Seronok Betoi Mimi Kennn

Seronok betul anak dara aku ni bila tok wan, tok dengan moksu dia mai. Seronok sampai takmo tido. Bila kena bebel dengan aku berkerut muka menahan sentap. At last tido jugak la. Hahahhaa. Kalau tak buat macam tu entah pukul berapa dia nak tido gamaknya.

Actually parent aku mai sebab bapak aku kena buat operation tang mata dia. Aku tak sure apa nama penyakit tu tapi dengar kata urat mata terputus. So la ni mata bapak aku yang sebelah tu memang totally tak nampak. Last three weeks pi teman depa jumpa doktor pakar dekat Hospital Selayang and end up doktor bagi date nak operate Rabu ni. Cuma time doktor explain kat parent aku tak masuk sekali sebab bilik tu tak berapa besar so suami dengan mak da masuk sekali takkan aku nak masuk. Rasa macam sempit na na.

So esok bapak aku kena admit ward and lusa kena operate. Aku harap bapak aku dapat penglihatan semula. Ada jugak aku google pasal penyakit bapak aku. Ada yang cakap boleh nampak semula and ada yang tak boleh da. Wallahualam. Aku harapkan yang baik-baik je. Amin.

So kalau dikira-kira dekat seminggu la parent aku berkampung dekat rumah aku. The one yang paling excited sekali of course la anak aku. Dia punya suka laaa sampai aku dengan baba dia pun dia tak layan. Hahahaha. Ni kalau family aku da balik kampung ni mau kemurungan anak aku. Hehehehe.

Aku pun tumpang seronok bila tengok anak kita seronok. Sampai tido pun boleh dok gelak. Ko ghase? Hahaha. Yela mungkin dia kebosanan hari-hari tengok muka mama dengan baba dia je kan. Bila sekali-sekala tengok reramai ni harus la dia seronok.

Aku pun automatik happy and ade la sikit masa nak rehat sebab ada family aku ni. Anak aku cari aku bila nak tido dengan susu je ha dengan mandi. Hahaha. Tang main terus cari moksu dia. Sabar jola.

Ok tu je kot buat masa ni. Nak upload gambar tapi lembap pulak dari hengpong nak ke lappy. Lain tahun la kot ek. Doakan kesejahteraan dan keberjayaan operation bapak aku lusa ni (oh my malay). Daaa,

Puan Wany

No comments

Back to Top