Tentang Sebuah Impian & Cita-cita - Part 3

AMARAN!!! Sila Baca Part 1 & Part 2 Before Continued...

Semput2 aq nak teruskan entri yang berepisod nie. Maklumlah even aq tak excited beraya macam orang lain tapi before aq balik u aq nak guk habiskan entri nie. Nie pun terasa nak continued lepas on call dengan en Buah Aty. Konon2 idea datang. Puiii...

Last entri aq ader story tentang minat aq yang sedang berputik, berbuah, dan masak terhadap dunia perakaunan. Yesszaaa! Memang aq in love in accounting! Tapi rintangan banyak beb untuk aq hadapi untuk amik subjek tue. Jom aq start story...

Aq tak tau apa nasib aq kan...seboleh2nya aq cuba lari sejauh2nya dan kalau lumba lari dengan kura2 pun memang aq tetap menang beb. Aq try lari dari sains tapi bidang tue makin menghantui diri aku. Oleh kerana result PMR aq konon2 macam bagus sebab sains dan maths dapat A so aq dicampak dengan segala hormatnya di dalam kelas sains tulen. First class pulok tue! Best? Giler waa derita ok! Aq terseksa sebab terpaksa amik subjek Fizik, Kimia dan Bio. WTF? Aq try rayu kat cikgu nak masuk kelas bodoh2 je janji tak de kena mengena dengan pure science. Kalau setakat sains asas tue aq ase aq boleh adapt la tapi nie giler pure? Tapi cikgu tak kasi. Konon2 aq nie pelajar Melayu harapan. Cehhhh...

Oleh disebabkan itu aq gagahi amik subjek elektif yakni Perakaunan. Seboleh2nya nak juga amik. Sempatlah belajar bab pengenalan tentang Bapa Perakaunan. Lepas tue.................................................................................................................................................................................................bapak aq paksa masuk sekolah teknik! Ok aq terima lagi dengan syarat kos aq pilih tapi hampeh! Bapak aq paksa aq amik civil engineering. Adoiiii...sabar je la. Bila aq usulkan niat di hati yang murni nak amik accounting dia betul2 tentang kot. Dah macam cinta terlarang la pulok...

Oleh kerana tidak mahu jadi anak derhaka, aq ikutkan aja la since rumah dekat je kot dengan sekolah tue. Sebab tue sampai sekarang aq blacklist technical school! Walhal sekolah tue tak bersalah pun. Well best guk la study kos tue sebab banyak turun padang ukur jalan, tanah bagai. Tapi aq ader kelemahan yakni aq ngok gila dalam Fizik. Aq tak tau la sama ada aq yang tak berapa pandai atau cikgu yang tak cerdik. Disebabkan tue aq da dapat agak aq takkan jadi engineer even minat guk dalam bidang yang aq amik kat teknik dulu. Kalau lah aq kenal en Buah Aty dari sekolah dulu confirm Fizik aq score and now aq teruskan dalam bidang civil sebab...hehehe dia terror subjek tue. Aq terror tiru je. Hohoho

Tapi takpe...apa yang terjadi ada hikmahnya. Aq sedar yang aq bukan dalam dunia kejuruteraan so aq tak pernah curang dengan perakaunan. Aq da cakap dengan bapak aq awal2 yang aq akan amik kos akaun time mohon universiti nanti. Alhamdulillah...bapak aq bagi green light. Maybe sebab dia tengok kebangangan aq dalam certain subjek kot. Hehehe

After SPM...aq continue amik Diploma Perakaunan dekat UiTM and now da masuk alam degree iaitu Bachelor of Accountancy. Aq bangga bila dapat pelajari apa yang aq minat. Aq betul2 bebas dari dunia sains! Syukur gila! Tapi aq admit...accounting nie pun giler tough kot kalau tak takde la kita panggil professional course yea dak? Oleh kerana minat yang mendalam aq berjaya grade dalam Diploma Perakaunan with CGPA 3.6 above....dan skang misi untuk dapat first class degree pulok. Doakan aq kawan2...tak sabar nak habiskan studies!


Tak sabar nak grade degree!!!
p/s: No more episode kot sebab after dis aq sendiri tak tau pe yang terjadi. Will be continued if da masuk dalam alam pekerjaan. Hope amik accounting keje pun accountant la. Jangan amik accounting tapi keje tukang masak. Eh? Siapa tau kan? Maybe ader yang tak tau yang aq still student dan sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dalam tahun ke-3. Bijak jugak la awok kan? Hahaha...

2 comments

  1. terer jugok awok ni eh?.. :)
    gudluck!lpsni leh la tlg managekn kewangan ak nt..haha

    ReplyDelete
  2. teror la sangat...hahaha...boleh...charge tinggi maaaa ;p

    ReplyDelete

Back to Top