Aku Tak sombong

Entri ini ditujukan khas untuk mereka-mereka di luar sana yang menggelarkan diri aku sombong ataupun mengutuk di belakang atau di hadapan ku dengan mengatakan aku sombong ataupun DM aku dekat twitter dengan menaip SOMBONG ataupun PM aku dekat fb dengan mengatakan SOMBONG lagiii ataupun ermmm eh aku nie sombong ke ek?


Well aku tak rasa aku sombong. Yes definitely tidak! Kalau sombong takkan aku ada kawan? Tak begitu??? Oh yea...aku tak tau dari segi apa aku sombong. Kerek sikit mungkinlah kan. Tapi inilah masalahnye bagi mereka-mereka yang tak kenal aku. Menggelarkan diri aku sombong tanpa selidik dulu. Escpecially LELAKI.

Source
Rakan-rakanku sekalian...kalau ada lelaki yang kau tak kenal mana ceruk dia datang tiba-tiba nak berkenalan dengan kau so apa respons kau? Excited sampai terloncat-loncat ke? Dalam perut ada rama-rama terbang ke? Dalam hati ada taman ke? Ke camne?

Tak tau la orang lain respons dia macam mana. Tapi kalau aku bila ada a guy dekat terminal bas ke train ke mintak contact number atas alasan nak berkawan memang setidak-tidaknya la aku nak bagi. So kalau dia cakap sombong itu hak dia.

Well memang seronok punya ramai kawan tapi aku takde la nak berkawan dengan sebarang orang. Baru terserempak dekat pasar malam dah nak kenal. Ehh manusia zaman sekarang nie kita tak boleh percaya sangat tau. Unless la dia tue kawan kepada kawan kita dekat U ke sekolah ke. Tue pun tak boleh percaya sangat. Senang citer kena always behave and careful la!


Jadi kalau ada lelaki yang kau tak kenal dok buat bunyi "tikus" pas tue acting nak ngorat kau, kau rasa kau nak jantan macam tue? Aku? Please laa..tak suka lelaki suara tikus nie. At last bila tak layan nanti dia stop la kacau. Paling tidak dia cakap "Eh sombong betul minah nie. Macam laa lawa sangat." Eh? Kalau tak lawa apesal kau sibuk usha? Terasa looser la tue kan. So just ignore that kind of person!

Tetapi tapi...ada jugak jenis spesis yang mendesak. Mendesak seperti akan push kau sampai kau bagi contact number...mendesak seperti akan ikut kau ke mana-mana sampai kau bagi. Scary bukan? So apakata kau bagi je nombor sape2 yang kau ingat kat jantan2 tue. Aku selalu bagi nombor lama aku yang sim card entah ke mana...entah masih available lagi or tak. Lepas tue, aku cakap jangan miscall sekarang sebab handphone battery weak. Hohohoho

Lagi satu aku nak bagitau kalau dah suratan kau lalu depan mereka-mereka nie, jangan la kau berlagak comel and manja. Memang confirm la kena usha. Unless kalau kau memang nak di-usha takpe la kan. Kalau tak nak sila tunjuk muka sombong semaximum mungkin. Muka kasi serius tanpa sedikit pun senyuman kat muka kau. Maka mereka nak usha pun tak jadi. Paling kuat mereka kutuk sesama mereka yang kau nie kerek. So do i care?

Source
Tetapi secara lahiriahnya muka aku nie memang orang da cop sombong. Seriously aku tak pandai nak senyum sampai ke telinga kepada orang yang aku tak kenal. And one thing yang aku perasan aku nie muka memang serius sampai orang takut nak tegur. Tapi tue kalau aku bergerak solo lah tak pun bila berdepan dengan orang yang aku tak kenal.

So as conclusion, aku nak tegaskan yang aku nie tak sombong pun. Sebaliknya aku nie friendly, kepala otak gila-gila, mulut memang banyak cakap sampai orang yang kena stopkan aku dari bercakap berterusan dan aku suka ketawa. Ah cakap pun tak guna sebab kau bukan kenal aku pun >.<

p/s: Aku tak memilih untuk berkawan. Tapi once aku rasa kau tak sekepala dengan aku so aku mula laa mengelakkan diri dari kau. Peace :)

10 comments

  1. awk..situasi awk dgn kte sama la..hehe..itulah pepatah omputih " don't judge a someone by face..haha..If u free time visit my entry also yea.. ^_^

    ReplyDelete
  2. @Iera balqis hehehe tue laa..kte nk wt baik nie pn kna careful takot t org slh ph. just imagine kte tersenyum kt pokcik nie..tup tup pokcik nie ngat kte syok kt dy..ha lagu mana 2? hahaha..smile bertempat la..sombong pn bertempat..eh..hehe

    ReplyDelete
  3. @zila manafhahaha betui2..so agk2 la lw nk kerek pn kn..xpyh nk hidung tgi sgt laa

    ReplyDelete
  4. Sama lah,orang pon cakap muka mai sombong.

    bab orang tepi jalan mintak number tu memang sepatut patut patutnya lah tak bagi kan. kalau bagi kang dah macam murah sangat je diri ni.ntah pape lahhhh....


    ReplyDelete
  5. @CikMaikonsep dy xsuma org kte perlu berkwn kn...bkn sombong p safety..hehehe..

    ReplyDelete
  6. saya kalau baru jumpa dengan orang memang macam pemalu sket...
    mesti ramai gak yang cakap saya sombong.. hmm...

    ReplyDelete
  7. @Razil Tahirbiasa la 2...org y xknal kte mmg sgt mudah bg expression y negative...

    ReplyDelete
  8. @zila manafhahaha..boleh guk lw ekau rajin :p xde idea nk update ape >__<

    ReplyDelete

Back to Top