Mimi Kena Cirit birit

Kalau orang dewasa ke yang kena cirit birit aku tak berapa kisah sangat. Tapi ni anak aku yang masih kecik yang baru nak masuk 4 bulan. Kelam kabut hidup aku dan suami di buatnya.

Alkisah hari Selasa lepas after abis waktu keja aku dan suami amik Mimi as usual kat nursery. Then sampai je Kak Lin (the owner) bagitau Mimi cirit birit. So Kak Lin tanya aku ape yang aku makan since aku fully breastfeed Mimi kan. So ape yang aku makan itulah yang Mimi makan kan. Aku dan suami pun dok pikir ape yang aku makan ek? Then balik rumah macam biasa. Malam tu Mimi tak la berak kerap. Just dalam kol 12am before aku nak tido aku cek Mimi berak so aku tukar la kan. Then tido macam biasa. Time Mimi terjaga nak susu tu aku sempat jugak la google why baby boleh cirit kan. Padahal just minum susu je. Adakah disebabkan faktor pemakanan aku yang bedal ape saje? Or susu yang aku pam tu tercemar??? 1001 soalan bermain di pikiran gitu. Google punya google aku jumpa one of the factor is pengambilan antibiotik. What? Aku baru teringat yang last weekend Mimi demam. Then bawk gi klinik. Doc yan rawat tanya nak antibiotik tak. Aku yeakan je la as long as Mimi sembuh kan. Hmmm

Pagi esoknya pulak Baba dia yang tukarkan pamper and Mimi berak lagi ok. Aku da macam tak sedap hati. Warna taik dia pun bukan gold coklat sangat. Quite cair. Tapi hantar jugak Mimi ke nursery. Dah pesan awal2 da dekat akak2 yang jaga tu suh monitor berapa kali Mimi berak and warna najis dia. Aku guk tak lupa bekalkan lebih sikit pamper. Then pergi keje macam biasa.

Dekat opis pulak keja berlambak-lambak. Tapi aku sempat whatsapp Kak Lin tanya susu Mimi ada berapa sebab aku target susu yang aku bekalkan tak cukup sebab semalamnya aku so sleepy so time pump susu tak berapa efficient la kan production nya tu. Then after call suami tetiba Kak Lin call. Pelik jugak di situ why Kak Lin call tetiba kan. Tak pernah pulak selama ni dia call kan. Just reply whatsapp je lau aku tanya pape pun. Kak Lin inform yang Mimi kena cirit teruk arini. Asal minum je berak asal minum je muntah pastu berak sampai bontot dia da merah sikit. So dia suruh aku bawak Mimi gi klinik takut jadi pape kan. Da la dia baby lagikan lau da besar aku suh je sumbat pil cek kit taun. Hehehe.

 Tapi that time aku risau giler. Yela sebab anak sendiri kan. Terus aku call laki aku nak bincang. Mula-mula aku macam nak suruh laki aku je bawak Mimi gi. Tapi bila pikir balik buatnya Mimi meragam acamno? Ke buatnya Mimi nak susu acamno? At last mintak half day kat manager.

Time amik Mimi tu nampak la dia da tak larat. Mata kuyu. Yeala asyik buang je tenaga pun takde. Pastu nangis2. TIme aku amik tu pengasuh tengah basuh berak dia. Adoii..risau gila. Aku ngan suami decide nak gi klinik kerajaan je. 

Kat klinik doc yang rawat tu kemain tekun jugak dia cek Mimi. Doc suh Mimi amik gas sebab time yang Mimi demam tu dia kena btuk and selesema sekali. So amik gas untuk cairkan kahak. Pastu doc cek lagi dia bagitau paru-paru Mimi kot sebelah kanan da bunyi silent but belah kiri still bunyi kasar sikit. So dia buat surat refer ke hospital immediately sebab takut ada infection pulak dah. Bunyi macam takde kena mengena dengan cirit birit dia kan. Tapi aku bawak jugak Mimi gi hosp Serdang.

Kat hospital Serdang aku tunggu dari pukul 6pm ke 2:30 am uolls baru settle. Memang after this tobat tak nak gi Serdang da. Menangis tunggu. Taik anak aku sampai d tukar kuning nak kehijauan sikit. Risau aku tau. Tapi tak boleh nak buat ape sebab pesakit overload. Doc pulak underload. Dekat hospital Mimi kena amik darah and buat x-ray.

Setelah lama menunggu akhirnya tiba jugak turn Mimi. Sepanjang tunggu tu aku ase da bape kali Mimi bangun tido bangun tido tahu. Doktor cakapcirit birit memang takde ubat kecuali air garam tapi since Mimi baru dua hari macam tu kena cirit so dia tak recommend amik air garam. Jadi aku mintak doc tolong masuk air ke dalam badan Mimi since air da banyak hilang akibat cirit kan. Almost 3 jam jugak la masuk air. Aku sampai tertido2 pangku Mimi sebab wad semua penuh. Lau kosong pun ko hengat Mimi nak ke tido kat katil? Hahaha.

Esoknya aku dengan laki aku EL lagi sebab nak monitor Mimi. Nak tengok progress makin baik or sebaliknya. Alhamdulillah la Mimi da tak berat sekerap semalam. And warna taik dia pun da back to normal. Mimi pulak makin aktif dan riang sebab dah sihat. Siang dia tido main2. Malam pulak taak reti nak tido. Ajak kita main ngan borak T_T

So moral of value after this aku taknak bagi antibiotik lagi kat anak aku. Not all antibiotic sesuai untuk baby so better langsung tak payah bagi. Aku yakin dengan susu aku ni yang lagi powerful penuh dengan antibodi gitu kan. Nasib my baby da sihat and masa yang diperlukan untuk pulih sekejap je. Alhamdulillah :)

No comments

Back to Top