Ehhh Kenapa Macam Lebih Kurang Je?

Syok tak sambut merdeka raya? Yang mana ade duit syok la...yang mana tak de duit tue buat2 la pergi jelajah semua open house kat area rumah korg er...dapat makan free yea dak? Aq tahun nie pun duduk rumah abiskan masa tengok tv je.

Azalikan...ehhh actually kan...the best part time raya if tak balik kampung (macam aq) adalah duduk depan tv layan citer2 raya sampai tak ingat dunia. Maklumlah bila da sampai tahap kematangan dalam usia nie...memang malas nak pergi beraya apatah lagi nak suh orang beraya. Kalau dapat duit raya takpe guk kan.

Tapi hari ini eden nak share sikit pasal cerita2 yang depa tayangkan  dekat tv untuk merdeka raya kali ini. Agak menghampakan bagi aq selaku pembuang masa yang terhormat nie bila cerita2 yang ditayangkan banyak kali dah ulang. Tak kira la channel apa pun...channel ASTRO yang berlambak2 tue pun dok tayang cerita yang sama. Gila boring dan gila membazirkan duit mak bapak aq bayar bulan2.

Walaupun banyak cerita ulang, tapi ada guk la cerita yang tak berulang (fresh dari ladang). But mostly tak bape best dan banyak versi sedih. Adehhh eden nie da tak bape gomar dongan citer yang sedih2 nie. Tapi ade guk cerita yang kelakar yang mampu buat perut aq senak bila overdose gelak. Korg sendiri perasan kan? 

Antara Babak dlm Telemovie 'Nak Balik Raya'

Sedar ataupun tidak...banyak cerita2 lawak khas untuk raya jalan ceritanya sama je. Sebijik cuma cara penyampaian je lain. Antaranya NAK BALIK RAYA lakonan Johan & Zizan, BALIK KAMPUNG lakonan Azlee & Wahid, DARI KEDAH KE KL lakonan Jepp Sepah & Ah Chong dan NAK BALIK RAYA ( Channel 130) lakonan Zul Huzaimi, Bell & Zul Yahya.

Semua cerita2 di atas yang aq senaraikan tue semuanya berkenaan dengan perjalanan nak balik kampung. Di tengah2 perjalanan nak balik ada je halangan yang melanda. Tiket habis lah, kena rompak la dan sebagainya. Nasib baik setiap telemovie tue berlainan waktu dan hari so takde la aq muak nak tengok.

Aq tak cakap tak best...suma cerita best nak2 lagi lawak Jozan yang bodoh2 cerdik plus lawak Jepp yang lawak spontan. Thumb upppp! Apa yang aq nak mention just nak korg berpikir je. Macam dorg da takde idea nak buat cerita. Kalau setiap cerita lain2 tahun takpe tapi semuanya ditayangkan serentak time merdeka raya. So aq pun hampir da boleh agak jalan ceritanya. 

Kesimpulannya...merdeka raya kali nie tak bape best sangat movie yang ditayangkan. Yang peliknya...cerita merdeka macam ada takde je ke aq yang tak pasan? Apa2 pun korg try la tengok telemovie raya yang aq senaraikan. Memang tak rugi even jalan cerita hampir sama...SALAM LEBARAN

p/s: Jangan lupa tengok telemovie Drogba & Rooney lakonan Johan & Zizan. Besttttt!


No comments

Back to Top