Di Mana Hendak Ku Cari Keyakinan Diri?

Wahhh kelasss gitu tajuk entri aku. Dah macam lagu P. Ramlee sudah. Dah lama meninggalkan zaman sekolah. Adalah nak dekat 7 tahun. Makanya dah lama tak mengarang karangan. Nak buat mukadimah untuk entri pun aku terkial-kial. Gasaklah yea.

Sekarang nie aku masih menanam anggur. Hari nie ada interview di Kepong tapi terpaksa aku cancel sebab takde siapa nak bawa. Esok alhamdulillah. Ada lagi interview dekat Proton. Jawatan kerani akaun je. Tapi dekat Segamat je. So agak semangat di situ. Hopefully ada rezeki. Dah bosan sangat duduk rumah walaupun aku baru nak sebulan menganggur. Sekarang pikir nak simpan duit sikit and nak cari pengalaman kerja. Maka the best way kita mula dari bawah la yea.

Bapak aku selalu suruh aku apply dekat big company. Contoh macam Petronas ke Sime Darby ke. Tapi masalahnya aku nie ada masalah. Masalah aku ialah takde keyakinan diri. Keyakinan diri untuk di-interview. Walaupun result aku atas 3.5 tapi aku percaya competitors aku lagi hebat dari aku. Sekali dorang speaking aku dah tertinggal jauh ke belakang. Aku nie speaking pun biasa-biasa je. Terasa kecil sangat. Sebab tue aku macam takut-takut nak apply. Lagikan pulak aku takde pengalaman bekerja. Lagi terasa kerdil.

Walaupun diri ini terasa kerdil macam smurf tapi aku still apply jugak. Mana tahu ada rezeki kan. Belum cuba belum tahu kan?

Nota Kecil: Tak tahu nak prepare apa untuk interview esok. Wish me luck :)

2 comments

  1. gudluck!!apply banck sector weh...berlumba2 org nk amik hee

    ReplyDelete
  2. @dear xila bank? omgggg...if nk assign aq kt bahagian sales baik xpyh..im not interested nk find people..huhuhuh

    ReplyDelete

Back to Top