Sekali 5 Interview. Hamik Kauuu

Tue la hari-hari mengadu dekat Encik Tunang cakap takde sape pun call aku panggil interview. Tup tup this week setiap hari ada je orang call panggil interview. Last-last aku ada 5 interview. Hamik kau nak sangat kan. Tapi kesemua interview tu aku tak dapat nak attend. Sebab apa? Sebab masa dan transport. 

First masa. Hari Isnin nie aku da buat appointment untuk dua interview. Belah pagi dekat KL and belah petang dekat area PJ. Then aku dapat lagi call dorang invite interview untuk hari keesokkannya. Masalahnya sampai 3 interview untuk keesokkannya. Dah tue tempat lain-lain. KL la Shah Alam la...

Actually takde masalah pun nak attend untuk ketiga-tiga interview tue. Aku boleh je arrange kan balik timing dia. Sure dorang ok. Yang tak ok nya aku lah. Sebab aku pergi interview ni pun mengharapkan ihsan Encik Tunang aku untuk amik and hantar aku. Aku kan stay kat Johor. Dah tue takde kereta sendiri nak ke mana-mana. So terpaksalah Encik Tunang amik cuti hari Isnin kan. Tapi bila dia da apply cuti, then ada lagi tiga interview. Takkan aku nk suruh dia amik cuti lagi yea dak? Ingat company dia keje tue bapak aku punya ke sesuka hati nak amik cuti.

Jadi terpaksa la aku cancel lagi tiga interview. Takpelah...aku anggap bukan rezeki aku. Mana tahu ada rezeki aku dapat keje dekat salah satu company yang akan aku pergi interview hari Isnin ni. Hopefully la...Amin

No comments

Back to Top