Aku Sebagai Seorang Isteri

Ehemm ehemm ehemm. Dah lama menghilang kemudian muncul dengan tajuk entri macam nie. Hahaha. Actually nak bagitau yang itew da kawen gitew. Da selamat menjadi isteri kepada En Luqman pada 2 November yang lalu. Actually nak update entri pasal kawen tapi nanti2 dulu. Panjang cerita kenapa senyap tup tup da kawen. Ha korang jangan pikir yang bukan2 ek. Jauh menyimpang tau. Ingat aku tak tau. Ko da kenapa wani oii emo pulak. Hewhewhew

Ok2 entri kali nie just nak share sikit kehidupan aku after da bergelar sebagai isteri orang nie. 

Well masa mula2 jadi isteri nie memang aku a bit pressure. Yela aku pun tak sangka aku akan kawen secepat ini. Supposedly next year tapi di cepatkan secara drastik. Jadi persediaan fizikal, mental, zahir batin dan suma lah memang takde sangat la. Bukan takde sangat la memang langsung takde kata ko!

Mula2 dulu masa baru2 bertunang dengan Luqman nie (eh da berani sebut nama beliau secara public. Maklum la da jadi laki aku da pun. Hahaha) ada la beliau royak2 dekat aku bahawasanya after kawen tak payah la masak tiap2 hari. Boleh makan kedai. Sebab kesian dekat aku yang keje jugak. Tapi tue kata beliau before kawen. Tapi after kawen. Jeng jeng jeng. Uolls know what? Every weekdays aku bangun seawal 5 am just nak prepare breakfast for him. En Luqman kata if boleh everyday buat kan dia sarap. Boleh jimat katanya. Ok fine. Dulu takde pulak camnie kan. And then tiap kali balik keje kena masak. Walau weiii. Itu satu anjakan paradigma buat diri aku. Mak aku tau ni memang nganjing habis. Sebab dia tau ank dara dia yang sorang nie (masih dara ke? Lalalaa) memang pemalas nak masak. Sedangkan dulu time belajar aku dok umah sewa aku boleh kira berapa hari dalam seminggu aku masak tahu???

Tapi kini segala-galanya sudah berubah. Macam lirik lagu la pulak. Lagu ape ek. Nanti korang tolong la google kan ek. Itu baru sentuh bab masak belum bab-bab lain. Tapi takkan suma nak ceghita kat sini. Biarlah ia menjadi rahsia. Iolls kan kena jaga maruah suami giterw. Hahaha

Tapi disebabkan benda-benda yang remeh ni macam kena masak la, basuh baju yang da berganda-ganda kuantitinya, menghadap perangai suami yang sebelum kawen tak pernah tau tapi after kawen baru tau. Ha macam mama tue? Hahaha. Dan disebabkan benda-benda gini kadang-kadang amat mudah aku jadi emo tak tentu hala macam orang tak tentu arah. Yela da tiba-tiba kena pikul suma ni. Harus la rasa macam nak protes. Macam rasa macam nie ke wei rasa lepas kawen? Hahaha. Jahat sehhh aku pikir macam tue. 

Tapi tapi dan tapi itu masa baru 2 3 minggu baru kawen. Baru sangat kan nak adapt suma nie. Nasib laki aku nie memahami. Perubahan drastik macam nie kena take it slowly tahu. Kalau tak tue yang jadi penceraian tue. Nauzubillah. Mintak di jauhkan la. Sebab lecturer aku pernah bagitau la after kawen nie la bermulanya tempoh suai kenal yang sebenar dengan pasangan dan pada masa yang sama, masa untuk kita belajar menerima benda yang baru dalam hidup kita.

Contoh la kan. Aku bagi contoh. Ko nie seorang yang pengemas. Kalau nak mandi baju kotor terus letak dlm tempat baju kotor ke ape tapi hubby ko sesuka hati campak sana sini. Macam tak nampak pulak orang da sediakn tempat letak baju kotor kan. Kalau ko hangin tak? Tapi nak marah2 pun tak guna. Dah habit dia wei. Korang kena terima. Tak pun bagitau elok2. "Sayang nanti baju kotor letak dalam ni tau." Kalau dia still campak merata jugak harap bersabar la yea. Hahaha

Kadang-kadang aku rasa nak berhenti keje sebab nak fokus dengan rumahtangga je wei. Penat memang tak payah cerita. Tapi macam tak best pulak tak de income. Takut laki aku rasa terbeban pulak dengan karenah isteri dia yang nak itu ini itu ini. Aku akan berhenti keje kalau gaji laki aku sama macam PM kot. Hahaha gitew.

Aku rasa sampai sini je la kot bebelan aku. Nanti aku up entry lagi. Banyak actually nak share tapi masa tue jeles dengan aku. Komitmen pulak da bertambah jadi masa nak bermanja dengan blog kurang yang amat. Ok la cau!

Before  tue meh aku selitkan sekeping gambar time nikah. Taknak la show suma. Malu mak tau. Hehehe

Sje blur kan. Supriseeeee



1 comment

  1. hi awk..sme la mcm kite...kite pn dh kawen..tp kite student ag..hehehe.duduk pn jauh2..lain negeri....jd dugaan tu berbezaa...tp thniah la da jd isteri orang...n gud luck!! :)

    anyway jom visit my blog...

    http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com/

    ReplyDelete

Back to Top