Raya Tahun Ini

Raya tahun nie masih beraya di Johor. Masih tak berkesempatan nak balik kampung atas faktor-faktor tertentu. Selalu kalau setakat beraya di Segamat memang tak meriah pun sebab saudara-mara semua dekat belah Kedah. Jadinya beraya dengan keluarga je la. Lepas solat sunat raya, salam-salam, makan, tengok tv, tidur. Aku pulak jenis yang kurang beraya rumah orang. Kecik-kecik dulu yela tapi bila da besar ni malas sokmo. Nak-nak lagi kawan-kawan tak ramai dekat Segamat ni.

Tapi tahun nie memandangkan status aku da bertukar dari bujang ke berkahwin so kena beraya dua rumah la. Nasib la satu kampung dengan suami. Jadi tak payah nak bergaduh bermasam muka nak osom nak balik kampung sapa dulu kan. Kampung tok nenek laki aku plak area Tangkak dan Segamat je. So tak jauh mana. Cumanya raya pertama and kedua aku beraya dekat rumah mentua dulu. Then baru rumah family aku.

Even aku dah duduk lama dekat negeri Johor ni dan pernah je dalam sepanjang 25 tahun hidup ni aku tak balik beraya dekat Kedah tetapi aku tak pernah beraya dengan orang Johor. Maksud aku cara atau adat orang Johor sambut raya memang aku tak tahu and tak amik tahu pun. Sebabnye kalau tak balik kampung kitaorang just dok terperuk je dalam rumah. Dah masuk berapa belas hari raya baru terkedek-kedek pergi rumah jiran ataupun kawan. Jadinya kalau da berapa belas hari Syawal mana la aku nak tau ape juadah wajib dorang time raya kan.

Yang aku tau pagi raya ni kalau orang Johor la mesti ada nasi impit. Ermm ape beza nasi impit dengan ketupat nasi ek? Bukan sama je ke??? Whatever la kan. Lepas tu ada sayur lodeh, kuah kacang. Hmmmm tu je la yang aku selalu dengar. Aku rasa seumur hidup tak pernah lagi makan sayur lodeh. Tak silap aku rupa dia macam sayur-sayur lemak kot. Mungkin aku kurang suka sebab aku jenis kurang makan benda yang bersantan.

Kalau kat Kedah (especially area kampung aku. Kampung orang lain kat Kedah aku tak tau la) pagi-pagi raya selalunya ada rendang ayam cili api ataupun rendang besar. Lepastu wajib ada ketupat palas and lemang. Orang utara ni memang kuat makan pulut mungkin. Aku memang prefer lemang atau ketupat palas rather than ketupat nasi. Ermmm dapnye bila bayangkan. Hehehe. Lepas tue masuk raya kedua or ketiga, kitaorang da sibuk serve tetamu dengan laksa utara takpun bihun sup. Perghhhh meleleh ayaq liuq sambil menaip ni uolls. Aku rasa dua menu ni wajib sebab da jemu makan rendang lemang bagaikan. Kuih raya tu aku rasa satu Malaysia ada. Tapi kalau kerepek-kerepek dekat utara kurang. Orang Johor yang selalu ade. Dulu aku ingat lagi lau balik kampung je mesti kami borong siap-siap kerepek like batang buruk, kerepek bawang, pagoda etc. Sebab kat belah utara takde jual. La ni ada la jual tapi taste tetap tak boleh lawan yang Johor punye. Hehehe

So raya tahun ni aku beraya dekat rumah husband dulu. And tengah curious ni ape la juadah-juadah yang bakal mak mentua aku masak. Hope boleh masuk tekak aku. Aku bukan tak suka try, tapi since pregnant aku agak cerewet sikit bab makan ni ha. Even lagi bape hari nak 36weeks tapi still selera makan aku tak lajak. Makan tak banyak but much better dari earlier stage aku pregnant la. Berat pun da 64kg. Huhuhu.

Dan time aku tengah taip entri ni actually aku da mati akal nak buat ape dekant rumah mentua. Sebab aku ni sah2 tak reti anyam ketupat. Ketupat palas ke nasi ke sama je. Dulu ada jugak belajar dengan kawan nak anyam ketupat nasi tapi da lupa lol. Setahun sekali je kan buat. Memang tak la nak ingat. Senang beli ketupat nona je kan. Lauk pauk lain memang aku tak tau la. Sebab cara orang Johor lain kot. Nampak na aku ni menantu tak boleh harap. Semua tak tau kan. Jadi untuk cover supaya tak dapat tittle macam tu maka aku pun buat la 3 jenis kuih raya even aku tau kuih raya mentua aku lagi banyak. Kalau aku tak bagi pun takpe. Tapi aku tetap buat jugak. Bukan nak bodek tapi aku memang suka buat kuih raya. Nyum3...

Ok now quite tired sebab tadi melayan anak buah husband yang hyper sikit. Nak take a nap kejap. Selamat hari raya uolls. Daaa


No comments

Back to Top