Pekena Garam Belacan Jommm

Dekat luar rumah aku nie ada pokok mangga epal. Hari-hari dok tengok air liur pun da bertakung gua cakap lu. Eh tapi  korang tau tak mangga epal tue camno rupanya? Silalah google..eden tak sompat nak snap gambar buah dokat pokok tue ha.

Mangga epal nie kalau nak power makan time muda la..kalau dah masak tak sedap (bagi pendapat aku lah). Kalau nak makan yang da masak baik makan pelam biasa tue kan. Rasa mangga epal nie lemak-lemak masam gitu. Nyummmmmy! Oii sambil taip entri nie rasa air liur da meleleh-leleh dekat keyboard laptop nie ha. Selalu mangga epal nie jarang sangat orang jual tau. Yang aku tau banyak di jual dekat belah utara. Sebab kalau aku balik kampung and singgah dekat Tapah, mesti ada mangga epal potong-potong. Sedappp tue. Wajib beli.

Nie ha garam belacan (kiri) dan mangga epal (kanan). Kecuq tak ayaq liuq hangpa???

Tapi kadang-kadang belah Johor nie pun ada jugak jual. Tapi susah nak jumpa la. Pokok mangga epal dekat luar rumah aku nie pun kawan bapak aku yang tanam. Sekarang nie ngah musim pokok tue berbuah. Kalau dekat Johor depa suka makan dengan sambal kicap ja. Uishh rugi habaq hang. Buah da sedap sampai kecuq ayaq liuq tapi makan dengan sambal kicap je. Tak berapa nak umpphhh. So hari ni meh aku share resipi garam belacan. Term 'garam belacan' nie famous dekat belah utara. Dekat tempat lain aku tak tau la depa panggil apa kan.

Garam belacan made by me

Resipi Garam Belacan:

Bahan-bahan:

1. Cili kering (ikut suka nak letak berapa. Nak lagi pedas and banyak pi la letak banyak. Rendam dulu dengan air panas biar lembut)
2. Belacan (harus lah ada. Dah nama pun garam belacan. Letak lebih pun tak pe. Lagi sodap)
3. Gula
4. Kicap (aku pakai kicap lemak)
5. Kacang (ditumbuk)

Cara-cara:

1. Cili kering tue kita basuh dan tumbuk dengan belacan. Tumbuk bagi halus
2. Lepas da halus, campur gula dan tumbuk bagi rata. Korang rasa la dulu. Kalau pedas sangat tambah lagi gula and belacan sikit.
3. Bila rasa dah memuaskan boleh la korang cedok letak dalam mangkuk ke piring ke. Pastu gaul dengan kicap dan kacang. Jangan letak banyak2 kicap sebab kita kan da letak belacan tadi. Kacang tue optional yea..nak letak lagi sodap.
4. Dah boleh hiris buah mangga epal ke, jambu madu ke, jambu batu ke or any buah yang bersesuaian.

So sesiapa yang dah berbaldi-baldi tadah ayaq liuq bolehlah salin resipi garam belacan aku nie laju-laju and pi buat sana tau. Resipi nie mak aku yang bagi. Selamat mencuba!

Apa tunggu lagi? Jom menyicah oiiiiiii!


No comments

Back to Top