Makan Gaji or Bisnes???

Waktu-waktu yang free nie la aku ada banyak masa nak manja-manja dengan blog aku nie. Well lagi 5 hari aku nak start keje. Nak manfaatkan masa yang ada dengan blog yang tersayang. 

Dan masa yang free nie la aku banyak jadi silent reader baca blog-blog yang terpilih *gaya macam femes sangat aku nak memilih blog kan*. Actually blog-blog yang aku suka singgah nie sebab entri mereka mampu menarik perhatian aku untuk setia membaca entri mereka. Tak perlu lah aku disclose nama mereka. Dah nama pun aku jadi silent reader kan *malas nak menaip mungkin. Kikkikkik*.

Dan dalam banyak-banyak blog yang aku singgah nie, most of them *female tau* menjadi usahawan. Maksud aku ada aje produk yang mereka jual. Produk kecantikan lah, tudung la, baju la etc. Usahawan berjaya pulak tue.

Tetiba aku rasa best pulak kan kalau buat bisnes. Actually dah lama dah aku pikir. Bila aku dah keje nanti memang aku nak buat bisnes jugak. Ala sambil-sambil nak cari income lebih. Tapi masih terpikir-terpikir dan tercari-cari bisnes apakah yang sesuai yang boleh tarik potential customer aku nanti??? Mungkinkah aku patut jual produk kecantikan? Atau pergi amik kelas menjahit semata-mata nak jahit baju peplum banyak2? Atauuuuu?

Dalam kepala hotak aku nie memang aku nak jual produk dan bukannya service. Bagi aku, aku lagi prefer and gemar jual something yang nampak depan mata. Service nie macam susah sikit la. I know la sebab bapak aku buat bisnes in term of service. Tapi dia da lama dalam bidang tue. So da ada ramai regular customer and siap da ada agent dekat bawah dia tau.

Aku nak bisnes nie bukan sebab tamak ke ape. Tapi yeala aku bukan datang dari family senang kaya raya. Tak nak menyusahkan parent aku tapi lebih kepada nak membantu mereka. Dah 24 tahun nie. Tapi aku belum berkesempatan nak membantu mereka. Kalau nak harapkan duit gaji aku nanti aku tau memang tak cukup. Maklum lah aku nanti keje dekat Shah Alam. Kos sara hidup tinggi. Nak tampung aku lagi mereka lagi. Dan masih ada lagi 2 orang adik yang tengah belajar. And semua tue consume a lot of money. So the best way is business. Agree?

Dan dan tak lama lagi pulak *insya allah doakan yea* aku bakal akhiri zaman bujang aku. So aku tak nak nyusahkan sangat suami aku nak itu ini. Boleh botak laki iolls tahu. Nanti bila dah ada anak-anak lagi lah banyak kena consume duit. So kalau setakat makan gaji je ermmm takut makan nasi + garam je hujung-hujung bulan nanti. Imagine la duit gaji after tolak EPF, loan keta la umah la, duit dapur, duit belajar anak-anak, duit untuk parent, duit minyak and banyak lah lagi. Omaigaddd. Bukan senang bila dah berkeluarga nie. Kalau bujang maybe cukup la kot. Kot la. *ha kemain aku jauh berangan*

Tapi bukan mudah nak bisnes. Cukup la tengok bapak aku je. Kadang-kadang berada di atas dan kadang-kadang berada di bawah. Kita jugak kena pandai pilih bisnes apa yang patut kita buat supaya at least balik modal kan. Dan yang paling penting is MODAL! Aku kena cari modal dulu. Tak boleh cakap kosong tapi habuk pun takde.

Jadi buat masa nie aku masih lagi survey. 17hb nie baru nak start keje. Gaji first pun tak dapat lagi so mampu berangan je la dulu. Kalau dapat first gaji pun ingat terus boleh mula bisnes ke? Gila. Tak mungkin! Orang yang baru start keje nie kan memang awal-awal kena pakai duit banyak sikit. Nak-nak lagi aku di perantauan. Takkan asyik nak call mak mintak duit. Tak pun buat muka comel kenyit-kenyit mata depan Encik Tunang suruh belanja itu ini. Macam tue? Aku cuba hidup berdikari. Insya Allah......

p/s: Wishlist da aku siapkan dah. Hope dapat aku capai setiap wishlist aku tue. And doakan my first day dekat tempat yang baru baik-baik je. AMIN




2 comments

  1. nory pon ada minat nak berbisnes tapi taktaw dari mana nak mula, n taktaw apa yang nak dibisneskan..hehe

    ReplyDelete
  2. @Nory Zoulkefle kan? buat side income. ngah terpikir2 lagi nie..hehehe

    ReplyDelete

Back to Top