Kerana Cinta



Well kali nie nak cerita mengenai cinta. Yea cinta uolls. Siapa kat sini pernah or sedang bercinta? Mostly angkat tangan kan? Hari ini sesaja nak bercerita sedikit tentang perihal cinta. Mungkin nasihat atau pun peringatan...

Tak salah untuk kita mencintai seseorang kerana itu lumrah bagi manusia. Apatah lagi kalau kita mencintai dan pada masa yang sama dicintai juga. Semestinya indah bukan? Tetapi yang tak berapa indah bila cinta yang bertepuk sebelah tangan. 
179112_392829037421302_229189016_n_large

Bila cinta di-reject dan korang menerimanya dengan redha itu takde masalah. Yang menjadi masalah bila korang tak dapat terima kenyataan yang korang kena reject. Dan lagi menakutkan lagi if korang ambil tindakan like balas dendam kat si dia sebab reject korang. Scary! Sangat scary bila nowadays banyak kes such as simbah asid, rogol even pergi jumpa bomoh nak santaukan si dia laa...ishhh aku hanya mampu menggelengkan kepala dan mengucap. Apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang nie...

Guys lets me advise uolls something...jangan biarkan perasaan amarah, dendam and kecewa menguasai diri bila korang frust because of love! It doesn't make any senses ok! Korang kena ingat kat dunia nie bukan dia seorang  je yang ade ramai lagi yang korang boleh go on. Besides that, we just think positive why kita kena reject. Dan ketahuilah apa yang terjadi ada hikmahnya. Memang kita tak nampak sekarang tetapi akan datang. So bersabarlah dan biarkan si dia bahagia dengan pilihannya.

Then kalau betul-betul kita mencintai si dia tak mungkin kita tergamak nak sakiti dia bagai kan? Jangan pulak kita guna quote 'kalau aku tak dapat memiliki kau, orang lain pun tak akan dapat memiliki kau!'. Amik ko! Disimbahnye asid lepas tue bunuh supaya orang lain pun tak berjaya memiiliki si dia juga. WTF!? Cinta jadahnye tue? Tue cinta ke? Kalau itu yang korang mendefinisikan sebagai cinta maka sekarang jugak korang pergi terjun lombong kasi mam before korang mencederakan orang lain!


270691_444632215574829_649237909_n_large

Wahai si cantik dan si kacak sekalian, cinta itu bukanlah untuk menyakiti si dia ataupun untuk mengambil kesempatan. Tetapi cinta itu ialah menyayangi si dia dengan tulus dan ikhlas. Jikalau dia bukan untuk kita, lepaskan dia dengan redha walaupun hati berat untuk tanggung. Aku tahu, aku faham kerana aku sendiri pernah merasai situasi sebegitu. Kita cuba berfikir secara waras laa. Kalau kita degil untuk melepaskan si dia walhal dalam hati si dia tiada lagi ruang untuk kita, tak ke kau menyeksa dia untuk bersama dengan orang yang dia sudah tidak sayang lagi? Tidakkah kita telah membuang masa dengan menyayangi orang yang tidak sudi menerimanya lagi? Tidakkah korang pernah berfikir sedemikian?

Tetapi kadangkala si dia tinggalkan kita mungkin kerana perilaku kita sendiri. Mungkin sebab perangai kita yang satu nie sangat mengannoyingkan dia sampai dia tak boleh tahan lagi. Yeala kalau dah tiap-tiap hari merajuk tanpa sebab lelaki  pun naik menyampah jugak kan? Dan kalau si lelaki nie asyik busy dengan kawan-kawan sampai awek diketepikan tak boleh jugak kan?

Jadi tepuk dada tanya selera...yang mana yang buruk cuba kita ubah agar menjadi semakin baik supaya pasangan senang hati. Yang mana sudah pergi meninggalkan kita, buka mata buka hati...REDHA...yang reject kita tue...ingat muka korang hensem or cun sangat laa sampai reject aku? Eh? Kbai :)

No comments

Back to Top