Dunia Maju Kita Pun Haruslah Maju!

Semakin maju dunia semakin canggih teknologi semakinlah pandai manusia. Dan kerana kemajuan jugalah cabaran dunia semakin meningkat. Tapi isu yang aku nak bincangkan hari ini adalah mengenai hidup sebagai seorang pelajar. Tidak mudah untuk berjaya kalau kita tak berusaha. Dan kita berusaha bukan lah semata-mata hendak lulus tetapi untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Apa yang aku nak sampaikan ialah mengenai cabaran seorang student selepas mereka grade. Macam aku...aku baru sedar yang betapa susahnya untuk mendapatkan sebuah pekerjaan kelak. Jangan bermegah sangat lah kalau setakat CGPA korang just above 3.00 sebab ada ramai lagi yang lebih dari korang. Dan jangan nak show off sangat setakat dapat CGPA 3.5 plus-plus sebab lagi ramai yang siap dapat 4.00. So korang dapat tangkap tak apa yang aku cuba sampaikan nie? Oleh yang demikian korang kena struggle gila-gila during studies lagi. Berusaha dan berusaha untuk dapatkan result yang baik dan bukannya hanya cukup-cukup makan. Ingat if nak dapatkan better future so silalah berusaha dari sekarang dan bukannya dengan berserah tanpa berperang.

Walaubagaimanapun...tidak semestinya kalau kita berjaya sewaktu belajar then kita ada jaminan akan dapat kerja. Betul tak? Kita kena ingat yang apa yang kita belajar tue hanya lah teorikal semata-mata. Bila kita masuk ke alam pekerjaan mesti lain gila dengan apa yang kita belajar. So kita kena be prepared and flexible untuk adapt sesuatu..be fast learner ok if nak success! One more things kita mesti ada good communication skills...benda alah nie penting untuk tackle interviewer so that mereka interested nak hired kita. Jangan pandai semata-mata tapi tak pandai cakap depan public kan. Memang sampai mati susah nak dapat keje.

Jadi conclusionnye...kita sebagai seorang student kena la well prepared before entering into workplace..baik dari segi fizikal, mental, rohani dan segala-galanya...ingatlah...manusia sekarang semuanya bijak-bijak belaka...jadi kalau korang rasa korang da bijak maka korang kena lagi membijakkan diri korang...sekian :)

4 comments

  1. nice entry wany !! good luck for final exam yg bakal menjelma tak lama lagi. hehe

    ReplyDelete
  2. SUCH A GOOD ENTRY !!! seriusly komunikasi penting gilaaaa keja nti kan !:D HEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..thnx dear...everyday must improved ourselves as there are many competitors outside! fighting!

      Delete

Back to Top