Alahai Sahabat

Manusia di dunia nie memang dilahirkan dengan rambut sama hitam tapi punyai hati lain-lain. Semakin meningkat usia nie semakin aku mengerti istilah sahabat. Yea sahabat! Semua manusia punya sahabat, kawan, member, rakan dan banyak la lagi perkataan yang seangkatan dengannya. Dari kita kecil sampai ke dewasa sure kita akan mempunyai kawan. Yang membezakannya ialah apa itu sahabat bagi aku, dia dan mereka? Adakah kerana hendak suka2? Atau bila susah senang mintak tolong dengan kawan? Atau kerana takut sunyi?

Apa itu sahabat bagi pandangan aku? Entah...aku pun tak tau...perlu ke ada kalau ia hanya menyusahkan lagi hidup aku? Oppsss...bukan niat di hati nak menuding jari pada mana-mana kawan2 aku. Tak terlintas walaupun gua sentap habis dengan KAU...biarlah...jangan runsingkan kepala hotak dengan kawan yang memang tak boleh pakai.

Cuma apa yang boleh aku dapat katakan disini...aku memang perlukan sahabat mengikut keadaan. Contohnya bila di kampus of course aku perlu ada kawan. Nanti senang nak buat assignment, study group dan sebagainya. Di sudut yang lain pula, aku perlukan sahabat bila aku bosan. Nanti boleh aku hang out hilangkan kebosanan. Tapi perlukan sahabat di saat kita kesusahan adalah sangat mustahil. Bukan mustahil...adalah sahabat yang boleh pakai. Tapi dalam 10 orang, mungkin seorang je yang sudi tolong.

Sebab tue la aku rasa selama aku hidup nie memang susah la aku nak ada kawan yang boleh hidup semati bersama. Sanggup berkorban apa saja. Memang haktuihh la nak dapat. Sedangkan aku nak mintak tolong benda yang simple pun banyak sangat alasan yang diberikan. Kalau tak nak tolong cakap terus terangkan senang. Nie tak. Kemain panjang lebar ayat kiasan dia. Memang terasa membuang masa lah disitu. Ha kan da tertaip dekat sini. Mintak maaf lah pada sesiapa yang terasa. Siapa makan cili api dia lah terasa pedas yang meletop punya.

Memang lumrah kan jadi manusia nie. Kita punya lah tolong dia waktu dia susah tapi bila hari kita yang susah? Dan disebabkan dah banyak kali terkono dekat batang hidung aku nie, aku dah tak percaya sangat dengan istilah kawan baik ke kawan kamcing ke BFF ke. Memang takdelah dalam hidup aku. Semua rakan-rakan aku ada function diaorang yang tersendiri. Bukan aku nak amik kesempatan tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Biarlah aku susah macam mana pun asalkan tak menyusahkan mereka. Kecuali kalau terdesak lah. Memang aku buat muka tembok la mintak tolong walaupun hati tak rela.

Dan aku nie pula memang dilahirkan dengan hati yang pemurah. Sampai kadang-kadang ada yang amik kesempatan kan. Takpe aku redha...biar Yang Maha Kuasa yang balas. Aku dah tak terdaya nak mengadap manusia yang talam dua muka nie. Makin di ingat makin bertambah pulak dosa aku nanti. Makin di ingat makin aku menyumpah-nyumpah diaorang. Tak ke dosa aku?

p/s: Dah start kelas. Tapi kurang semangat sikit sebab tak dapat PTPTN...:'(




0
Back to Top