Raya Haji Ni Tak Balik :'(

Selama hampir 27 tahun hidup tahun ni adalah pertama-tama kalinya aku sekeluarga tak balik raya. Ok dengar macam eleh raya haji je pun. Tapi hakikatnya tak kisah raya ke tak asal ada public holiday memang kami takkan lepaskan peluang untuk balik ke kampung. Cumanya tahun ni je tak balik. Hmmm.

One of the reason sebab last week aku cuti seminggu terus bak ang. As aku mentioned sebelum ni abah aku kena jalani operation mata belah kanan dia. Ha aku da tau da ape penyakitnye. We called glaucoma. Encik wikipedia cakap Glaucoma is a group of eye diseases which result in damage to the optic nerve and vision loss. Actually abah warded hari Selasa (06 September 2016). Then operation hari esoknya yakni Rabu (07 September 2016) belah pagi. Khamisnya abah da discharge dah. Tapi nak dijadikan cerita anak dagha aku demam cak cak a. Maksudnye dedar org Johor kata. Aku syak sebab Isninnya tu anak aku kena inject untuk dua tahun. Tapi kali ni dia teruk batuk sampai tekak merah. Pastu moody dari Selasa sampai Jumaat. That's why aku sambung cuti sampai Jumaat. Mana la tau kalau hantar ke nursery dia buat perangai merap dia. Kesian pulak kat para cikgu beliau. Takpe la biar mama berkorban. Lagipun cuti mama ade lagi kalau nak compare dengan babanya.

Ikut rancangan nak balik juga ke kampung tapi balik tengah hari raya jugak sebab aku da bantai cuti 1 week da last week so macam serba salah pulak kalau nak sambung cuti lagi. Memang la keje gomen senang cuti and cuti banyak. Eh aku cuti dari 25 hari la ni tinggai 11 hari ja kot. Sebab banyak cuti disebabkan anak je. So aku nak reserved cuti untuk hal-hal emergency. 

Bila anak dok merengek merap sakan ko ghase aku ade mood dak nak balik kampung? Lagi nak jalan jauh aku takut anak merengek kat tengah-tengah jalan lagi parah kan. So kami decide balik time Hari Malaysia je la nanti. Mula-mula memang Encik Suami merajuk la bila aku cakap tak mau balik kampung. Aku tak nak balik sebab anak je. Biar dia betul-betul sihat baru senang nak bawa jalan. Ni kalau sakit kesian kat aku la sebab anak memang manja na na dengan mama dia. And lama-lama Encik Suami boleh move on la. Hehehe.

Alhamdulillah keadaan Mimi getting better sebab last Friday aku usung dia pi klinik. Doktor bagi antibiotik untuk kurangkan merah kat tekak, ubat batuk/kahak, selesema dan demam. Da bagi makan a few time nampak Mimi kembali ceria, aktif, selera makan bertambah balik and no more merap sangat la. Syukran sangat. Tapi harus diakui i is jealous tengok orang update status balik kampung and most of my friend sambung cuti one week sampai ke Hari Malaysia. Nak buat camne aku da pun cuti seminggu. Tak sampai hati pulak nak sambung lagi. 

To Encik Suami: Sorry tak dapat kita sekeluarga balik kampung. Ini bukan sebab pentingkan diri tapi demi anak. Kesihatan dia lagi penting to me. 

Salam Aidiladha semua!

Sekian,

Puan Wany

No comments

Back to Top