Aku & Mamat Korea - Part 8

          Hari ini semua benda yang aku buat serba tak kena. Nak study rase malas. Nak makan rase takde selera. Mood entah hilang ke mana aku sendiri pun kurang pasti. Rasa macam ada kekurangan sesuatu. Selalunya waktu petang-petang macamnie aku tengah study bersama-sama dengan Khai dekat Mc Donald ke KFC ke. Tapi hari ini terasa sunyi pula tanpa dia. Adakah aku merindui dia? Teringat pula tentang surprise party yang Khai buat untuk aku semalam. Semalaman aku tersenyum bila teringat tentang itu. Haishhhh...aku sudah jatuh hati ke nie? Layak ke aku untuk menyintai seseorang?
         Oleh kerana mood aku sudah merajuk entah hilang ke mana, jadi aku decide untuk berjalan-jalan di sekitar The Mines. Perghhh sampai ke The Mines aku pergi membawa diri. Dekat Shah Alam dah macam boring tue yang aku rajin bawa motor sampai ke The Mines. Kalau duduk bilik confirm mood masih belum ada. So baik aku pergi jalan-jalan cuci mata dan rehatkan kepala otak yang terlalu banyak berfikir nie. Apa yang aku fikir pun aku tak tau...
           Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk untuk mencuci mata. Dari satu kiosk ke satu kiosk aku singgah. Dari ground floor sampai ke upper floor aku pergi. Senang citer satu The Mines nie dah habis pusing la tapi satu benda pun aku tak beli. Mood nak shopping pun takde. Kemaruk cinta ke apa aku nie? Sakit kepala fikir. Jawapannya ya! Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia. Sedaya upaya aku tak mengaku pada diri sendiri tetapi keadaan aku yang dah makin parah nie buat aku tak tentu arah. Tetapi setiap kali diri ini mengaku menyukai dia setiap kali itulah kenangan itu kembali menerjah ke dalam diri aku. Kalau hati ini tak mengaku nanti diri sendiri yang merana. Semuanya akan jadi ok kot kalau aku sahaja yang memendam rasa. Aku sedar diri aku. Tidak mungkin dia mempunyai perasaan pada aku. Kalaulah dia tahu......
         " Erkkk...maaf cik. Saya tak sengaja..." adoiiii! Terduduk aku bila dilanggar oleh seseorang yang matanya letak dekat lutut kot ke aku yang jalan macam orang takde mata? Ahhhh peduli ar! Punggung aku dah tengah sakit nie. Aku memandang ke arah suara itu yang macam biasa ku dengar yang di miliki oleh seorang lelaki kalau mengikut suaranya yang garau itu. Tapi tak tau la kalau pengkid atau tomboy kan. Hehehe...Dengan sedaya upaya aku bangun dan memandang ke arahnya. Sebaik mata bertentang mata...
               " Faliq?!" mau terbeliak biji mata aku melihat dia! Kenapa dia yang aku jumpa? Faliq pun kelihatan terkejut melihat aku. Di saat nie aku rasa mahu melarikan diri. Tidak mahu berjumpa dengan insan yang aku sangat-sangat benci sampai aku mati!
        " Ika...hmmm Ika ok?" Faliq cuba membantuku dengan mencapai tanganku. Aku pantas menepis tangannya. Tak sudi dan tidak mahu di sentuh dan menyentuh oleh lelaki terutama sekali dia! Bersama Khai pun aku tak pernah sentuh dia even ada tertulis di dalam kontrak kami.
      " I'm fine! Thank you!" aku segera bangun dan bersiap-sedia membuka langkah untuk berlalu pergi. Tidak boleh lama-lama lagi di sini. Panas satu badan aku. Panasnya sudah naik sampai ke muka aku. Arghhhh!
        " Ika...wait!" Faliq menghalang laluanku agar aku tidak boleh beredar. Aku menghembuskan nafasku kasar. Sedang menahan amarah nie. Mau ada yang merasa penumbuk sulung aku nie kang!
         " What's now Faliq? I'm rushing!" bohong aku. Walhal tidak mahu menatap dan bercakap dengannya. Kenapalah boleh terserempak dengannya setelah sudah berapa tahun kisah aku dan dia berlalu. Aku tidak sanggup mengingati saat itu kembali. Ya ALLAH! Berikanlah hamba-MU ini kekuatan.
     " Ke mana Ika pergi selama nie? I'm looking for you everywhere," Faliq memulakan bicaranya. Aku mencebikkan muka aku. Meluat mendengar suara dan setiap ayat yang keluar dari mulutnya itu.
       " Cari Ika? For what? Untuk menghancurkan hidup Ika lagi ke?" balasku di antara nak tak nak. Kau ingat aku akan cair dengan kata-kata kau lagi? Come on la! Ini Ika version baru ok! Tak bingai dan bodoh macam dulu lagi!
     " Fal serius mencari Ika selama tempoh hampir dua tahun ini. Nombor pun Ika dah tukar. Kalau Fal tanya parent Ika lagilah diaorang takkan bagitau Fal," aku memandang tepat ke arah muka insan yang sangat-sangat aku benci nie! Jadahnya kau cari aku!
      " Fal! Better you shut up and keep your mouth! You're so annoying! Ika bukan macam Ika yang Fal kenal dulu yang boleh Fal buat seperti permainan. Enough Fal! Don't you dare to find me! Assalamualaikum!" aku berlalu pergi dengan keadaan yang sangat menyebalkan. Hati aku sakit sangat di saat ini. Atas alasan apa lagi untuk kami berjumpa Ya ALLAH? Aku bertaubat Ya ALLAH! 
    Fal terpinga-pinga apabila ditinggalkan oleh ku. Kedengaran dia memanggil namaku berulang-ulang kembali. Sorry Faliq. Aku bukan seperti dahulu. Hatiku sudah cukup kuat untuk tidak berpaling pada kau lagi! Setitis demi setitis air mataku mengalir di pipiku. Bukan kerana merindui dia tetapi jijik apabila terkenangkan kisah yang lalu. Subhanallah......


Di suatu sudut...


          " Berjaya snap gambar korang berdua! Kalau Khai tengok mesti bengang giler kan. Huh! Adegan yang penuh dengan debaran nie!" Nina menyimpan handphonenya di dalam beg tangannya itu. Tidak sangka boleh terserempak dengan Faliq. Kawan sepermainan Nina dan Khai sewaktu kecil dahulu. Dia baru nak tegur Faliq tapi entah macammana Faliq boleh terlanggar seorang gadis yakni Ika. Cara mereka berdua bertegur sapa seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Tidak jelas apa yang di borakkan tetapi aku dapat rasakan mereka berdua pernah rapat sebab aku melihat Ika menangis! That's was the point kenapa aku berpikiran sebegitu. Kenapa sampai menangis? Sure something pernah berlaku antara mereka berdua! Hmmm aku mesti siasat nie! Gambar mereka berpegang tangan tadi bolehlah aku tunjukkan kepada Khai. Padan muka hang Ika! Hahaha...


To Be Continued.....


No comments

Back to Top