Suka Buat Hal Sendiri. So?

Aku nie dilahirkan suka buat hal sendiri dari mengikut kawan-kawan. Bagi aku benda tue lagi fun dari kau terpaksa follow kawan kau buat benda yang kau sendiri tak suka. Tapi atas dasar nak jaga hati kawan punya pasal kau turuti jua. Macam tue? Come on la. Aku memang bukan jenis yang suka ikut telunjuk orang membabi buta ok.

Yes, I admit zaman bujang nie la kita kena menghabiskan masa dengan rakan-rakan before kita ada commitment dengan kerjaya and keluarga *dah pikir kawen dah..haha*. Tapi bagi aku, aku ada definisi yang tersendiri cara apa and bagaimana nak abiskan masa dengan kawan-kawan tue.

Ada kawan-kawan yang jenis suka ajak keluar enjoy or overnight dekat mana-mana. Maklumlah Segamat nie tempat apa je yang ada untuk aku have fun kan. Dan ada jugak kawan-kawan yang suka ajak tengok wayang after stress dengan study. Yang ajak pergi makan, karaoke shopping...lagi? Kalau perempuan nie memang banyak aje idea nak ke mana and buat apa. Nak list-kan dekat sini memang panjang la jadinya nanti.

Aku memang paham semua orang suka enjoy untuk entertain diri sendiri nie. Nak-nak lagi semua masih berjiwa muda lagi *24 years old still considered young right?*. Tapi aku ada limit untuk diri aku. Reasons? Ok aku pun suka berjimba jugak tapi atas sebab faktor kewangan *the main reason & constraint*. Kadang-kadang bila orang pergi situ sini sinan aku terpaksa pikir 150 juta kali. And at last aku terpaksa reject. Maybe mereka pikir aku tak sporting. Takpe...mulut orang..memang kita tak boleh nak jaga. Lantak la.

Mungkin sebab faktor duit ia membantutkan segala-galanya. Tapi tak jugak. Aku ingat lagi time aku praktikal dulu memng duit elaun gila banyak. Tapi aku jarang ajak kawan-kawan keluar enjoy. Aku prefer balik kampung belanja family. Tak pun keluar dengan tunang aku. Full stop.

Kalau bab shopping pulak aku nie jenis jarang nak shopping. I mean setiap tahun takdelah every month aku shopping. Jarang la babe. Kalau shopping pun takde la barang-barang yang beratus riban. Sayang duit aku. Ade certain barang je pun yang aku akan beli branded macam spec and jam. Tue memang aku invest giler-giler. Sebab tahan lama. Kalau baju ke seluar ke aku relax je kalau beli kat pasar malam sekali pun. Hehe. Bukan takde yang branded tapi boleh kira la. Aku jenis yang tak kisah janji boleh pakai.

Sekarang nie pulak memang musim final exam. So kadang-kadang gap yang ada sementara nak tunggu next paper tue aku lagi prefer duduk rumah online layan movie or tidur. Kadang-kadang kawan ajak keluar aku malas. Again it's not about aku tak sporting tapi aku suka buat hal sendiri.

Jadi maybe akan ada yang menganggap aku nie bosan or anti-social. I'm not...ok. Ade jugak aku habiskan masa dengan kawan-kawan tapi takdelah setiap hari. Mungkin cara hidup kita berbeza. Aku lebih suka habiskan duit dengan family and kesayangan. Aku lebih selesa mungkin. Hmmm susah nak describe pasal diri aku nie. Sebab tue la nama blog nie I am miss complicated.

p/s: Sekadar meluahkan...kalau ada yang mengenali terbaca coretan nie mohon jangan terasa. Sekadar nak meluahkan. Sekian.

No comments

Back to Top