Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 4/2015 [Part 1]

Pejam celik pejam celik tup tup lagi dua minggu je tinggal untuk aku habiskan sisa-sisa aku dekat Akmal ni. Tak sabar giler wei even tak tau lagi mana dorang nak campak aku. So far aku redha je la. Yang penting aku boleh habiskan kursus aku nie dengan jayanya!

Actually Kursus Asas nie bermula 19 Oct yang lalu dan akan berakhir 11 Disember nie. Lebih kurang 8 minggu jugak la aku berkampung dekat Akmal nie meninggalkan suami dan ank tercinta demi kerjaya gitewww. Ok so takmo buang masa. Entri kali nie aku nak share sikit la apa aktiviti yang kami da lalui dengan jayanya. Hehehe

Ok as usual kalau minggu pertama macam tu selalunya confirm ada aktiviti LDK. Itu normal. Semua orang sure pernah alaminya kan. Then after LDK dalam empat hari kita kena tempuh aktiviti kawad yang berlangsung lebih kurang 10 hari macam tu. Start KAWAD DAY tu memang habis semua muka rentung weii. Sobs sobs sobs. Walaupun rentung tapi ok la aku enjoy sebab da lama tak berkawad kan bila sekali berkawad tu terasa sakit-sakit satu badan. Nampak sangat aku nie jarang pi exercise. Hahaha. My bad. Time berkawad ni memang rasa time paling hectic sebab always kena on time plus padang kawad tu jauh kot dari hostel aku. Dengan pakai kasut kawad yang berat lagi. Tu tak termasuk lagi dengan kaki yang melecet. Memang menguji minda. Tapi as aku cakap tadi even ade rungutan tapi aku enjoy je. Kita kalau nak lakukan something tu kena always think positive and ikhlas baru la apa yang ko buat tu terasa enjoy giler. Tak silap aku ada la nak dekat 10 hari jugak berkawad.

Time kawad. Hidup Kontinjen 5!!!

Aerobic day!

After kawad pulak kitaorang kena attend kelas. Dengan muka da rentung kita masuk ke kelas pulak. Kelas yang kita datang ni cover almost a part of Customs jugak. Dorang akan brief satu2 skop bidang kerja kat Kastam. Tapi kelas yang paling lama dan panjang harus lah GST. Sakit kepala nok nak paham even aku ni budak akaun. Maybe sebab short class kan. So everything is rushing. So far aku tak suka sangat pi kelas sebab penyakit mengantuk aku akan mai menyerang..serius wei. Time kelas memang aku ase macam pi kedai runcit. Setiap orang sure bawa bekalan jajan ke gula2 ke asam ke punya nak nagi hilang mengantok kan.

Lepas tamatnye sesi kelas kitaorang ada hari kokurikulum selama 4 hari. Aktiviti yang terlibat ialah swimming, menembak dengan taekwando. Swimming ok lagi even kena terjun kat tempat tinggi tu..12 kaki kalau tak silap. Memang seriau. Aku siap pesan kat cikgu2 suh depa pi sambut aku. Hahaha. Tapi korang tak payah risau memang ade cikgu2 yang standby kat bawah. Menembak pulak aku memang takde talent. Tangan aku cikgu panggil kuat rentap. Adoiii tak tau la nak lembut camne lagi. And last taekwando. Aku paling suka sebab dulu2 ade gak join so basic tu sikit2 ade la. HAhaha..so those activities akan ade ujian. Tapi jangan risau sebab cikgu cikgi ni semua baik2 and tak strict.

Taekwando class. Why so serious?
Lepas abis minggu kokurikulum terus kena pi kembara pulak dah dekat Kem Asahan area Jasin. Penat memang tak payah cerita. Tapi sebab kita skang tengah berkursus jadi nak tak nak kena pergi jugak. Actually aku suka je pi kembara sebab zaman sekolah dulu aku rajin join camping bagai. Cuma this time atas faktor penat melampau ikhlas tak ikhlas je pi nok. Hahaha..aktiviti time kembara ni bagi aku semua ok je aku boleh hadam cuma sebab kitaorang pi 3 hari 2 malam so everything suma rushing. Contoh hari Sabtu ade aktiviti kembara sejauh 22km tapi before start pi kembara ada aktiviti kecergasan dan halangan. Aku pilih kecergasan sebab tang halangan semua da pakat amik. Aku no idea aktiviti kecergasan nak buat apa. Join sebab tak mo la digelar passenger kan. Aktiviti halangan pulak kita kena rempuh halangan la yang kena panjat sana panjat sini tu (sorry nama-nama halangan tu aku tak tau but mostly pernah try la time zaman sekolah dulu). Lepas tu misi kembara pulak platun aku berjaya sampai dalam pukul 06:15pm. Lambat 15minit dari waktu yang sepatutunya. Lagipun kitaorang gerak lambat. Rehat sejam lebih je pastu kol 9 da kena get ready nak pi Malam Burung Hantu. Malam yang super tired sebab tidur kat atas tanah merah je. HAhaha..tapi best sebab tidur ramai2. Dalam kol 3 ke 4 am baru balik ke kem semula.

After habis kem tu pulak ade public speaking, presentation and exam. Omakkk...sekali lagi mentalku hampir terkoyak. Hahahha. everything memang last minute prepare. Lagi pulak kita ni da lama tinggalkan zaman belajar so kepala otak da berkarat sikit. Tapi bila berjaya habiskan ketiga2 tu aku super lega sebab lepas ni aktiviti da takde sangat. Start next week aku just perlu attend kelas untuk preparation nak amik PTM (ok join government memang takkan terpisah dengan amik exam. Sis redha). Semalam pun just pi gotong royong kat kampung yang terpilih. Tu pun tak heavy sangat sebab ramai yang join so cepat la abis gotong royong tu. Ohoiii tak sabarnya nak abis kursus!

p/s: Esok dinner and dengar kata akan announce penempatan. Doakan aku dapat dekat dengan suami dan anak. Amin






No comments

Back to Top