Kisah Aku & Istanbul Aku Datang

Dekat twitter ataupun Facebook dok kecoh pasal cerita Istanbul Aku Datang nie. Termasuk laa kakak-kakak dekat office. Semua cakap cerita lakonan Lisa Surihani, Beto dan Tomok best. Aku macam teringin nak tengok tapi nak ajak sape? 

Aku nak ajak Mr. L memang macam tak la. Beliau sangat susah nak ajak ke panggung tengok cite melayu nie. Tapi tak tau la apa yang menyebabkan Mr. L aku layankan aje bila aku ajak-ajak kucing gitu nak layan movie nie. Tue pun last minute sebab tak tau nak pergi mana dah semalam. 

Apa yang boleh aku katakan cerita Istanbul Aku Datang nie ialah well secara keseluruhan best lah...lakonan Lisa Surihani comel-comel gitu. Para kaum Hawa memang suka habis la layan sebab sweet je kan jalan ceritanya. Tapi kalau kaum Adam...hmmm don't know. Hehehe... Mr. L tengok pun disebabkan aku. Kalau tak mesti takdenya dia tengok kn.

Cerita Melayu nie memang tak sah kalau takde adegan cedih-cedih nie kan. Sebab tue la aku memang tak suka nak layan citer Melayu nie kat panggung. Malu tueee meleleh-leleh air mata nie. Huhuhuhu. So before movie start aku da warning kat Mr. L jangan tegur or cakap apa-apa kalau nampak aku menangis tengok movie nie. Sepanjang hampir 2 tahun bersama memang aku rasa nie 1st time kami tengok wayang citer Melayu bersama kot. Yea ke awak? Saya tak ingat...rasanye laaa :D

Aku memang tangkap feeling habis bila tengok part yang si Azad tue curang *opss terstory plak konflik kemuncak movie nie* sebab aku rasa betul-betul terkono kek batang hidung aku. Aku faham giler la perasaan Dian bila orang yang dia sayang giler2 tak setia dengan dia. Dah la curang pas tue boleh pulak tuduh kita yang ada jantan lain, perempuan murahan and bla bla bla. Memang time nie air mata aku mengalir laju macam waterfall. Nak cover punya pasal aku lentok dekat bahu Mr. L. Agaknya baju beliau habis lencun dengan air mata aku. Hehehe

Apa yang aku nak highlight dekat sini ialah...dalam sesuatu hubungan tolong jangan amalkan sikap tidak jujur. Kalau satu hari nanti ditakdirkan kau dah takde perasaan dengan pasangan kau, mintak sangat-sangat berterus-terang than kau cheating on him/her. Berterus terang lagi better kan? Takde la kau kena sorok-sorok kalau nak dating dengan pasangan yang baru. Takde lah kau kena create macam-macam alasan lagi kalau buah hati yang kau dah tak sayang tue ajak jumpa. Betul tak? Please jangan buat something tue  jadi semakin complicated! Mencegah lebih baik dari merawat! *takde kena mengena*

Lagi satu...aku memang tak boleh terima alasan orang yang curang nie sebab dia sunyi. WTF?!! Sunyi sebab cinta jarak jauh? Kalau dah tau kau tak boleh bercinta jarak jauh jangan lah gatai-gatai nak berjauhan dengan pasangan kau! Stupid tahap dewa namanya tue. Tue bukan cinta namanya tapi kearah jadikan pasangan buat spare part di kala sunyi. Jadahnya kan?

Moral of this entri...hargailah pasangan anda :)

p/s: Thanks a lot to Mr. L sebab sudi pinjamkan bahu dan bersama-sama saya di saat susah dan senang dan di saat saya terkapai-kapai mencari kebahagiaan. Terima kasih Ya Allah kerana temukan aku dan Mr. L. Permudahkan perancangan kami. Amin. To Mr. L: Rindu, sayang dan cinta awak sangat2 <3<3<3




1 comment

  1. ecececee..tangkap leleh habis...ta berpeluang lagi tengok istanbul ak dtg ... :(

    ReplyDelete

Back to Top