Kerisauan: Anak vs Pengasuh

Pejam celik pejam celik lagi seminggu lebih aku dah naik keje selepas bercuti bersalin dua bulan. Bukan sebab dah nak keje yang aku pikirkan even kemalasan tinggi tapi risau nak hantar anak kat pengasuh :'(

Maklumlah anak first kan. Macam2 cross to mind. Boleh ke pengasuh jaga anak aku dengan kerenah anak aku? Ohh before tu biar aku introduce nama anak dulu yakni Syamimi Diana. Actually banyak entri yang pending. Banyak cerita nak story tapi masa tu yang takde. Maybe soon. Aku try la yea.

Ok back to story...Mimi ni (nama manja anak iolls) jenis yang kuat menyusu. Sangat kuat ok! Kadang2 dua kali menyusu baru dapat tido dengan lena. Agak-agak pengasuh layan nafsu anak aku or dorang ada schedule untuk bagi baby susu? Abis takkan nak bagi anak aku melalak lama? Memang orang cakap jangan manja sangat anak tu. Aku takde la sampai tahap Mimi baru bunyi ek ek ek aku dah terhegeh-hegeh angkat dia. Non hado er. Lau lagu tu memang satu keje tak boleh buat tau.

Then aku risau pasal tido. Anak aku ni pesen dia jenis tak boleh tido dengan sendiri. Means ko letak je atas tilam bagi dia berkayuh sampai penat pastu boleh tertido. Itu mustahil. Sejak dari lahir sampai la ni dia jenis kena minum susu dulu baru boleh tido. Tu pun kena tepuk2 dia. Skang bila da balik rumah sendiri aku letak dia atas rocker. Boleh ayun2 kan. Lagi la dia manja2. Takut nanti da sampai rumah pengasuh langsung dia tak tido siang :(

Sekarang ni memang tengah berjuang pam susu banyak2 untuk bawak gi rumah pengasuh. So disebabkan anak aku kuat menyusu aku kena put effort lebih la bagi extra susu. So far sehari dalam dua kali aku pam. Sekali pam boleh cecah 5-7oz. Tapi kalau Mimi baru sangat lepas menyusu dapat la dalam 3oz camtu. Tapi aku tetap bersemangat kental nak pam pam pam dan terus pam. Sebab aku tau penghasilan susu tu sangat2 bergantung kepada mind set dan emosi kita dan bukan faktor breast pump ye anak2.

Ikutkan hati nak aje berhenti keje. Tapi...too much commitment. So aku gagah la keje. Hope Mimi and pengasuh boleh bagi kerjasama dengan baik. Please jangan risaukan ibumu ni.

p/s: Tak sanggup nak berpisah sebenarnya dengan anak even just for 8 hours. Nak pulak skang isu pengasuh buat dajal kat budak. Ya Allah...lindungi sentiasa anak aku yang masih kecil yang masih tidak mengetahui apa2. AMIN

No comments

Back to Top