Kembalilah Engkau!

because, bright eyes, happiness, happy, happy love, hearts
Ada kena mengena? Do I care!

Sebetulnya sewaktu entri nie dibuat aq sedang mencari mood untuk study...bangun pagi selepas sarap bersama dia aq terus on laptop bukak lagu korea melayan perasaan sambil basuh baju, basuh pinggan dan basuh la apa yang boleh dibasuh lagi. sambil menunggu mesin basuh tue siap aq sempat google lagu-lagu hindustan. Hahahaha...kot-kot lah boleh merangsang mood study kan...mesti pelik la budak rumah aq tengok perangai aq yang pelik nie kan...

Haru biru hidup aq bila mood nak study nie hilang...padahal Jumaat nie ada test. Satu hape aq tak ready lagi. Bukak buku tapi fikiran dok melayang ke arah lain. Sudahnye berangan yang mengisi masa aku instead of study. Really wasting time...hehehe

Hidup ceria sekejap sebab dia cuti almost two weeks. Tapi aq hanya mampu berkepit dengan dia like belangkas seminggu je. Halangan banyak untuk berkepit lama-lama nie. Tetapi aq happy. At least tak stress dok pikiaq pasal study je kan. At least semangat nak siapkan assignment yang berlambak2 tue mampu aq settle kan sebab habuan dia boleh pergi dating. Memang best betul reward yang aq dapat! Disebabkan dia aq berjaya siapkan report aq. Terima kasih sangat kat busyuk aq!

Pagi ini dia da on the way balik ke kampus dia. Hidup aq terus jadi mendung semula la kan. Mood sedih muncul...dan membuatkan aq lagi lagi dan lagilah takde mood nak study. Disebabkan itulah aq terpikir nak update entri dengan harapan mood nak study akan kembali kepada aq. On GPS pun belum tentu mood tue dapat dijumpai semula. So how ek?

Alam degree dan diploma sangat berbeza. Keexcitedkan nak study dah tak sama. Kalau time diploma...memanjang aq ngadap buku but time degree? Memanjang ngadap laptop. Tetapi analysis aq mengatakan stress dengan alam degree nie yang menyebabkan kemalasan melanda. Just imagine 24hours otak aq kena berfungsi...rehat? Boleh kira berapa jam la sangat. The rest aq banyak habiskan masa untuk siapkan keje yang berlambak2. Tido memang da tak menentu la dan nescafe menjadi teman setia aq setiap malam.

Bila mid sem break memang aq pulun cuti betul-betul. Buku langsung tak bukak. Memanjang layan movie, online, dating dan tido. Heaven giler! Betul-betul release tension nie...bila cuti da nak abis...dan si dia pulang ke kampusnya balik...barulah aq terkapai-kapai nak mencari mood untuk study semula. Hopefully selepas aq type fullstop untuk entri nie...aq boleh bukak buku Corporate Finance semula :)

p/s: Tq berjuta2 lemon dekat dia sebab kerana dia aq kembali aktif online. Yipppiii! Kerana dia saya gembira :) Sorry sebab tak dapat nak blogwalking kat kamu2 yang sudi kentut kat blog aq nie...hehehe...ader masa free aq singgah la...;)

No comments

Back to Top