Mama Mimi Yang Beriya Sedih

Alahai berhabuk sudah blog yang tercinta ini. Ingatkan da keje gomen aku relax la sikit. Tapi takde maknanye. FYI distance aku dari opis ke rumah and vice versa dalam 45km. So kalau ulang alik total 90km. Kemain 2 marhala sangat. Penat memang penat. Before this tempat keje idok la jauh gini. Paling jauh pun ke Glenmarie je. So balik keje memang lepak. Aku memang rajin skip masak sebab sometimes nak keluar dari pulau tu jem tak bertempat. Kalah KL uolls. Dah sampai rumah memang keletihan yang amat. Nasib suami memahami.

At the beginning memang aku rela ulang alik sebab laki aku pun memang keje dekat area rumah aku tambahan pulak aku sayang nak bagi anak tukar nursery sebab anak aku dari umur 2 bulan camtu da dok nursery tu. Cikgu cikgi dia lagi memahami Mimi dari mama dia tau. Sabau je la. Hahaha. Kekadang tu memang termerungut jugak sebab letih travel. Tapi itu keputusan aku. Laki aku ok je lau aku nak transit dok kuarters. Selang 2 hari balik la rumah. Tapi kte as a mom mana nak berenggang dengan anak wei. Cukup la 8 minggu yang lalu berjauhan. Tak sanggup lagi nak berjauhan. Jadi mama Mimi berkorban la. Everyday pukul 06:30am dah gerak dari rumah. Sebab takut jalan sesak.  

Lepas tu dalam 2 minggu lepas laki aku bagitau yang opis dia nak berpindah pulak area Kemuning. Aku da macam what? Benda pertama terpikir is NURSERY! Actually aku tak kisah sangat pasal rumah cuma sekarang yang merisaukan nak cari orang nak jaga anak aku. Benda-benda camni memang sensitif bagi aku. Boleh ke nursery baru nanti jaga anak aku? Boleh ke anak aku blend denagn sekolah baru dia? Dengan cikgu baru dia? Selera ke anak aku nak makan nanti? See? Emak-emak sangat kan.

Benda-benda macam ni la yang selalu mendesak aku nak berhenti kerja tapi sampai ke sudah tak jadi. Nak lagi da masuk gomen. Ikut hati jaga anak sendiri lagi puas hati. After that laki aku nak pindah mana pun aku tak kisah sebab at that time tak payah pikir siapa nak jaga anak kita dah. Tapi tu la...belum masanya.. Aku cuma berdoa je la masa untuk aku jadi suri rumah akan tiba. Then boleh fokus kat anak dan bisnes online aku. AMIN.

Tapi laki aku ni memang understanding la perasaan bini dia yang gundah gulana dok pikiaq pasal nursery. So dia pun pi google area Kemuning. Tup tup laki aku whatsapp nama satu nursery ni. Siapa ada FB. So aku pun stalk la. So far aktiviti yang nursery ni sediakan memang sangat ok and menarik perhatian aku. So tanpa berlengah aku set appointment nak jumpa. Ingatkan nak jumpa time weekday so that boleh kte pantau camne dorang jaga budak tapi dorang takut kita mengganggu budak2 tu so takpela aku faham. Then sabtunya aku pergi nak booking and pantau environment (time ni da dapat cari rumah dah). So far ok la. Ade 3 orang cikgu. Kat nursery tu memang amik budak2 dari umur setahun ke atas. Nanti lau Mimi ada adik mana la mama nak hantar kan. Hehehe.

Anak aku cam biasa enjoy dengan dunia dia berlari sana sini. Cikgu2 baru nak beramah mesra memang dia tak nak la kan. Ok takpe baru 1st time. Cikgu cikgi baru dia pun nampak cam ok la. Quite mesra dengan budak2. Ok la di situ. Cuma yang tak bestnya aku kena amik anak before kol 6pm. Lambat kena bayar OT. Lau pagi pulak kena anta paling awal pukul 7am. Lau nak lagi awal kita kena bayar OT. Adoiii..lau nursery sekarang akak tu cincai je. Takpe la mama tak kisah janji dorang jaga Mimi dengan elok. So aku awal-awal da apply tukar waktu bekerja. Masuk kol 07:30am balik kol 04:30pm. So sempat la nak amik Mimi before 6pm.

Da settle booking semua aku whatsapp Kak Lin (bos nursery skang). Sedih wei dia reply. Dia bagitau la tak best nanti Mimi da pindah semua. Nanti semua rindu keletah Mimi. Hehehe. Aku yang baca aku yang sedih wei. Hari ni pulak aku saja cuti. Plan ngan suami nak kemas rumah so hantar la Mimi pi sekolah. Kebetulan jumpa Kak Lin. Kak Lin siap tinggalkan pesanan macam2. Mimi ni jenis yang suka makan berulang. Makan sikit pastu lagi berapa jam kena bagi makan lagi. Sama la kalau minum susu. Mimi lau tak berapa lapar dia minum sikit dulu pastu gi main puas2 then sambung minum. Kak Lin lagi memahami Mimi dari mama tau. Nampak tak? Mana tak sedih mama nak tukar sekolah. Tapi tu la setiap yang hidup pasti akan mati eh ade related tak? Aku cuma nak tekankan yang tak selamanya kita kat tempat yang sama. Mungkin ade hikmah Allah nak tunjuk. Cuma tu la mama taknak anak mama disakiti. Tu je...

 p/s: Lagi 2 minggu macam tu nak pindah. Risau tetap risau. Hope Mimi dapat biasakan diri dengan tempat baru. Mama nak Mimi enjoy kat tempat baru tu je. Huhuhu. Hope sangat pilihan mama kali ni ok macam yang previous. AMIN

No comments

Back to Top