Aku & Mamat Korea - Part 7

          Hubungan aku dengan Khai semakin hari semakin rapat. Boleh dikatakan dalam 168 jam seminggu, adalah 3/4 darinya aku spend kat hostel. Hehehe...mati kalau 3/4 daripadanya spend bersama Khai. Ingat kami suami isteri ke? Aku dan Khai banyak habiskan masa bersama pun sebab nak elakkan dari si Nina tu menganggu Khai. Jadi kami selalu bersama lepak dekat Mc Donald untuk study walaupun lain-lain course. Tapi aku rasa masa yang kami habiskan bersama nie banyak buka peluang untuk kami berdua mengenali antara satu sama lain. Banyak jugalah cerita yang Khai kongsikan bersama aku. Bagaimana dia mengenali Nina, kisah family dia dan banyak lagi. So sedikit demi sedikit aku memahami la juga dirinya. Aku? Hanya mendengar dan terus menjadi pendengar setia dia. Tiada apa yang aku perlu kongsikan bersamanya. Biarlah rahsia ini terus menjadi rahsia...
        " Ika...kau bergaduh dengan Khai ke?" soalan Limah membuatkan aku memberhentikan suapan nasi ayam ke mulutku. Aku memandangnya pelik. Semalam jumpa ok je. Takde gaduh atau bertengkar pun. Merajuk ke mamat tu? Kalau merajuk pun ape sebab pulak. Adoiii...malas nak pikir.
        " Mana ada...semalam elok je aku borak dengan dia time study together. Dia ada cakap pape ke dekat kau Limah?" soalan dibalas kembali dengan soalan. Tanda soal menghiasi mata aku di saat nie. Cheewaahhh.
      " Hmmm...nope but..." ayat Limah tergantung tetapi menghulurkan sekeping kertas yang dilipat kecil kepadaku. Benda alah apa pulak nie...
        " Surat? Zaman punye canggih pun dia kirim surat ke?" soalku lagi apabila kertas yang ku ambil dari huluran itu adalah sepucuk surat yang sudah tentulah pengirimnya ialah Khai kan.


Assalamualaikum...
         
          Mesti hang terkejut kan bila dapat surat dari aku? Aku pun terkejut pasai pa aku tulis surat nie kat hang...sesaja isi masa sementara tunggu lecturer masuk... Pendekkan cerita since aku pun takdak banyak masa...aku nak ajak hang p dinner malam ni...bolehkan? Aku jemput hang pukul 8 malam nie tw...harap sangat hang sudi...aku tak mau dengaq TIDAK dari hang...ok? Deal syg? :)


Your Faked Lover,,
Khai


          Aku menarik nafas panjang. Punyer besar, panjang dan luas kertas A4 nie, hanya beberapa baris ayat je yang dia tulis? Membazir betullah. Baiklah dia sms aku je. Takkan kedekut kot setakat 1 sen? Aku melipat kembali surat tersebut dan melihat jam di dinding. Awal lagi. Nasib baik esok kelas pukul dua petang. Pandai Khai cari masa kan nak ajak aku dating. Hmmm dating la sangat...tak lain tak bukan mesti adalah tu nak share dengan aku. Akukan awek dia yang sangat setia mendengar masalah dia. Setialah sangat kan! Huh!
           " Beb kau nak ajak aku pergi dinner dekat mana nie?" soalku sejurus memasuki ke dalam kereta Khai. Khai hanya tersenyum.
              " Hang ikut ja la," balasnya pendek. Aku hanya mencebikkan muka. Dah la perut tengah berkeroncong nie. Maklumlah aku nie kuat makan sikit cuma badan je payah nak naik. Bonus untuk wanita la kan...hehehe.
         Sepanjang perjalanan aku dan Khai banyak berborak mengenai aktiviti yang kami jalankan hari ini. Berkongsi-kongsi cerita dan sebagainya. Riuh-rendah la jugak suasana dalam kereta walaupun hanya ada kami berdua sahaja kerana gelak-tawa kami memecahkan kesunyian malam. Hubungan aku dengannya kini semakin baik berbanding dahulu. Takdelah lagi istilah bagai anjing dan kucing lagi. Kepelikan aku mula menguasai diri bila kereta yang dipandu oleh Khai membelok ke arah tasik Shah Alam. Gapo dia nie? Perut aku dah menyanyi lagu keroncong dah nie! Kalau yea pun nak dating tunggulah siang-siang esok. Ni dah malam-malam ajak pergi tasik? Biar betul mamat nie. Seram sejuk pulak aku rasa ni...
          " Kita nak ke mana nie Khai?" aku beranikan diri jugak bertanya Khai. Kang malu bertanya sesat jalan pulak kan.
          " Makan," balasnya pendek sambil mengukirkan senyuman kepadaku. Erkk makan? Jadahnya tempat-tempat yang macamnie. Mulalah nak pikir yang bukan-bukan nie. Akhirnya Khai memberhentikan kereta di tempat letak kereta yang telah disediakan. Dia dah bersiap sedia nak keluar dari kereta tapi aku masih lagi duduk terkaku di kusyen kereta ini. Adoiii...perlu ke turun? Kang tak pasal-pasal sedara dari Jabatan Agama tangkap. Glurppp!
          " Laaa...awat tercongok dekat dalam tue lagi? Cepat lah turun. Aku dah lapaq nie!" sergah Khai di sisi cermin tingkap di sebelah aku. Aku menelan air liur. Nak tak nak aku turun jugak. Kalau tak mau pecah gegendang telinga ni dek kerana jeritan Khai tadi tue. Huh! Aku mengekori Khai dengan hanya membisukan diri sahaja. Ada pulak kedai makan dekat tasik nie? Malam-malam camnie pulak tue. Biar betul? 
          Sebaik aku memasuki perkarangan taman yang mempunyai tasik itu tiba-tiba terang-benderang pulak jadinya. Sana sini dipasang lampu di setiap pokok yang ada. Aku terpegun sebentar. Sangat cantik! Serius! Aku memandang Khai tapi dia buat bodoh sahaja dan masih meneruskan perjalanan. Aku pun mengekor je la dari belakang. Dan lagi sekali aku terpandang sebuah meja bulat siap ada lilin lagi beserta dua buah kerusi tidak jauh dari aku. Aku menjadi pelik. Bila pulak ada benda alah nie? Yang peliknya cahaya hanya ada di kawasan meja dan kerusi-kerusi nie je. Macam gune sportlight pulak. Aku menoleh ke arah Khai. Tapi dia sudah tiada. OMG! Pergi mana pulak mamat nie? Takkan time-time camnie kau nak bergurau dengan aku beb! Meremang je rase nie. Kau tinggalkan aku seorang diri je Khai? Arghhhh nak nangis nak nangis...
          Aku masih tercongok berhampiran dengan meja bulat yang aku nampak tadi. Di dalam hati rasa antara nak tak nak je nie. Sekejap rase nak tunggu je dekat meja tue. Elok baru nak melangkahkan kaki, tiba-tiba rase takut. Risau gak bila pikir seorang diri di sini. Khai ni saja nak cari nahas dengan aku nie. Bergurau sampai tinggalkan aku kat sini? Siotttt tolll! Siaplah kau esok. Balak tak balak! Memang aku kasi tebang kawww kawww punyer! Huh! Aku mengomel di dalam hati sambil menyumpah si mamat Korea tue! Hmmm dah agak lama tak memanggil dia dengan gelaran tue kan? Daripada aku terpacak berdiri dekat sini macam tunggu kucing jantan beranak, lebih baik aku duduk terus dekat meja di hadapan aku nie. Siap kerusi dan lilin lagi. Lagi setengah jam mamat nie tak muncul......si...
        " Happy birthday to you!" mak kau terberanak! Siot! Aku kenal suara nie. Khai? Aku memandang ke arah suara yang kedengaran dari arah meja bulat tue. Dari mana dia muncul? Aku memandangnya pelik sambil mengurut-ngurut dadaku sambil mengucap dek terkejut dengan surprise Khai. Erk surprise?
           " Surprise menda yang kau buat ni Khai? Buat aku takut je la!" aku menyoalnya pelik plus bengang sebab dia tinggalkan aku terkontang-kanting dekat sini. Mau dekat 15 minit aku ditinggalkan tau! Khai hanya ketawa terbahak-bahak memecahkan kesunyian malam. Aku tersangat-sangatlah bengang dengan gelagat mamat seekor nie. Dengan spontannya aku menarik telinga dia.
         " Adoi! Awat main tarik-tarik telinga nie? Sakit tau dak?" adu Khai. Aku hanya tersengih bengang. Tue makan dia. Cari pasal lagi dengan aku! Tapi aku hanya mampu ucapkan di dalam hati je. Malas nak meluahkan. Dahlah perut lapar. Lepas tue Khai buat party ape-ape ntah nie. Bikin panas je lah!
        " Ok-ok! Intan payung Khai sorang...janganlah marah. Bukan saja-saja nak tinggal hang. Hari ni kan birthday hang...aku saja arranged kan semua nie untuk buah hati aku. Tapi hang marah-marah pulak," Khai memuncungkan mulutnya. Konon-konon merajuklah sebab aku tak hargai apa yang dia buat nie. Huh! Menyampah giler! Patut aku yang merajuk. Ni dah terbalik. Hmmm birthday? Hari nie birthday aku ke??? Erkkk...berapa haribulan ek hari nie?
       " Ermmm hari nie birthday aku ke?" aku menyoalnya sambil mengambil handphone di dalam poket seluar jeans aku. Dua tiga kali aku belek tarikh dekat screen handphone nie. Hari nie baru 4 April. Lusa baru birthday aku. Ishhhh mamat nie...!
      " Oi! Birthday awek sendiri pun tak ingat ke? Lusalah birthday aku. Kau ni mimpi ke mamai?" tegurku dalam nada agak kuat. Hangin sebab boyfriend tak ingat birthday awek dia even mangkuk nie hanya la faked lover je kan. Tapi still boyfriend aku la kan selagi tak tamat kontrak tue.
       " Hang nie boleh dak sebelum nak tuduh sesuatu tue hang tanya dulu. Ishhh aku ingatlah birthday hang 6 April kan? Hari nie baru empat haribulan. Aku tau sebab aku nie belum nyanyuk lagi. But tomorrow aku kena balik kampung sat sebab nak buat research dekat belah Alor Setar dengan teamwork aku. Tujuh haribulan baru balik mai. So mana nak sempat celebrate dengan hang," terang Khai dengan panjang lebar. Aku hanya mendengar sebutir-butir penjelasannya. Makkkk! Touchingnyaaaa! Dia buat persiapan awal-awal sebab takut tak sempat nak celebrate dengan aku ke? Huhuhu...Rasa bersalah pulak sebab tadi tuduh dia macam-macamkan.
       " Hmmm kenapa susah-susahkan diri? Kalau tak sempat nak buat macammana kan...alaaa kita pun just couple..." aku tak sempat nak habiskan kata-kataku kerana Khai sudah meletakkan jari telunjuknya di bibirku. Ertinya dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Benda dah jadi kan. Hmmm dah faham sangat dengan perangai dia. Maklumlah dah hampir tiga bulan kot bersama. Tapi...kenapa dia sanggup lakukan semua nie? Memang kami couple tapi tanpa feeling. So takkan dia sanggup bersusah payah demi aku...melainkan dia ada perasaan pada aku. Hmmm dia suka aku ke? Adoi banyaknya soaln nie!
         Tiba-tiba kedengaran petikan gitar...Sangat jelas. Aku terus menoleh. Khai? Dia sedang bermain gitar dan makin menghampiri aku. Bila masa pulak dia pergi ambil gitar yang aku sendiri tidak tahu mana datangnya gitar tue. Nampak sangat aku berangan je tadi kan sampai tak perasan Khai berlalu untuk ambil gitar. Dan lagu yang Khai mainkan adalah lagu Aizat! Lagu Susun Silang Kata! Wow! Khai sedang menyanyikan lagu tue untuk aku sambil memetik gitar? Unbelievable! Romantiknya...berkhayalan sebentar...Rasa diriku betul-betul dihargai. Adakah aku in love with him? Hmmm...
        Aku tersentak mendengar tepukan yang kuat di keliling aku dan Khai. Dan tiba-tiba suasana pun menjadi terang dengan suluhan cahaya lampu spotlight. Lorrr ada manusia lain selain aku dan Khai rupanya. Ingat kami berua je. Teka siapa? Tak ku sangka Limah and the geng ada sekali. Betul-betul surprise nie! Means diaorang nampak ke babak-babak romantik tadi? Makkk malunyaaaa. 
        Sepanjang malam itu, aku dan Khai asyik di usik oleh mereka. Mau tak kena usik...birthday party yang Khai arranged nie mampu menunjukkan betapa dia sayang kat aku. Sayang? Aku pun tak pasti. Yang aku pasti Limah and the geng berkomplot sekali dengan Khai untuk buat surprise party nie. Dan yang ku pasti aku gembira dan terharu sangat-sangat. Terasa sedikit demi sedikit perasaan sayang padanya menular di hatiku. Aduhhhh!


To Be Continued......


p/s: Akhirnyer aq berjaya published part 7 utk sambungan cerpen aq nie! Sumber inspirasi adalah dtg dr blog aq y dah berwajah bwu! So semangat dy tinggi nk wt! Excited!!! Hehehe... Selamat membace yawww!!!

            

3 comments

  1. wah! rmentic nyew..huhu..neway..cntek wjah bru blog akk..heheh

    ReplyDelete
  2. hehehe...thnx dear...sorry lw lmbt published..stuck in the middle...after tukar wajah blog ni bwu strong soul dtg..hehehe..thnx yawww :)

    ReplyDelete
  3. huhu..tapew2..still tnggu wlopown lmbat..hehe..:)

    ReplyDelete

Back to Top