Aku & Mamat Korea - Part 11

       
           Lagi seminggu semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Ini juga menandakan lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi yang tinggal sebelum kontrak antara aku dan Ika akan tamat. Kenapa aku begitu gundah gulana di saat ini? Sepatutnya kau perlu merasa gembira sebab rancangan kau nie sudah berjaya membuatkan si Nina tue berjauhan dengan kau Khai! Aku mengaku sejak menjalinkan hubungan cinta plastik bersama Ika, Nina sudah tidak mengekori aku 24 jam lagi. Seakan-akan lakonan kami berdua menjadi. Semua orang percaya gila yang kami betul-betul dilamun cinta. Bahkan parent aku begitu menyukai Ika. Sebulan sekali pasti akan turun KL semata-mata untuk berjumpa kami berdua dan pastinya akan menyuruh Ika buatkan kek coklat. Kata ibu air tangan Ika sedap. Dah boleh buat menantu...aishhhh! Kenapa asyik terfikir tentang Ika je nie? Aku jatuh cinta ke?
           Hmmm...kalau betul aku jatuh cinta pada Ika...dia pula bagaimana? Kalau dia reject aku macammana? Dah lah aku nie selalu menyakat dia macam Ali Setan dah gayanya. Tak ke annoying dia kalau dia tahu aku sudah jatuh hati padanya? Ishhhhh! Belum cuba belum tahu. Kau jangan cepat mengalah Khai! Wake up and express your feeling to her! Aku masih ada masa nie. Aku perlu settlekan masalah yang membelenggu dekat dalam kepala otak nie! 



           Mimpi apa la si Khai nie ajak jumpa. Lagi seminggu kot nak exam. Last week dah discuss tak nak jumpa. Lagipun kontrak pun makin menuju ke tarikh luputnya. Si Nina pun dah tak mengganggu hidup dia lagi kan. Masalah apalah yang melanda si Khai nie. Bukan aku tak tahu...kalau nak jumpa tiba-tiba nie mesti ada something tak kena. Tengah best-best aku study, si Khai boleh message ajak jumpa pulak. Macam-macamlah budak nie. 
             Aku menoleh ke arah pintu masuk Mc D. Manalah budak Khai nie. Dah hampir setengah jam aku tunggu. Batang hidung pun tak nampak. Selalu tak pernah dia lambat macamnie. Suka buang masa aku tau! Hmmm marah-marah pun tapi dalam hati rindu kot dekat dia. Bila kami decide tak nak berjumpa lagi since exam makin menghampiri, riak kekecewaan jelas terpampar di wajah aku yang comel nie. Tapi apakan daya...aku hanya kekasih kontraknya sahaja. Dia mana tau apa yang aku rasakan? Hmmm......after exam aku dan dia tidak akan bergelar sebagai pasangan kekasih lagi. Entah bila pula kami akan berjumpa memandangkan next sem dia praktikal. Tapi selepas nie dia masih ada hati lagi ke nak jumpa aku?
       " Oit! Termenung sakan hang!" omak ko! Terkejut eden! Aku mengucap panjang sambil merenung tajam ke arah suara yang sudah tentunya kepunyaan si Khai!
      " Ali Setan punye budak! Kau nak bagi aku mampus terkejut ke? Kalau iya pun bagilah salam dulu. Sengal!" bentak aku. Khai hanya ketawa mengekek-kekek sahaja. Eeeeee! Geram tapi sayang. Kalaulah dia tau di saat nie aku sangat-sangat rindukan dia......
      " Alololoooo...Sorrylah...saja nak bagi hang release tension. Aku tengok muka hang serius semacam. Hang tengah pikiaq pa sampai berkerut-kerut muka hang. Stress nak exam ka?" Khai bersuara setelah penat ketawakan aku. Cis! Aku hanya mencebikkan muka. Bila masa pulak dia terpacak dekat depan aku pun aku tak perasan. Nampak sangat aku tengah termenung jauhkan. Malunyerrrr......
      " Mana ada fikir pape...cuma tengah bengang sebab kau lambat sangat. Kenapa lambat? Setengah jam aku terbuang macam tue je semata-mata tunggu kau tau! Nie kalau aku study dah half of chapter habis," bebel aku padahal nak cover malu sebab mengelamun jauh tadi. Tapi hakikatnya dia memang bersalah sebab datang lambat! Khai hanya tersengih macam kerang busuk. Tak lama kemudian suasana senyap. Masing-masing mendiamkn diri melayan perasaan. Aku pula yang tak senang duduk. Tadi beriya-iya ajak aku keluar. Dah tercongok dekat sini dia boleh senyap je? Baik aku duduk bilik lagi bagus.
       " Kau ajak aku keluar nie kenapa? Semata-mata nak senyap melayan perasaan je ke? Mesti kau ada masalah kan?" aku menyoalnya bertubi-tubi dan secara automatiknya telah memecahkan suasana yang sunyi-sepi tadi.
        " Hmmm...masalah? Ada kot..." balas Khai sambil menggaru-garukan kepalanya. Agak dah berapa lama tak syampu? Tue yang kutu dok bersarang tue. Nasib baik aku bertudung so kebarangkalian nak kena macam tipis kot. Huhuhu.
       " Ada kot? Story mai kat aku. Cepat settle cepat balik," ujarku sambil memandang ke arahnya. Konon-konon dah bersiap sedia untuk mendengar masalahnya. Akukan pakar kaunseling yang tak bertauliah yang dah diupah oleh Khai. Hehehe. Adoi! Tengok muka dia lama-lama aku pulak yang segan. Segan nak bertentang mata dengan orang yang dah berjaya mencuri hati aku setelah sekian lama pintu hati ini tertutup rapat.
       " Ermmm...Ika...sekarangkan dah nak final examkan..." kata-kata Khai terhenti di situ. Aku memandangnya pelik sambil setia menanti kata-kata yang seterusnya.
     " Memanglah. Kalau tak aku taklah kelam kabut bagai. Takkan baru sedar kot?" aku bersuara jua setelah penantian dalam menanti kata-kata Khai yang selanjutnya tiada menemui penghujungnya.
        " Mestilah aku sedar. Cuma...aku nak bincang pasai kita..." ujar Khai. Aku yang mendengar terkejut beruk la juga. Nak bincang pasal kita? Bukan semuanya dah termaktub di dalam kontrak ke? Ada alteration ke? Ishhhh...macam-macam pula yang bermain di fikiran nie.
      " Erkkk...boleh kau describe dengan lebih lanjut? Aku still blur..." aku cuba menyoal untuk mendapatkan maksud yang lebih tepat lagi tentang hasrat Khai yang sebenar-benarnya.
      " Hang kan tau kontrak kita da nak tamat dah kan...tinggal lebih kurang sebulan lebih sebelum exam berakhir. Jadi..." kata-kata Khai terhenti di situ. Adoiii...ni yang menyampah nie. Aku punya beriya menunggu apa yang bakal diucapkan olehnya tapi dia boleh tergantung macam tue pulak!
        " So?" aku menyoalnya. Memaksanya untuk meneruskan kata-kata yang tergantung tadi. Kelihatan Khai menarik nafas dalam-dalam. Macam berat je isu yang bakal diperkatakan olehnya tue.
       " Ok ok. Aku straight forward. Aku pun tak pandai nak karang ayat panjang-panjang dan berbahasa basi nie. Aku...ermmm aku tak rasa...tak rasa nak endingkan kontrak kita," luah Khai akhirnya. Aku yang mendengar terkesima lima saat. Apa maksud dia? Mulalah perasaan di dalam hati nie menjadi kelam-kabut dan tertanya-tanya.
      " Maksud kau...kau nak renew kontrak kita ke?" aku menyoalnya. Dah soalan itu je yang terlintas dalam fikiran aku. Luahan dia bermaksud macam tue la kot.
     " Hmmm...aku tak nak renew...tapi aku nak kita mulakan hubungan nie secara...ermmm serius!" jawab Khai dengan penuh yakin even tergagap-gagap. WHAT? Secara serius? Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Macam nak tercabut je jantung nie. Khai mempunyai perasaan terhadap aku ke?
      " Wei! Kau nie cakap dengan jelas lagi nyata boleh tak? Aku tak faham la..." aku berpura-pura tidak faham. Actually macam faham apa yang dia nak maksudkan tetapi aku mahukan kesahihan. Tapi kalau sahih dia syok kat aku macammana? OMG!
       " Ishhh hang nie...aku dah la sikit punya susah nak susun ayat nak bagitau kat hang. Dia pi tanya macam-macam lagi. Cik Ika...aku berat hati nak end upkan hubungan kita sebab aku rasa aku dah jatuh hati kat hang!" terang Khai satu persatu. Memang jelas habislah niat di hatinya. Kalau aku tanya dan buat-buat tak faham lagi mau kena pelangkung dengan si Khai nie. Erkkk...jadi dia mempunyai perasaan yang sama seperti mana aku mempunyai perasaan terhadapnya? Aku nak rasa apa nie? Gembira ke? Marah ke? Hmmm...
         " Ermmm...ape yang kau merepek nie Khai? Bukan ke kita da setuju dengan apa yang dah tertulis kat kontrak tue," aku bersuara juga bagi menyorokkan rasa gementar di hati. Aku tak nak Khai perasan betapa gelabahnya aku bila dia meluahkan perasaannya terhadap aku secara mendadak sebegini.
         " Aku tau...tapi...perasaan tue datang sendiri...aku tak mintak...hang tak rasa macam aku rasa ka?" soal Khai pula. Amik kau! Soalan cepu emas. Khai! Aku cintakan kau! Luahan di dalam hati sahajalah yang mampu aku luahkan. Lidah aku kelu untuk menjawab soalannya. Aku takut...takut...takut...
       " Khai...aku...aku nak balik dulu," aku segera beredar meninggalkan Khai. Langkahku semakin laju menuju ke motorku apabila aku mendengar suara Khai memanggil-manggil nama aku. Arghhhh! Apa yang aku da lakukan nie?

To Be Continued......



2 comments

  1. yeah!!
    da abis bc ,,
    best sgt,, dpt ilangkn gian nk bc novel ,, huhu
    anywy, hope dpt bc smbungan dia... :)

    ReplyDelete
  2. @dhiaelena hehehe...thnx dear sbb sudi bce from de beginning...terharu setengah minit...insya ALLAH...next part is otw...thnx tw 4 reading :)

    ReplyDelete

Back to Top