Adik Mimi

Amboi tajukkk.. eh aku belum pregnant lagi tau. Jangan tertipu dengan tajuk tu ok. Okhari ni Mimi genap umurnya 2 tahun 2 bulan. Semakin aktif semakin petah bercakap dan semakin banyak benda yang dia da boleh sebut ok. Kalau naik kereta tu dari naik samapai da sampai ke destinasi mulut dia asyik dok pot pet pot pet je tau. Lepastu tanya itu tanya ini. Alahaaai...anak mama anak mama.

Bila anak da makin besar ni sure orang dah bertanya-tanya bila nak bagi Mimi adik. Eh ko taknak pregnant lagi ke? Manusia oh manusia. Siapa tak nak zuriat lagi. Of course aku teringin nak bagi Mimi adik. Lagikan pulak umur Mimi dah cecah 2 tahun so cantik sangat la tu kalau aku pregnant. Tapi tu la belum ada rezeki aku lagi nak bagi Mimi adik. Jadi kita relax kayuh perlahan-lahan. Rezeki orang tu lain-lain. Mungkin Tipah tu memang dilimpahkan dengan rezeki untuk dapat anak. Tapi aku mungkin rezeki tang lain kan. Sentiasa berfikir positif. Sebab bila tiap bulan period quite kecewa la sebab tak pregnant. Tapi then tarik nafas dalam-dalam pastu ko halau syaitonirojim tu jauh-jauh. Kita sepatutnya bersyukur sebab at least punya seorang anak. Dari mereka yang bertahun kahwin tapi sorang pun takde lagi. Lagi kesian kan?

Kita kena tahu yang Allah Maha Mengetahui dari kita. Mungkin aku masih tak pregnant sebab masanya belum tiba even ko rasa diri ko da bersedia untuk tambah anak. Takpe sementara berusaha banyak benda lagi kita boleh buat. Macam sekarang kami tengah dalam fasa beli rumah. Insyallah kalau takde aral melintang next week nak bayar deposit rumah and submit loan. Doakan la yea loan approved. Teringin sangat nak dok rumah sendiri. Pergi IKEA da selalu. Tiap kali pi IKEA tiap kali tu berangan nak dapur camtu nak bilik Mimi camni la. Hahahha. Maklumlah berangan kan tak perlu bayar.

Ok la. Dalam dok berusaha nak bagi Mimi adik memang macam-macam produk supplement juga kita try nak make sure kesuburan aku dan suami kan. Haaa gitew. Berusaha yang mana termampu. Nanti ada la rezekinya tu kan. Ok la sampai sini je ceritanya. Nak keluar pi sarap. Daaaa

Love,

Puan Wany

No comments

Back to Top