#1 Pengalaman Beranak

Alhamdulillah tanggal 28 Aug 2014 aku selamat lahirkan puteri sulung kami pada pukul 10:37am. Allahuakbar! Macam tak percaya sangat aku da ada anak. Rasa tempoh 9 bulan lebih tu sekejap sangatkan. Bila diingat-ingatkan balik time nak beranak Allahuakbar...seram, gerun dan sejuk semua ada.

Nak ikutkan due aku 27/08/2014. Tapi still takde tanda-tanda nak bersalin yang 3 tu: pecah air ketuban atau keluar darah atau kontraksi. Aku risau jugak kalau-kalau overdue. Tak nak la kena induce. Lagikan pulak laki aku cuti tak lama. Takut aku beranak time dia keje :(

So nak dijadikan cerita seminggu before due aku da selamat sampai kat kampung dah. Saja cuti awal. Da takde mood nak keje sebab dok pikir nak beranak je. Hehehe. Jadinya bila 27/08 tue takde tanda-tanda nak beranak aku pun pergi la klinik kesihatan buat check up macam biasa. Doktor agak bising sebab aku tak terus pergi hospital. Hahaha. Mana la aku tau. Klinik Puchong cakap lau tak beranak lagi pergi check up macam biasa. So nak salahkan siapa???

Ok then pas da check up bagai aku pun pergi la hospital. Suami iolls adalah orang yang paling excited. Sebabnya aku tau lau da pergi hospital confirm doktor akan cek kat tut tut sama ada da bukak ke belum kan. Jadinya laki aku da berangan la kot-kot bukaan aku da 4cm ke ha kan terus kena admit gitu. Hmm sukati je laki aku kan. Pape jela..

Da sampai hospital ramai pulak orang yang tengah tunggu turn nak check up.
Macam2 kes la yang aku jumpa. Yg akk sebelah aku tu air ketuban dia pecah tapi belum due lagi. yg kes aku pulak da due tapi takde kuar pape tanda.

Bila sampai turn aku nurse interview sikit pastu suh g buat urine test then nak tengok gerakan baby. lastly baru jumpa doc. as i predicted memang doc tu seluk la kat bawah nak tau bukaan bape kan. ase nak jerit pun ade. hahaha. well doc cakap baru bukak 1cm. aq macam a bit frust sikit sebab nak tunggu lagi 9cm maybe take time. doc pun cakap anak first memang lambat sikit nak bukak. so dia bagi masa 1 week. if takde tanda nak beranak jugak aku kena admit and induce. maka aku dan suami pulang dengan perasaan hampa.

Bila sampai rumah aku story la dekat parent aku sekian sekian dan sekian. Pastu bapak aku cakap silap2 malam ni beranak sebab da bukak 1cm. Dalam hati aku amin kan je la kan. Tak sabar kot nak tungu. Hehe. Pastu aku cakap dekat laki aku petang ni nak jalan-jalan kat taman biar cepat sikit bukak kan and at the same time aku belasah minum air selusuh dekat setengah botol one shot terus sebab stress baru bukak sikit. Hahaha. Sangat entah ape2 kan.

So aku continue my day as usual. Petang pergi jalan-jalan. Balik sempat singgah mamak pekena roti canai. Malam layan movie dengan laki aku. Cita LEGO. Kartun pun kartun la kan. Layan punya layan pai la laki bini tertido. Dalam kol 1 am macam tu aku terjaga sebab aku rasa sakit macam senggugut tapi the feeling lain sikit. 1st thing yang terdetik dalam hati is "aku nak beranak ke?" Tapi aku buat dunno je sebab tak sakit sangat. So aku gi toilet kot la nak u'uk kan. After membuang ape yang patut aku pun try tido balik. Laki aku pulak tetiba terjaga. Terjaga and tanya "sakit nak beranak ke?" Adoyai suami. Sejak2 aku da nak due ni sensitivity dia makin menjadi2. Kalau idok tido mati aje. Hahaha. Aku pun tak tau nak respond camne sebab sakit contraction tu aku sendri not sure how is it. Then aku decide nak sambung tido je. Pastu laki aku decide lau dalam 15min sekali sakit datang balik dia ajak gi hospital. Then aku angguk je la.

Actually ada la dalam setengah jam sekali sakit tu datang tapi tak sesakit yang aku dengar akak2 opis cita la. So chill la kan. Tapi laki aku yang tak menyabar. Nak jugak gi hospital -_- Aku pulak that time pikir perut masuk angin kot sebab kalau tak silap siang tu aku tak makan nasi. Ha so positif kan iolls. Hahaha. After didesak oleh si suami maka dengan malas aku pergi la jugak.

Ok next entri aku cerita the balance er. Nak siapkan entri yang ni pun semput. Hahaha..chowww



No comments

Back to Top