Kenapa Kena Pakai Handbag Besar?

Wanita sangat sinonim dengan penggunaan handbag. Asal tengok wanita mesti kena ada handbag. Asal ada handbag mestilah ada wanita. Begitu saling memerlukan. Kenapa? Entah sebab aku macam tue jugak. Hewhewhew. Pergi mana-mana mesti nak kena ada handbag. Kalau takde handbag rasa ralat la pulak nak pegang je purse tue kan. Maklumlah purse kite nie kalau boleh nak sebesar-besar alam. Tak gitewww? Ngehhhh

Tapi...saiz handbag aku dan wanita di luar sana tue berbeza-beza. Dan inilah yang membezakan kitaorang kot. Ada yang suka handbag saiz yang sekecik-keciknye yang boleh muat handphone je. Maybe yang spesis nie depa tak suka bawak purse kot. Tapi ada jugak yang spesis suka bawak handbag sebesar-besarnya yang boleh isi baju sekali. Cam luggage? Ohhh over sangat kau jahh..hehehe

Kalau aku tak suka sangat handbag yang besar-besar. Sebab selalu kena perli dengan mereka-mereka yang mulut celupar. Pernah satu ketika tue aku bawa handbag yang aku rasa saiznye sederhana je la. Tak besar dan tak kecik sangat. Just nice lah. Pastue adalah seorang makhluk Allah nie siap perli "Nie nak lari rumah ke balik kampung nie?" Ehhh berbulu pulak telinga aku dengar. Tersentap kau jahh. Lepas tue aku dah tak bawa handbag tue. Kalau beli pun beli saiz yang kecik-kecik je. Kira muat-muat nak masuk purse je la.

Tapi tue kisah aku dulu time sekolah-sekolah lagi. Sekarang nie aku prefer nak beli beg yang gedabak terus. Senang sikit dan malas nak amik pusing ape orang cakap. Bukan ape handbag besar nie senang. Boleh letak segala macam. Macam aku nie...nak letak purse (saiz gedabak), makeup, beg kunci, beg syiling, botol air. See??? Kadang-kadang tue kalau jalan jauh siap handbag isi telekung lagi. Hehehe. Sebab tue wajib ada handbag besar!

Si jejaka-jejaka di luar sana tak payah nak perli sakan la sangat noh. Hangpa kadang-kadang pun tumpang sekali khazanah hangpa dalam beg kami nie. Kira berbaloi lah aku bawak beg besar yea dak?

Kita bawa handbag nie untuk convenience kita...tapi korang kena careful bila bawa handbag tue jangan show off tak hengat dunia. Mata-mata suka memandang. Peragut skang mata helang. Beware tau :)

2 comments

  1. Dulu2 pernah juga kena perli macam tu... Tapi sekarang, ape2 jenis beg pun dah boleh bawa.. Memang orang akan pandang semacam kadang2... Tapi biarlah, gaya masing2... Cantik bagi setiap orang adalah berbeza.

    ReplyDelete
  2. @ツ -delima-yup..skang trend suka pkai handbagy bsar. senang suma blh sumba kn..org nk ckp ape 2 hak mereka..:)

    ReplyDelete

Back to Top