FYI - Nappy Rash Cream

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu anak aku kena cirit birit yg agak teruk sebab baru aku tau yg anak aku allergic dengan yogurt sebab last time aku belikan dia nestume baby flavor yogurt. Hai sorry syg mama tak tau. Maklum la tiap org allergic lain2. So untuk anak mama ni kira kena try and error la baru tau ape yg allergic ape yg tidak kan.

After mkn dua sesi anak aku merengek. Rupa2nya prut meragam and cirit birit sampai bontot dia merah teruk. Macam terbakar. Kulit merah sampa kering. Kesian aku kat anak dagha aku ni. Usually kalau bontot dia melecet aku apply minyak kelapa dara yang buat sendiri. 2 3 hari insyallah hilang merah tu. Kalau pakai yg kat pasaran punya tak berkesan dekat kulit anak aku. Maybe da campur dengan chemical sikit. Before tu jugak pernah try nappy cream macam drapolene tapi still bontot anak aku tak ok. Bila pakai minyak kelapa dara yg FIL aku buat baru berkesan.

Tapi disebabkan bontot anak aku kali ni kaw2 punya merah dia so pakai minyak kelapa dara pun on off je merah dia hilang. Kejap ok kejap tak. Risau aku dibuatnya. So aku pun mintak pendapat Kak Lin (owner nursery anak aku. Dia pernah keje dekat bahgian ubat kat hospital so kalau anak sakit ke ape dia akan suggest ubat apa yg patut and tak patut bagi). Hari tu panjang lebar Kak Lin story kat aku. Dia cakap kalau bontot anak da teruk macam ni dia suh beli dua jenis nappy rash cream which is Sudocream and daktacort. Sudocream ni korang apply kat belakang which is area bontor baby while daktacort sapu dekat depN bahagian tut tut baby. Dalam 2 hari camtu insyallah hilang. Fyi uolls nappy xream yg berlambak kat pasaran like pureen ke drapolene ke kte still kena beli and apply kat baby even bontot dia tak merah. Dia macam protection la. Tapi kalau terlampau teruk so korang kena pakai la dua jenis cream yg aku sebutkan tadi.

Lepas habis Kak Lin cerita memang gigih la aku dan baba dia mencari. Yela hati parent mana sanggup tengok anak merengek kalau tiap kali kencing pedih kena kulit depa kan. Aku cari dekat Farmasi Caring..alhamdulillah ada. Balik rumah memang terus apply. Tiap kali tukar pampers anak aku akan sapu. Alhamdulillah la dalam 3 4 kali sapu nampak perubahan. Lega sangat. So aku sapu sampai bontot anak aku dah tak merah da. Once da takde aku stadt sapu cream biasa macam drapolene tu. And till now bontot anak aku susah nak merah. Kalau ade pn sikit je la. Syukur sangat uolls. So dalam travel bag anak wajib ada 3 jenis cream ni.







Ni cream yg korang kena beli kalau anak kena nappy rash tahap teruk.  Sudo
cream utk belakang and daktacort utk sapuan depan.




Now aku pakai drapolene after pureen cream da abis

No comments

Back to Top