin tak tentu pasal. Agak datang bulan ke mamat seorang nie? Ehhh...dapat pulak jantan datang bulan kan. Hehehe.
       " Hang nak makan aiskrim dak?" soal Khai tiba-tiba setelah kami memasuki entrance Sunway Pyramid. Aku memandangnya pelik sambil menggaru-garukan kepala aku. Walhal pakai tudung. Ntah apa yang buat kepala ni gatal pun aku tak tau.
      " Nak kalau kau belanja," jawabku sambil tersenyum yang penuh makna. Korang boleh bayangkan? Ngehhh ngehhh ngehhh...
       " Sebab tu la aku tanya. Nak harap hang...kempunan aku," ujar Khai yang berbaur perli tu. Ayat macam haram tol! Kau boleh lah anak Dato'. Setiap bulan duit masuk. Aku ni harap duit JPA je kot. Wajib saving! Aku hanya mengekori Khai. Dah dia kata nak belanja. Ingat nak beli aiskrim McD je rupa-rupanya Baskin Robbins tue. Wahhh I likeeee. Nak nak lagi orang belanja. Kihkihkih. Aku memilih perisa kesukaan aku iaitu Oreo Layered Sundae. Nyamm nyammm yummy! Khai pulak memilih perisa Chocolate Chip Cookie Dough Sundae. Masing-masing memilih sundae. Taste yang hampir sama la pulak. Sambil makan aiskrim sambil window shopping. Heaven gilerr!!
     " Oi! Hang makan macam budak-budak. Berlemoih habis," tegur Khai sambil tangannya mengelap aiskrim yang tercalit di bibir ku. Ooppss! Aku terpaku sekejap. Ada sesuatu yang buat aku rasa lain macam. Sentuhan dia...meremang siot!
      " Erkk...thanks. Hmmm dah tau comot lap je la ni nak bising plak. Macam mak nenek la kau nie!" tingkah aku. Padahal nak control rasa gelabah tue. Hehehe. Dah lama tak rasa macamnie. Rasa ape? Erkkk...kau dah kenapa Ika?!
       Apalah sangat yang boleh buat kat dalam mall nie. Nak shopping sah-sah tempat nie untuk orang kaya. Semua barang yang dijual berjenama belaka. Sedangkan aku nie shopping kat jalan TAR je selalu. Kalau kat rumah (aku orang JB ok!) aku gagah la beli kat JUSCO. Itupun kalau ada sales. Hehehe.
       Aku rasa dah satu mall kiteorang pusing dan dah setiap kedai kiteorang masuk. Last sekali Khai ajak aku bermain ice skating. Perghhh aku dah lah tak reti main benda alah nie. Seboleh-bolehnya aku mengelak. Tapi Khai paksa juga. Dia siap cakap lagi jangan jadi katak bawah tempurung. Arghhh sengal! Aku tau la ice skating tu ape bukan aku ni dungu sangat. Dek kerana bengang dengan kata-kata dia aku setuju untuk bermain ice skating yang julung-julung kalinya aku baru nak try. Selalu pergi Sunway Pyramid dengan Limah or classmates tak pernah pun terpikir nak ke sini. Haishhhh.
      Malunya masuk kat sini. Aku tak reti doh. Dah berapa kali aku jatuh tertonggeng kat atas lantai yang sejuk nie. Khai dengan selambanya boleh gelak-gelak dekat aku. Aku hanya mampu mencebik geram. Menyesal ikut! Arghhhh!
        " Dah la! Aku nak blah dari sini. Aku tak pandai! Kau main la sorang-sorang. Aku tunggu kat luar," aku bersuara setelah tidak mampu lagi nak bersabar. Aku dah lah tak reti main ice skating pastu Khai boleh selamba gelak. Kalau nak ajar takpe guk. Kalau setakat gelak membazirkan tenaga kau baik tak payah! Khai sengal!
        " Hang nak merajuk ka? Jangan lagu tue. Hehehe...ok ok aku ajaq hang. Takkan hang nak biaq aku main sorang-sorang kat sini," pujuk Khai. Baru sekarang nak pujuk. Ntah ikhlas ntah tidak. Takpun nak mengena aku. Bukan boleh Khai nie. Akal panjang. Memanjang je nak nyakat aku. Huh!
       " Tak percayalah aku kau nak ajar. Kalau setakat nak gelak pastu berdiri terpacak tengok aku jatuh tersungkur bolehlah," ujar aku pula dalam nada merajuk. Taknak tertipu. Aku jatuh tersungkur nie pun dah cukup malu tau. Dahlah ramai orang yang dok memandang dari atas. Al-maklumlah hari nie hari minggu so memang ramailah yang memenuhi mall nie kan. Khai tergelak kecil. Lagi bingit aku dengar tau! Lahabau punya budak!
     " Ala bucuk bucuk. Sini Khai ajaq," Khai menghulurkan tangannya. Aku hanya memandang huluran yang diberi dengan pandangan kosong. Biar betul nie? Boleh percaya ke? Khai masih setia menghulur tangannya even aku tidak menyambutnya. Nak tak nak aku sambut juga. Aku pun teringin jugak nak pandai main benda alah nie kan. Dah alang-alang orang nak ajar so why not aku follow je. Huhuhu.
     Sepanjang sesi latihan (ayat tak boleh blah..hahaha) Khai banyak bagi tips macammana nak imbangkan badan sewaktu ice skating dan bla bla bla. First trial Khai memimpin aku untuk bersama-sama berice skating supaya aku boleh balancekan diri. Dua tiga kali jugak lah aku terjatuh tapi semangat tinggi beb! Huhuhu....akhirnya dalam masa setengah jam berlatih bersama sifu, aku mampu untuk bergerak sendiri tanpa perlu dipimpin lagi.
    " Yahoo! Dah boleh! Khai! Can you see it?" jeritku gembira. Khai hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin dia rasa geli hati kot tengok sifat keanak-anakkan aku. Tapi aku peduli ape. Dah aku tengah gembirakan. Ntah-ntah dulu kau pun sama je macam aku. Takpun lagi teruk kot gembiranya bila dapat berice skating. Huhuhu. Oleh kerana dah pandailah sikit, aku apa lagi terus pusing at the whole of the part lah. Dari slow sampai lah laju sehingga......
      " OMG! Khai aku tak boleh control! Tak boleh brake!" oleh kerana aku meluncur dengan laju sampai aku tak boleh control. Maklumlah aku baru belajarkan. Aku tak tau nak buat apa. Pejam mata lah menanti buah nangka aka badan aku jatuh tersungkur takpun terlanggar siapa-siapa yang bertuah. Mak tolong! Aku cuma terdengar suara Khai memanggil aku. Nak bukak mata pun aku tak sanggup wei! Seketika aku terasa diriku disambut oleh seseorang. Bila aku bukak mata...wajah Khai yang menjelma. Aku menarik nafas lega. Khai menyambut aku! Gaya kami berdua dah macam romantic dance. Aku berdebar-debar di saat nie. Glurpp! Kenapa kau nie Ika. Untuk seketika kami bertentangan mata sehinggalah masing-masing sudah kembali ke alam yang nyata.
       " Erk...hang ok dak Ika?" Khai menyoalku. Aku hanya mengangguk. Malu sebenarnya nak bertentang mata dengannya lagi. Ada perasaan aneh yang menjelma. Perasaan apa? Ni dah kali kedua Khai selamatkan aku. Agak memang kau ditakdirkan untuk jadi hero aku kot. My prince charming gitu!
       " Dah tau baru-baru nak pandai main yang hang bantai bawak laju-laju tu pasai pa? Nasib baek aku ada. Buat aku risau ja la hang ni," bebel Khai sambil memimpin aku keluar dari tempat ice skating. Aku hanya mendiamkan diri. Memang salah aku pun. Tapi sangat gementar bila Khai caring macamnie. Ni siap pegang tangan aku lagi. Walhal aku boleh je jalan sendiri.
      " Ni awat hang senyap? Terasa hati ngan aku ka?" lagi sekali Khai bersuara setelah sejak keluar dari kawasan ice skating tadi, aku hanya mendiamkan diri.
     " Taklah. Memang tadi salah aku pun," akhirnya aku bersuara. Taknaklah Khai yang rasa bersalah. Memang salah aku pun tadi.
     " Ha pandai pun mengaku kesalahan sendiri kan!" Khai membalas dengan nada yang aku rasa macam perli pun ada. Mampu bernanah lah guk telinga aku nie mendengarnya.
    " Aku tau la aku yang salah. Tak payahlah nak bising lagi! Huh!" bentak aku dan dengan selambanya aku mencubit lengan dia. Menjerit kesakitan Khai. Padan muka! Hahaha. Kemudian berlakulah sesi kejar-mengejar antara kami berdua. Aku cubit kau kau cubit aku. Kalau orang yang memandang pasti cakap kami pasangan bahagia. Hehehe.
    " Hang nak pi singgah mana-mana lagi dak sebelum kita balik nie?" soal Khai setelah kami berdua mengambil tempat di kerusi panjang yang disediakan khas untuk pengunjung setelah penat berkejar-kejaran tadi. Aku berfikir sejenak.
   " Hmmm...aku nak pergi ke kedai cenderahati tue jap. Kau nak ikut ke or nak stay sini?" aku menjawab soalan Khai tadi sambil menunjuk ke kedai yang aku maksudkan tue. Rasa macam nak cuci mata kejap. Tempat wajib bagi si gadis.  Huhuhu.
    " Takpelah aku ikut sekali," balas Khai pendek. Lalu kami berdua menuju ke kedai yang aku sebutkan tadi. Teruja masuk sebab banyak giler teddy bear yang comel-comel yang terdiri dari pelbagai saiz. Aku memang suka benda-benda yang macam nie. Si Khai hanya mengekor aku je. Naik rimas pulak aku.
    " Hang minat benda-benda lagu nie ka? soal Khai tiba-tiba.
    " Aku rasa semua perempuan kot minat benda-benda yang camnie," balasku pendek.
   " Ohh...suka bunga, teddy bear, aiskrim..." aku memandang Khai. Mana dia tau aku minat semua benda-benda tu?
   " Mana kau tau minat aku nie?" aku soalnya pelik. Memanglah semua perempuan suka benda-benda macam tue tapi apa yang disebutkan oleh Khai sebentar tadi semuanya yang aku suka kot. Segan pula aku.
    " Aku kan boyfriend hang," jawabnya pendek lalu berlalu pergi ke bahagian lain. Aku hanya mencebik. Poorahhh! Ada apa dengan status tu? Hmmm tapi dia memang boyfriend aku pun sekarangkan. Tapi mana ada orang couple tanpa ada perasaan sayang beb? Tapi...dia layan aku dengan baik sekali...boleh buat aku jatuh hati guk kalau berterusan macamnie. Erkkk...aku dah jatuh hati ke? Oh no! Ahhh malas nak pikir. Aku teruskan lagi mencuci mata. Dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.
      Wahhh! Cantiknya design cermin-cermin nie. Maklumlah perempuan dengan cermin memang tak dapat dipisahkan kan. Hehehe. Aku tertarik dengan salah satu design cermin dimana ia diperbuat dari kayu. Sangat unik dan klasik. Ehh...Nina? Tiba-tiba aku ternampak kelibat Nina di cermin yang aku pegang ini. Aku tidak segera menoleh ke arahnya walaupun terkejut. Hanya memerhatikan melalui cermin sahaja. Kelakuan dia macam mengintip...mengintip aku dan Khai ke? Aisey! Padanlah aku macam rasa ada orang mengekori kami berdua. Agak dari mula-mula kiteorang sampai sini lagi ke dia ikut? Giler lah..Khai tau ke ek?
        " Khai.." aku memanggil Khai dengan perlahan sambil mencuit bahunya. Khai yang khusyuk melihat perhiasan di situ agak terkejut bila dicuit oleh aku.
            " Awat? Hang dah siap beli ka? So boleh kita balik sekarang?" bertubi-tubi Khai soal aku. Aku pelangkung jugak mamat nie. Tau nak balik je. Padahal tadi dia jugak yang beriya ajak aku keluarkan.
             " Aku ternampak Nina tadi. Gaya dia macam mengekori kita je," ujarku tanpa menjawab pun soalan-soalan yang ditujukan oleh Khai kepada ku.
       " Aku tau. Dah lama tau," balas Khai acuh tak acuh. Aku terkejut bin beruk jugalah mendengar. Dia tau?
         " Kau tau? So yang tadi-tadi tue kau berlakon je la?" aku menyoalnya lagi. Masih tidak berpuas hati. Agak caring maring yang ditunjukkan olehnya tadi hanyalah lakonan untuk buatkan Nina jealous semata-mata ke? 
        " Yang tadi-tadi tue? Ohhh...adegan romantik..Hahaha...abis tu hang pikiaq pa? Pandai dak kita berlakon? Mesti Nina bengang kan. Dia ada lagi tak kat sini?" balas Khai sambil gelak besar. Aduhhh...lakonan semata-mata. Hmmm kenapa hati ni rasa sakit sangat? Aku mengetuk-ngetuk dadaku menahan sakit yang amat sangat. 
     " Jom balik!" aku terus keluar dari kedai cenderahati tersebut meninggalkan Khai di belakang. Khai yang terpinga-pinga mengejarku untuk berjalan seiringan dengan aku. Ika! Kau kena ingat siapa diri kau. Tak mungkin ada lelaki yang sudi dengan kau! Aku menahan air mata yang hampir menitis. 


Di suatu sudut...


        " Cis! Tak guna kau Ika! Hang rampas Khai dari aku. Bukan main mesra lagi hangpa kan. Aku tak boleh biaqkan...nanti makin melarat dan aku juga yang melepas!" Nina mengenggam penumbuk. Geram hatinya melihat kemesraan antara Khai dan Ika. Tidak sangka mereka betul-betul bercinta. Kenapa kau buat aku macamnie Khai!






 
        " Ika! Kau bercinta dengan Khai ke? Kenapa aku tak tau pun?" aku yang tengah khusyuk study di meja tulisku terus berpaling ke arah Limah. Macammana boleh tersebar nie?
      " Ape maksud ku nie Limah?" aku cuba berdalih. Malas sebenarnya nak bercerita mengenai cinta kontrak kami berdua. Takde apa yang gembira untuk dikongsikan.
     " Ececehhh...nak berdalih pulak. Benda yang baik pun nak sorok. Dah kecoh satu fakulti aku kau pergi dating dengan Khai dekat Sunway last weekend kan," Limah tersenyum. Entah apa maksud di sebalik senyumannya pun aku tak tau. Siapa pulak lah yang jadi paparazzi kami berdua nie. Baru teringat! Time keluar hari tue memang ada terserempak dengan kawan-kawan Khai. Sebab tue kot boleh tersebar. Hmmm...memang buat masa nie aku awek dia kan.
     " Senyap-senyap sudah. Ok?" akhirnya aku membuat pengakuan tapi bukan secara langsung. Lalu aku teruskan study. Limah yang masih hendak menyoal terhenti di situ apabila aku memberi respons acuh tidak acuh. Dia memahami aku. Kalau aku jawab acuh tak acuh tu maknanya aku memang tak suka orang tanya mengenai itu.
         Sejak tersebar berita mengenai hubungan aku dengah Khai di fakulti Khai dan sekarang merebak di fakulti aku pulak, aku dan Khai makin kerap berjumpa. Aku sebenarnya tidak setuju bila Khai membuat cadangan agar kami perlu kerap habiskan masa bersama-sama. Bila aku bantah Khai bagi alasan konon-konon dengan cara ini lah dapat menjauhkan Nina dari dia. Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa keadaan. Sekarang nie banyak habiskan masa bersama dengan dia. Study pun sama-sama. Nasiblah aku nie flexible. Dekat mana-mana pun boleh study. Cuma...takut hati nie...terpaut pulak kat si dia. Hmmm...


To Be Continued......


No comments

Back to Top