1 More Paper to Go But......

Alhamdulillah petang tadi baru jawab exam untuk second-last paper. The next aka last paper Ahad nie. Tak sabar nak habiskan semuanya habaq hang. Mood study nie pun terumbang ambing macam bot di tengah lautan di saat air laut deras. Fuhhhh ayat aku. Hahaha

By the way nak up with one short entry je sebab mata da kuyu, kepala makin pening ting tong sebab tadi makan ubat. Effect ubat nie da rasa nie. Ok kalau tengok tajuk entri nie means ada lagi satu paper je yang aku perlu tempuh iaitu paper MAF635 aka Management Accounting kot *da nak habis 1 sem pun tak ingat :p* Aku try buat yang terbaik even calculation on transfer pricing memang out sangat T__T Camno nie nak score A?

Hati memang girang gemilang dan terbilang *takde kena mengena I guess* memandangkan just a few days je lagi nak habiskan final exam untuk final sem aku nie. Tak sabar sangat. Even tak sabar tapi ada beberapa perkara yang merunsingkan kepala hotak aku nie. Perkara-perkara nie menyebabkan adakalanya aku stress+sedih = moody. Tak seronok la kan macam tu?

So first thing yang buat aku tak tentu arah is result final exam aku. Well memang excited bangat nak menghabiskan segala final exam nie. Sebab dah tak larat and penat sangat pun. Study pun bukan tak beriya. Beriya la jugak but not really2 beriya *apa ayat aku nie?* Tapi soalan...mak ai...tak tau nak cakap apa. Nak cakap senang tak confident jugak aku jawab...less confident la..nak kata susah..yea la kot sebab jawapan pun tak berapa panjang. Hehehe. So tak tau la macam mana result aku nanti. Takut sangat. Aku nak lulus je wei. Nak grade this semester. 

GRADE ON TIME pleaseeeeee. Sepanjang umur hidup jadi student U nie, this is my first time rasa sangat nervous, cuak, takut segala bagai nak tunggu result. Sebabnya, aku kalau boleh nak maintain CGPA and Dean's List status. Every sem aku DL..and this is last semester left to determined whether aku qualified nak pegang status ANC or not. But if tak DL pun this semester, mampu tak aku nak maintainkan CGPA aku 3.5 above??? See? See? Mau tak stress aku bila pikir hal ni?

Another thing is about work. Alahai...aku mengaku zaman sekarang nie susah nak dapat keje. Kalau dapat pun susahlah nak dapat keje with satisfied salary. Kalau nak gaji besar maksudnya kena la apply dekat big firms right? Masalahnya sekarang aku sendiri less confident nie. Aku tak nak menganggur terlalu lama. Well aku ada jugak apply dekat JobStreet tapi baru satu la. Tue pun unsuccessful. Tak tahu kenapa. Maybe employernya nak Chinese or maybe dorang nak hire pekerja urgent kot. Maybe after paper last baru aku agresif apply keje dekat JobStreet kot.

So sekarang yang penting aku nak kasi grade on time. Hmmm this semester aku amik 6 subjects. All those subjects masuk final exam. And dalam banyak-banyak subjek, ada 1 subjek je yang LULUSnya uncertainty. Yakni FAR600. The most killest paper. Hari tue dah study sehabis baik tapi 1 chapter yang aku memang betul-betul tak sempat cover. Nak dijadikan cerita, chapter yang tak sempat cover tue la boleh pulak masuk dalam final. Makanya burn la 20 marks aku. So sekarang aku hanya mampu berdoa and tawakal. Mudah-mudahan aku lulus semua subjek exspecially FAR600...Amin

p/s Kalaulah jawapan time aku jawab exam tadi sepanjang nie. Sure score A :p Salam Ramadhan :)




No comments

Back to Top