Baru Dapat Hidayah

Semangat kau sampai ofis terus nak update blog. Bukan ape kat rumah baru sekarang non hado internet. Bulan 6 ni baru masuk unifi. Gigih la mak nak berjimat cermat dengan data handfong aku ni. Sebab tu payah sikit nak update blog. Padahal sebelum ni pakai unlimited punya pun malas jugak cik non -_-

Actually bukan malas. Aku ni dulu time sekolah-sekolah suka sangat tulis diari. Yela time tu kalau ada blog pun aku tak didedahkan lagi dengan penggunaan komputer. Zaman dulu pun internet takde la selaju sekarang. Bila da besau-besau ni tengok orang ada blog update macam-macam pasal travel, tips, personal matters and banyak lagi rasa macam seronok pulak. Tapi time create blog ni aku masih study lagi..degree tak silap. Time tu create sebab tengok adik aku dok touch up dia punya blog so nampak interesting giler. Bila da ada blog macam ermmm eh nak share ape ek dalam blog aku ni? Krik krik krik la kejap kan.

Lagipun aku ni bukan la datang dari family yang senang-senang nak travel sana sini. Jadi takdelah pengalaman yang nak di sharekan dalam blog. Macam-macam jugak la aku share kadang-kadang cam mengarut. Kejap buat cerpen (tapi tak habis pun). Kejap bagi tutorial pasal blog. Kejap share any experiences aku pasal dunia belajar aku. Tapi tak istiqamah. Hahaha. Lagipun dulu matlamat nak buat blog nak attract people to read. Nak gain nuffnang punya rewards. Oh my intention sangat teruk. Hahaha. Lepas tu sibuk harapkan orang komen kat blog kan. Entah ape-ape. Tak matang langsung.

Tapi sejak-sejak dah bekerja, da jadi isteri orang and da ade anak ni actually macam-macam nak share kat blog tapi masa tak mengizinkan aku. Sumpah wei bukan malas. Hampir kepada malas la. Hahahaha. Dulu time start keje balik penat gilos tak larat nak stay up lama-lama. Itu alasan pertama. Then lepas kawen sibuk layan suami. Eh. Hahaha. Lepastu pregnant. Ha time ni aku rasa satu kerugian sebab tak dapat nak update entri perkembangan anak aku dalam perut. Aku nak. Memang nak sangat sebab at least biar anak aku tau betapa payah mak dia mengusung dia dalam perut selama 40 minggu tahu. Tapi tu la time pregnant lagi mudah penat. Tido sangat awal. Boleh kira berapa kali je berjaya update. So hope pregnant kali kedua nanti (amin) aku nak update siap-siap pengalaman preganant kali kedua and seterusnya and at the same time aku akan throwback sikit time pregnant kan si Mimi. So tak de la nampak rasa bersalah sangat kat situ. Hahaha

Lepas tu bila da beranakkan Mimi penat jaga anak dagha tu pulak. Before anak dagha tu pandai merangkak berjalan bagai dah dia dok selalu mengempeng nak nenen je. Fahan-faham je la bila dia dok nenen kita pun automatic tertido sekali. Memang tak la nak update entri selalukan. Bila la ni dia da pandai jalan semua lagi payah. Gaya nak bukak laptop dia da sibuk nak tolong taip sekali. Lau nak bahagia kena tunggu dia tido dulu. Hahaha. Mencabar sungguh!

So lepas jadi mak budak ni memang banyak benda wei nak share. La ni baru nampak sikit hala tuju blog aku ni. Memang completely akan berukar menjadi blog mak2. Takpe aku suka. At least nanti suami dan anak-anak boleh baca. Hehehehe. Aku cuba merajinkan diri lagi nak update entri. Sebab banyak benda nak share tapi tu la masa tu yang menjadi punca.

Sekian,

Puan Wany

p/s: Doakan Mimi dapat adik. Hahaha. Amin



No comments

Back to Top