Takde yang Mustahil

Entri kali ini aku nak bercerita tentang seorang gadis yang aku beri nama Anne (bukan nama sebenar)...Anne ialah seorang mahasiswi yang menuntut di UiTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). Nak dijadikan cerita Anne nie mempunyai satu impian dan matlamat iaitu hendak mendapatkan segulung ijazah dengan kelas pertama. Ini kerana beliau telah menyahut cabaran ayahnya yang hendakkan beliau score dengan kelas pertama supaya loan PTPTN beliau nanti boleh convert jadi scholarship. At least dapat la kurangkan beban nak bayar hutangkan...

Anne nie pulak seorang yang slow sikit. Maksud aku slow nak adapt sesuatu especially time belajar dalam kelas.  Sekali lecturer mengajar belum tentu beliau dapat catch up 100%. So solutionnye beliau susah nak score time test or quiz yang menyebabkan carry mark assessment beliau rendah. Di kalangan rakan-rakan pun beliau mendapat ranking rendah.

Walaupun begitu setiap kali peperiksaan akhir semester, beliau berjaya mendapatkan result yang gempak siap Dean List lagi kau...sekaligus mengalahkan rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan beliau pun terkejut dengan keputusan beliau itu. Pelbagai respons yang beliau terima seperti: 

" Wahhh Anne...kau yang biasa-biasa pun boleh DL kan?"

" Ehhh Anne DL? Gua salute laaa!"

" Rasanye performance dia biasa-biasa je...tapi dia boleh DL ek...apa rahsia?"

Apa rahsia? Semua orang tertanya-tanya. Tapi betul lah kata pepatah, diam-diam ubi berisi.

Dari kegagalan yang Anne tempuhi kerana gagal menandingi rakan-rakannya, beliau tidak mudah berputus asa malahan semakin bersemangat untuk belajar, belajar dan belajar. Beliau semakin bersemangat bila teringatkan cabaran yang diberikan oleh bapanya itu. 

Anne sedar yang beliau seorang yang slow learner...disebabkan itu beliau tidak pernah malu untuk bertanya rakan-rakan. Baginya bertanya rakan lebih muda untuk faham. Selepas menimba ilmu dengan rakan-rakan dia akan buat revision semula dan akan bertanya rakan-rakan lagi sampai la dia faham. Nasiblah siapa yang berkawan dengan beliau kan ;)

Bagi Anne, peluang beliau untuk memperbaiki kegagalan adalah time final exam. Dan bila menghadapi peperiksaan akhir semester, Anne betul-betul pulun sehabis mungkin. Baru nampak keseriusan dia belajar. Bagi Anne even carry mark dia hanya lah average (e.g dari 40 beliau score la 25) tetapi beliau tetap yakin tiada yang mustahil di dalam dunia nie jika diizinkan oleh ALLAH. Yang penting kita kena berusaha selagi terdaya! Dan hasilnya sudah 3 semester beliau berjaya memperolehi Anugerah Dekan. Sekarang beliau tengah menjalani internship dan masih mempunyai satu semester lagi before grade. Beliau berjanji akan terus dan terus berusaha sehabis mungkin kerana tiada apa yang mustahil dalam dunia ini!

Oleh itu, kita perlu ingat, orang yang miskin juga boleh jadi kaya jika mereka rajin berusaha kerana sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil dan Pemurah. Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang rajin berusaha di jalan yang diredhai-Nya. Amin

p/s: Dan jangan sesekali lupa menunaikan yang fardhu dan berDOA pada-NYA :)

No comments

Back to Top