Demi Ibu Bapa

Walaupun aku dah berkahwin tapi aku tak pernah lupakan tanggungjawab aku dekat parent aku. Lagipun aku bukan datang dari background yang kaya raya. So lagi la wajib nak tolong family aku. Nak pulak adik beradik aku tak ramai. Yang bekerja baru dua orang. Aku pulak memang dah tak kasi parent aku kerja. Kalau nak kerja sangat buat la online business sajo. Janji tak guna tenaga kennnn.

Aku tak tau definisi berapa actual yang kita kena bagi dekat parent. Pada aku aku hulur berapa yang aku mampu. Kalau ada dapat duit lebih ke aku masuk lebih. Kalau dapat kurang so aku bahagi la elok-elok kan. 

Kadang rasa serba salah jugak dekat parent sebab dulu masa aku belajar lagi aku pernah bagitau dorang yang lepas belajar aku nak tolong family dulu, aku nak belikan rumah kat abah dengan mak dulu baru pikir pasal diri aku. Tup tup tup time tengah praktikal lagi aku dah tunang. Ermmm da jodoh kan. Elok habis belajar (tak konvo lagi) aku da kahwin. Tapi angan-angan nak tunaikan apa yang pernah aku janjikan tak pernah aku lupa. Kekangan mungkin dari segi cepat atau lambat je.

Aku pun baru berapa tahun kerja. La ni da ada suami dan anak. Corak hidup da lain. Banyak benda nak fokus since komitmen bertambah. Pernah jugak ajak parent dok sekali sebab senang aku nak tengok-tengokkan. Tapi as usual mana la dorang nak. Maybe sebab nakkan privacy kot. Dah dorang cakap macam tu takkan aku nak paksa. At least kalau dok sekali rasa bersalah aku kurang la sikit sebab boleh jaga dorang full time. Kalau dorang dok sekali aku takde la aku nak suruh buat ape pun. Anak aku still hantar nursery. Toksah basuh baju aku sekeluarga. Tak payah nak kemas rumah beriya. Semua tu aku boleh je call daily maid tu. Dorang dok dengan aku buat la ape nak buat. Cuma kalau lapar pi la masak ape yang patut. Tapi tu la...tak nak nya dok dengan aku. Maybe belum tiba masanya lagi kot. 

Aku tak pernah rasa terbeban pun nak tolong parent aku yang lahirkan aku yang besarkan aku yang educate aku. Sebab tu la ni kalau ade peluang nak generate duit aku nak join. Sebab nak sangat tolong dorang. Harap dipermudahkan. Amin


No comments

Back to Top