Aku & Mamat Korea - Part 9

          
            
           Sejak terserempak dengan Faliq tempoh hari hidup aku tidak seperti dahulu. Tiada ketenangan yang aku rasa sekarang. Setiap masa aku diburu keresahan dengan kehadiran dia. Kenapa kami perlu dipertemukan kembali walaupun hanya terserempak? Seperti duri mencucuk hati aku. Sakit sangat hati ini bila terlihat wajahnya yang mengundang 1001 kebencian di dalam hati aku. Arghhh!!! Boleh di kata dalam beberapa hari ini aku termimpikan semula kenangan-kenangan yang lalu. Ya ALLAH......
          " Ika..." aku tersentak dari lamunan. Ya ALLAH...aku mengelamun rupanya. Aku memandang ke arah suara yang menyapa aku tadi. 
        " Ohhh Lily...ingat sape tadi," rupa-rupanya suara itu kepunyaan Lily. Aku memandang jam di tangan. Dah habis waktu kelas. Lepas nie pun dah takde kelas. Apehal pulak minah ni cari aku nie. Tadi bukan main beriya nak balik dulu. Alasannya ada date dengan encik Balak dia.
       " Kau buat ape kat sini? Termenung seorang diri. Penat aku cari kau sekitar fac kite tau. Alih-alih kau lepak dekat cafe rupanya," Lily mengambil tempat di sebelah aku. Aku hanya tersenyum yang hanya dibuat-buat. 
      " Saja dok lepak sini. Tadi aku makan sini before balik kolej. Kau cari aku nie kenapa? Bukan kau ada date ke?" aku menyoalnya pelik. Beriya sangat cari aku nie sebab ape?
       " Memang la. Tapi on the way keluar kelas aku terserempak dengan Khai dekat lif tingkat dua..."
      " Khai da balik?" aku terus memotong cakap Lily tanpa sempat minah nie nak habiskan ayatnya. Aku mengira-ngira secara congak di dalam kepala otak aku. Betul lah! Semalam lagi dia dah balik. Kenapa aku boleh terlupa pula nie? Nie semua gara-gara malaun Faliq la nie! Huh!
      " Balik mana pulak nie? Hmmm by the way dia pesan suruh jumpa dia dekat kedai makan dekat tempat biasa after this. I guess you know kan?" aku hanya mengangguk-angguk macam burung belatuk bila mendengar Lily bercakap. Tempat biasa tue merujuk dekat Mc Donald la.
     " Tapi apesal dia tak call aku je ek? Tak pun text je la kn," aku menyoal pada diriku sendiri. Macam pelik pulak bila dia cari aku sampai ke fakulti. Jauh kot fakulti kejuruteraan dengan perakaunan.
    " Sebab kau off handphone la pandai. Khai cakap dia try call kau banyak kali tapi masuk voicemail. Kau kenapa? Aku try call tadi pun tak dapat. Ada problem ke dear?" Lily menyampuk. Eh dia dengar er aku mengomel seorang diri tadi? Hehehe. Aku off handphone ke? Aku segera mencapai handphone aku. 
     "Aisey...battery kong laa dear. Padanlah senyap je handphone aku nie," aku menggaru-garu kepalaku yang beralaskan tudung sambil menekan-nekan keypad handphone aku berkali-kali untuk turn on handphone tapi still gelap je screennya. Macammana boleh terlupa nak cas nie? Adoiii...lately kepala berserabut laa!
      " How could you forget to charge it? Kau ok tak nie Ika? Lately tengok macam ada problem je. Share it," Lily menyoalku dengan penuh prihatin. Untung dapat kawan sebaik dia. Tapi perlu ke aku membuka cerita mengenai kisah aku dan Faliq? Seumpama buka pekung di dada je. Hmmm...biarlah aku sendiri yang tanggung.
      " I'm just fine. Just tired and busy je with assignment yang berlambak-lambak tue. Ok la beb. Sorry sebab menyusahkan kau untuk cari aku. Next time I'll treat you lunch tau. Aku gerak dulu er. Take care!" aku segera berlalu pergi untuk mengelakkan diri dari ditanya oleh Lily dengan soalan-soalan yang sukar untuk di beri jawapan. Lily hanya menggeleng-gelengkan kepala. Aku dan dia kan satu kelas tapi takdelah serabut macam dia sangat. Something happens ke? Bicara Lily di dalam hatinya.



       " Hai! Ermmm sorry lambat," aku menyapa Khai sambil mengambil tempat di sebelahnya. Khai hanya memandangku dengan pandangan yang tajam. Lagaknya macam aku ada buat salah je. Balas sapaan aku pun tidak. Serius je mamat nie. Glurppp...
      " Kenapa kau tengok aku macam tue. Macam nak makan orang je. Tak cukup makan er? Ke aku ada buat salah?" aku menyoalnya setelah beberapa minit kami hanya mendiamkan diri. Rimas pulak dengan suasana yang macamnie kalau dah masing-masing mendiamkan diri je. Dia marah ke? Atas sebab ape?
     " Memang hang ada buat salah! Dari semalam aku call hang. Awat hang tak jawab?" Khai bersuara setelah mendiamkn diri sejak dari tadi. Lidah aku terkelu seketika. Adehhh pasal tue ke dia moody? Memang sejak bertembung dengan Faliq, hidup aku dan jiwa aku dilanda kekacauan. Handphone entah ke mana je aku letak sampai battery weak pun aku tak perasan. Khai tau marah tapi dia tak tahu apa yang aku alami. Biarla Ika...biarkan ia menjadi rahsia. Selagi aku boleh simpan aku akan simpan. 
       " Sorry la Khai. Aku busy lately nie. Handphone pun jarang pegang. Hmmm aku tau kau balik semalam tapi tak sampai hati nak ganggu kau dalam keadaan kau penat," bohong aku. Walhal aku memang serius terlupa yang dia pulang dari Alor Setar semalam. Aku gagahi jua menatap wajahnya untuk memastikan lakonan aku berjaya. Aku terpaksa membohongi kau Khai......
        " Aku risau. Aku call hang dari semalam till today. Semua masuk voicemail. Hang ok dak?" Khai memandang aku. Di saat ni mata kami saling bertentang mata. Aku tak mampu untuk bertentang mata dengannya kerana sesungguhnya memang aku sedang membohongi dia. Benarlah kata orang keikhlasan orang boleh diukur dengan menatap matanya. 
      " Aku ok je. Kau kan tahu aku busy dengan assignment. Nak pulak tak lama lagi dah nak final. Aku kena struggle. Next time tak payahlah susah-susah sampai ke fac aku kau datang. Limah kan ada," balasku. Rasa serba salah mula menyelubungi aku. Perasaan itu datang kerana aku mulai sayangkan kau Khai! Ikutkan hati aku nak meluahkan padanya selaku boyfriend aku. Tapi aku sedar, hubungan aku dan dia hanya sementara dan aku sedar yang hanya aku sahaja yang mempunyai perasaan terhadapnya.
      " Hmmm...aku datang sana bukan nak cari hang sangat. Aku pi sana sebab nak singgah library ja. Tak sangka terserempak dengan kawan hang," ujar Khai. Aku melepaskan nafasku dengan berat sekali. Dah agak dah kau datang ke Bangunan SAAS bukan kerana aku. Mungkin Lily yang mereka-reka cerita. Yeke? Arghhh lantaklah!
    " Yeala yeala. Ni apesal kau suruh aku datang nie? Aku dah makanlah tadi,"aku segera menukar topik. Tak guna nak bermain perasaan dengan Khai di kala otak aku tengah berserabut nie.
     " Takpalah...nanti hang tapau bawak balik kolej. Aku ajak hang keluaq ni sebab nak kenalkan hang dengan bestie aku. Bestfriend aku sejak kecil. Dia baru habis study dekat UKM," jawab Khai. Bestfriend? Kenapalah time-time nie kau nak kenalkan. Dahlah mood aku ntah ke mana-mana.
     " Dia dah abis study? Korang tak sebaya ke?" aku menyoalnya lagi. 
    " Dia budak lompat. No wonder dia habis cepat sedikit dari aku," ujar Khai pendek. Aku hanya mengangguk-angguk mendengar bicara Khai. Telinga mendengar tetapi fikiran melayang ke mana pun aku tidak tahu.
     " Panjang umur dia. Dia dah sampai dah. Erk..dengan Nina sekali?" Khai bersuara lagi sambil matanya galak memandang ke suatu arah. Aku hanya mengekori ekor matanya. Whatttt? Faliq and Nina??? Faliq bestie dia??? Ya ALLAH......


To Be Continued......


2 comments

  1. auww!!! suspennyew...cpt lah kak smbungan nyew..hehe

    ReplyDelete
  2. @izzie izzam otw dik...demam punyer psl...tergendala part 10 punyer...hehehe

    ReplyDelete

Back to Top