Kerja Kerja Kerja!

Hai hai hai semuaaaa! Nak bagitau nie. Itew dah abis belajar. Sekarang itew ngah tanam anggur nie ha. *mohon tampar laju-laju* Masih tidak tahu sampai kapan aku harus tanam anggur nie. Bukan sebab aku malas nak keje sebab semata-mata nak ternak lemak dengan mengadap Running Man beserta cerita Korea hari-hari. Bukan kerana hendak bangun lambat setiap hari (walaupun itu adalah hobi) dan bukanlah kerana aku ini anak manja yang hanya harapkan duit mak bapak untuk menyara hidup aku. Ohoiii aku dari family yang biasa-biasa saje. Bukan anak tan sri dan bukan jugak anak datuk. Anak kepada bakal datuk yang akan mempunyai cucu-cucu itu adalah pasti.

Zaman serba moden nie makin ramai yang bijak pandai. Maka makin susah lah nak cari kerja tahu. Bila bakal perkeja yang berpotensi makin ramai sehingga melebihi tawaran kerja, maka terjadilah istilah ramai yang menganggur termasuk aku nie. Konsepnya seperti supply and demand. Bila demand melebihi supply, mulalah supplier letak harga kemain tinggi sehingga buyer tak mampu nak beli. Paham ke idak apa yang aku mengarut nie? Memang aku nie. Bila malam makin menganjak ke lewat malam, mulalah start melalut kan. 

Siapa yang tak nak gaji besar. Tapi bila sedar diri ni langsung takde pengalaman, aku memilih untuk tidak memilih dalam bekerja. Maksud aku kalau gaji dia dalam lingkungan RM1,500 lagi and aku berminat aku grab je. Tue pun kalau dalam Segamat lah. Kalau aku merantau aku terpaksa demand sikit dek kerana kos sara diri yang tinggi.

Kadang-kadang rasa geram sangat. Semua iklan dalam jobstreets perlukan yang berpengalaman. Habis orang yang macam kami yang betul-betul fresh dari ladang ni macam mana? Kami tak mintak la jawatan manager. Cuma kalau account executive ke kasi lah chance kat kami yang baru graduate nie..sedih tahu. Tapi bila dah di panggil interview, dugaan lain pula yang menimpa. Isnin nie aku ada interview dekat Kepong. Tapi tak dapat nak pergi sebab Encik Tunang tak sempat nak apply cuti untuk teman aku. Dia pun busy sangat. Jadi terpaksa la aku let go je interview tue. Mungkin takde rezeki di situ. 

Tadi pulak pergi interview dekat Easy RHB. Aku ter-apply pulak dekat jobstreets. Tak perasan. Sebab randomly apply kan. Janji based dekat Segamat. Potensi untuk dapat keje tue memang besar tapi positionnye as Sales Executive. Kerja kena cari customer. Adoiii...aku tak minat tahu. Dah la kita nie takde own transport. Harapkan parent je yang hantar. Jadi susah sikit aku nak laksanakan kerja nie. Bagi aku baik aku tolong abah je. Lebih kurang je kejenye.

Then tadi post dekat FB bahagian page Segamat. Tanya pasal kerja kosong. Maklumlah, Segamat daerah kecik. Employer jarang nak post iklan secara online sangat. So susah bagi aku nak update pasal keje kosong. So post dekat page Segamat je senang. And ada someone yang bagitau kedai Proton nak pakai kerani akaun. Yea kerani. Dengar macam tak match dengan qualification aku. Tapi aku nak try apply jugak. Mana tahu dapat and gaji dia dalam RM1,400 ke RM1,500 ke kan. Boleh la simpan duit nak merantau and nak bawa keluar keta sebijik. Hehehe. Jadi esok jugak aku serbu Proton. Encik Tunang memang nak ke sana sebab nak tengok kereta Proton yang baru tue. So alang-alang tue baik aku tanya pasal kerja tue sekali kan. Yea dak? Mana tahu ada rezeki. Wish me luck!

Nota Kecil: Hope esok soto KJ bukak. Kempunan nak makan soto wei. Dah sebulan lebih tak pekena soto...nyummmy!

3 comments

  1. aku yg kt ipoh ni pon tekontang kanting...basic fresh akaun dia bg 1k je huaaaa lani aku nganggur dok cr kerja. br intbiu easy rhb tu sbb tepakse...dont worry la first class sng dpt wehhhhhh tp kena yakin la

    ReplyDelete
  2. @dear xila hahaha..aq pn ad g easy rhb..p aq mmg xminat nk jual produk bank nie...hehehe...1st class pn...suma kje nk experiences..mencikkkk

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..jemput singgah dan baca entri ringkas ni,..apa komen anda?
    http://www.madrasahkehidupan.com/2013/08/pandai-bahasa-arab-sebagai-simbol.html

    ReplyDelete

Back to Top