Aku & Mamat Korea - Part 12


          Tenangnya suasana pagi-pagi ini di kawasan rumah aku yang tercinta. Rasa seperti sudah lama tidak pulang ke rumahku syurgaku. Kesibukan di kampus menghalang aku untuk pulang selalu. Aku ingat nak pulang ke rumah bila selesainya final exam nanti. Tetapi di saat ini hatiku meronta-ronta hendak segera pulang sebelum exam bermula. Aku tidak sanggup duduk di Shah Alam. Takut terserempak dengan Khai. Hmmm...
       Sejak dia meluahkan perasaannya pada aku beberapa hari yang lepas, aku terus menyepikan diri. Panggilan dan message darinya langsung aku tak endahkan. Aku terus buat keputusan untuk pulang ke JB. Di saat nie aku perlukan ketenangan. Namun aku sendiri tidak pasti sampai bila aku harus melarikan diri darinya. Kasihan pula buat dia begitu. Tetapi aku belum mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan situasi yang sebegini. Sepatutnya aku perlu merasa gembira kerana cinta aku berbalas. Aku cintakan kau Khai! Tetapi aku tak berdaya memiliki kau. Aku redha jika cinta aku tidak berbalas. Tetapi sekarang ini.... Keadaan makin parah bila dia turut mempunyai perasaan terhadap aku. Aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan ya ALLAH...
           " Ika...kenapa termenung je nie?" sapaan ibuku mematikan terus lamunanku terhadap Khai. Aku memandang tidak bermaya ke arah ibuku. Nampak sangat muka aku yang seposen nie muka yang bermasalah. Aku menariknafasku dalam-dalam dan lepaskanya dengan berat.
       " Ibu...hmmm Ika takut..." kata-kataku terhenti di situ tanpa ada tanda-tanda untuk meneruskannya. 
             " Kenapa nie?" soal ibuku lembut sambil memegang bahuku. Aku tidak tahu bagaimana untuk meneruskan bicaraku yang seterusnya. Perlukah aku memberitahu ibuku? Sejak kejadian itu, ibuku lah tempat aku berkongsi rasa dan sebagainya. Segala masalah dari sebesar-besarnya sehingga sekecil-kecil zarah pun pasti ibuku tempat pertama yang akan ku kongsikan dahulu.
           " Ika tak mahu pisang berbuah dua kali bu..." kata-kataku terhenti lagi di situ. Begitu payah untuk diluahkan. Air mata mulai bergenang di kelopak mataku ini. Hatiku senang betul tersentuh bila bicara mengenai hati dan perasaan nie.
          " Ika jatuh cinta lagi yea?" ibuku cuba menduga. Sudah! Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan ibuku itu. Perlu ke berterus-terang? Cakap je la...
            " Ika pun tak tahu macamman boleh terjatuh hati bu...Ika cuba ta..." ibuku menepuk-nepuk bahuku lembut. Kata-kataku termati di situ. Mataku hanya memandang ke arah wajah ibuku. Tenang sahaja raut wajahnya. Tidak seperti aku nie. Berserabut memanjang memikirkan tentang Khai dan final exam yang tinggal lagi lima hari. Buku pun masih tidak aku buka sejak aku pulang ke rumahku. Mood hendak study entah ke mana-mana melayang pergi meninggalkan aku.
           " Tak salah jatuh cinta terhadap seseorang kerana perasaan itukan anugerah yang diberi oleh ALLAH. Cuma ibu tak nak Ika tersalah pilih lagi. Ika fahamkan maksud ibu?" ujar ibuku lembut. Aku yang mendengar hanya mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. Terharu pun ada. Ibu masih menerima diriku walaupun kesalahan lalu itu sangat sukar untuk diterima oleh sesiapa pun sebenarnya.
        " Tapi apa yang perlu Ika buat. Masing-masing memendam rasa. Ika takut dia tak boleh terima siapa diri Ika," ujarku setelah beberapa minit mendiamkan diri. 
        " Ika...kalau dia ikhlas dengan kita...siapa pun kita pasti dia akan terima. Keikhlasan dan kejujuran itu yang utama. Kalau Ika masih ragu-ragu, Ika pegilah menunaikan solat isthikarah. Mintak petunjuk dari-NYA," ujarku ibuku sedaya upaya untuk mententeramkan hatiku ini.
         " Tapi bu...Fal...ermmm Faliq tue kawan baik dia. Ika takut kalau..."
       " Faliq? Hmmm kalau boleh ibu taknak dia menganggu hidup Ika lagi. Dunia nie kecil sahaja kan. Ika takut si dia tue seperti Faliq? Pergilah minta petunjuk dari-NYA. Kita tidak boleh judge orang sesuka hati," ibuku memotong percakapanku. Aku hanya mengangguk kecil. Ada betul kata ibu. Faliq memang insan tidak berguna tetapi tidak semestinya rakannya yakni Khai pun sebegitu. Hmmm...berikanlah aku petunjuk-MU Ya ALLAH.



          " Sayang...macam mana nie? Da lambat sangat nak balik hostel. Mesti guard tahan Ika tau," aku bersuara setelah perut kekenyangan selepas di isi dengan KFC Snake Plate. 
          " Ika janganlah risau. Nanti kita check in hotel je la kalau tak sempat balik. Boleh sayang?" Faliq membalas sambil mengusap-usap tanganku. Aku tersenyum manja dibelai sebegitu.
        " Hotel? Mana Ika ada duit nak check in," ujarku pendek sambil berfikir sejenak. Faliq lah nie beriya-iya ajak aku keluar pergi shopping, tengok wayang dan lastly lepak KFC. Sedar-sedar hampir pukul 12 tengah malam.
      " Soal duit sayang tak perlu risau. Selama nie kan semuanya Fal support. Takkan nak bermalam semalam dekat hotel Fal tak boleh tolongkan sayang?" jawab Fal pula. Aku hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk. Ini yang best nie pasal Faliq. Sejak bergelar kekasih hatinya yang baru menjejaki usia sebulan lebih aku begitu bahagia. Semua keperluan aku dibantu oleh Faliq. Aku beruntung mempunyai kekasih sepertinya kerana selain dari kasih sayang yang diberikan, dia juga anak kepada usahawan yang berjaya. No wonder lah kalau setiap kali keluar dia mampu untuk support aku serba serbikan. Jimatlah duit PTPTN aku sepanjang bersama dia. Hehehe.
         " Tapi Fal macammana pula?" aku menyoal lagi. Faliq nak pulang ke rumah sewa atau tidur di hotel? Erkkk jangan minta tidur satu bilik sudah lah.
          " Sayang...dekat hotel tue ada bilik lebih dari satu. Nanti Fal check in dua bilik. Ok?" ujar Faliq. Aku yang mendengar tersenyum lega. Aku tahu dia tidak akan mengambil kesempatan terhadap diriku.
         Aku masih menunggu Faliq di lobi hotel sementara dia pergi menguruskan hal pendaftaran dan sebagainya. Lama juga prosedurnya. Mata aku kian layu disebabkan mengantuk yang amat. Nasib baik esok hari Ahad so tak perlu rushing nak balik awal sebab tiada kelas.
         " Sayang..." Faliq menyapaku lembut. Aku memandangnya sambil tersenyum.
     " Dah ke Fal?" soalku pendek walhal perasaan excited nak terjun kat katil nie. Rasa mengantuk kian menguasai.
          " Ada masalah sikit nie..." ujar Faliq pendek. Aku memandangnya pelik.
          " Kenapa nie sayang?" aku menyoalnya pula. Tidak sabar menanti jawapannya. Masalah apa pula yang datang nie? Aku dah mengantuk tahap dewa nie.
         " Hmmm...bilik semua da fully booked. Tinggal satu bilik je lagi," jelas Faliq. Terkejut aku mendengar. Habis semua di booking? Alamakkk...macammana nie. Takkan nak bagi dia tidur sebilik pulak. Kalau nak suruh dia balik rumah sewa pun, agak jauh pula. Kesian kot. Ishhhh...serabut laa nak fikir bila dah mengantuk dan penat nie.
         " No solution la nie? Hmmm...so what to do now sayang?" aku menyoalnya lagi. Kepala otak aku dah selamat tidur agaknya sebab langsung tak boleh fikir di saat ini. Kami berdua terdiam seketika.
       " Kalau no choice Fal balik lah...esok pagi-pagi Fal amik Ika ok?" Faliq memberikan cadangan. Aku yang mendengar pula rasa serba salah. Dah larut malam nie. Rumah sewa dia pula agak jauh.
           " Hmmm terpaksa lah kita berkongsi bilik..." ujarku pendek dalam keadaan terpaksalah juga. Di dalam hati timbul perasaan antara tidak rela dan tidak sampai hati.

Di dalam bilik hotel...

          " Ika jangan risau tau. Fal tidur dekat bawah and Ika di atas katil ok? Lagipun masing-masing dah mengantukkan?" Faliq membelai rambutku. Aku hanya mengangguk lemah. Di saat ini bantal dan katil yang menghiasi mata dan bukannya Faliq. Aku memang betul-betul mengantuk dan letih.
          " Sebelum tidur Ika minumlah air coke nie. Nak bagi susu pun dah malam sangat nak pergi beli," Faliq menghulurkan segelas air coke yang siap berisi ais. Agak terliur melihat dan kebetulan aku memang tengah dahaga sangat-sangat nie. Lantas aku menyambut hulurannya dan meneguk sehingga habis. Baru selesa hendak tidur kan. Sementara hendak menunggu mata terlelap aku berbual-bual sebentar dengan Faliq sehingga aku merasakan kepala aku makin berat dan seperti berpusing-pusing......


               Aku membuka mataku sedikit demi sedikit. Rasa puas tidur walaupun terasa sakit satu badan. Aku bangun dari pembaringanku. Kenapa terasa lain macam nie? Aku mencari-cari kelibat Faliq. Dia tiada di sofa. Tiba-tiba hatiku berdegup kencang tatkala melihat diriku. Ya ALLAH! Aku baru tersedar yang sehelai benang pun tiada menutupi badanku. Aku melihat ke kiri dan kananku. Faliq sedang enak dibuai mimpi di sebelah kiriku. Apa yang sudah terjadi???
          " Faliq!!!" aku menjerit memanggil namanya dan di saat ini aku sudah teresak-esak menangis. Tidak ku sangka aku akan hadapi situasi sebegini di dalam hidup aku.
               " Kenapa nie sayang?" Faliq bangun sambil menggosok-gosok matanya.
        " Fal! You tell me? What happens to us last night???" aku menyoalnya. Faliq hanya tersenyum. Arghhh...benci melihat senyumannya. Aku tengah risau sebegini dia boleh pula tersengih-sengih seperti kerang busuk!
             " Alaa sayang...Ika juga yang beriya nak bermanja-manja dengan Fal kan. Sekarang nak marah-marah nie kenapa?" ujar Faliq sambil mengusap-ngusap tangan aku. Aku segera tepis. Aku yang nak? Maksudnya???
           " Apa maksud Fal? Jangan kata yang kita dah terlanjur?" air mataku menitis lagi. Itukah yang dimaksudkan oleh Faliq?
        " Ika janganlah risau. Benda-benda tue normal lah untuk orang yang sedang bercinta macam kita kan?" balas Faliq. Mahu gugur jantungku mendengar. Aku seakan tidak percaya yang aku sudah melakukan perbuatan jijik itu. Di saat ini kepercayaan ku pada Faliq hancur musnah! Aku tak mengerti bagaimana ia boleh berlaku. Seingat aku semalam selepas minum kepala aku berat kemudian...arghhhh aku tak ingat lagi apa yang terjadi.
       " Fal...Fal kena bertanggungjawab di atas semua nie!" itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Mahkota yang aku pelihara selama ini akhirnya hilang sebegitu sahaja. Kata-kataku hanya di balas dengan senyuman Faliq. Di saat ini aku mula terbayangkan wajah-wajah keluargaku. Satu persatu wajah mereka menghiasi mataku. Ibu abah...Ika minta maaf!


To be Continued......

3 comments

  1. Really nice story..
    Keep up the good job dear..
    Tapi watak Fal tu macam watak Lelaki Melayu TIPIKAL..
    Ho-ho-ho!

    ReplyDelete
  2. @My Name is Mar thnx babe! nie pn lambat publish due to some reasons...well Faliq more 2 tipikal one yg bajet poyo...hehehe...I choose KHJ sebab at de beginning nk wt dis story bwu je lepas tgok playfull kiss...kn dy berlakon...hehehe

    ReplyDelete

Back to Top