Penguasa Kastam W41

Gembira dan sedih itu yg mampu diucapkan sekarang....

Bila dapat email dari SPA dan call dari kastam dengan memberitahu aku dapat tawaran untuk jawatan Penguasa Kastam W41 aku bersyukur tak terkata. Yeala bukan senang nak masuk gomen kan. Meh aku share ceghita pengalaman aku dari exam sampai ke saat aku ditawarkan dengan jawatan ni.

Tahun 2014 (dalam bulan 6 or 7 kot aku tak ingat) Aku dapat berita dari FB, family dan kawan yang kastam ada buka pengambilan untuk jawatan Penguasa Kastam W41 ni. Dia ada la bagi due date sekali kan. Tapi that time aku buat bodoh je sebab aku bukan minat sangat dengan badan beruniform ni. Tapi nak dijadikan cerita time tu aku memang tengah sarat mengandung and that time is last day untuk apply for that position. Masa tu aku kat opis ternampak officemate aku bukak spa. Then aku tegur sambil berseloroh la. "Nak try gomen ke? " Then officemate aku bagitau yang hari ni last date nak apply untuk position tu. So aku pun macam ermmm ok la aku pun nak apply la. Memang time tu suka suki je apply. Bagi aku chances macam tipis la kan. Tapi belum cuba belum tahu. Betul ke idok?

Masa aku tengah dalam pantang aku dapat sms tak silap yang aku terpilih untuk menduduki exam bagi jawatan Penguasa Kastam W41. Time tu memang susah nak study ke ape ke since masih dalam pantang. Dengan letih dengan nak layan kerenah anak sulung aku lagi. Tapi Alhamdulillah that time memang suami and family banyak membantu. And as the result aku berjaya dapat interview. Date of interview pn time tu aku di penghujung2 hari aku berpantang. Tak silap lagi beberapa hari nak genap 44 hari aku kena p interview dekat Putrajaya. That time aku rasa aku paling selekeh dengan tak prepare ape pun. Memang tak sempat wei. Gaya nak search ape yang patut anak da menangis nak susu. Penat menjaga anak buatkan aku tak sempat nak prepare pape pun. Cuma beberapa hari before interview sempat jumpa abg ipar laki aku. Dia pun keje kastam. So dia share la experience dia time pi interview. Then tanya la sikit pasal GST.

Tapi habaq hang bila da kat pejabat spa seram sejuk wei sebab calon2 semua pakat bawak notes. Mulut terkumat-kamit menghafal. Aku? Keluarkan handphone dan tanya org sebelah., "Nak baca ape ek? ". Hahaha... Nampak tak cam nak tak nak je mai. Bukan xnak prepare betul2 tapi masa memang tak mengizinkan. Aku redha dapat ke tak. Dapat pi peringkat interview ni oun aku da bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Aku malas nak cerita time interview aku dorang tanya ape. Maybe akan cerita tapi untuk next entri kot.

After interview tak silap ade date nak cek result interview. But aku tak ingat bape lama kena tunggu result after interview. Bila cek status aku ialah calon simpanan lantikan. Dalam hati aku.. Ohhh dapat jugak er even simpanan. Aku bersyukur la even sekadar simpanan. Mana tau ade rezeki kn.

So menunggu itu satu penyeksaan. Aku tak berharap sangat sebab my ranking kebelakang jugak. 779 dari 2000 calon simpanan. Ko ghase? Hahahaha. Intake pertama tak silap awal tahun 2015. Selama 3 intake tunggu tapi still tak sampai lagi le ranking aku. Tapi bila group kt fb ade bagitau yang bulan 10 ni ade intake aku pun buat kiraan. Dan kiraan aku mengatakan nama aku tersenarai. And u know what? Alhamdulillah akhirnye kan.. Almost 1 year menunggu. Hehehehe

Esok hari untuk melapor diri ke AKMAL. nervous plus excited plus sedih sebab kena berjauhan dengan suami dan anak selama 7 weeks. Menangis la daku di bucu katil asrama sebab kenangkan anak dan suami. Huhuhu. Ok la jom tido. Esok nak bangun awal.

P/s: Musim2 jerebu ni jangan lupa minum air banyak2 yea. Salam and gudnite...




posted from Bloggeroid

2 comments

  1. Assalamualaikum Puan Wany, saya ada dapat panggilan temuduga kastam tahun 2017 ini, boleh tak saya tahu soalan2 apa yang ditanyakan oleh panel penemuduga semasa puan ditemuduga utk jawatan penguasa kastam ini?
    Satu lagi, kalau berbaju kurung, perlu pakai blazer jugak ke untuk temuduga kerajaan?
    Terima kasih kalau puan sudi jawab soalan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..puan ke cik ni..hehe.maaf perasan dgn komen ni...

      utk pakaian pakaian formal..with or without blazer pun boleh. dulu saya paki kemeja je..

      soalan depends pd siapa yg jd interviewer..macam saya kedua2 panel org spa..most of the question dy nak tgok personaliti kita..so byk soalan yg takde kena mengena pun dgn kastam. tapi seeloknya biar la kita amik tahu pasal isu semasa..

      Delete

Back to Top