Mimi is Alarm Clock

Yeayyyy da siap masak main menu untuk makan malam ni. Tunggu suami dengan Mimi balik then baru goreng sayur. Sayur ni goreng awal tak best. Nak kena dekat-dekat makan baru goreng baru syiokkk.

Lately rajin pulak la kan aku update entri. Actually memang aku minat menulis. Tapi bakat tu semakin terhakis dek kesibukan dengan kerja, uruskan suami dan anak dan bla bla bla.


Dulu masa masih anak dara gitew aku ni spesis burung hantu. Tido lambat bangun haruslah lambat. Hahaha. Sampai mak aku selalu bising yela anak dara apa bangun lambat kan. Tapi time tu aku just masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Hahaha. Sebab masa tu bukan ada komitmen apa nak pikir kan. Bangun tido makan study jawab exam. Lepas tu cuti sem. Cuti sem yang paling heaven. Sebab tu aku selalu fully utilised cuti aku tu semaksimum mungkin dengan menghabiskan cuti dengan online, layan movie etc. Sungguh tak bertamadun aktiviti aku dulu. Hahaha. Yela nak keluar pun duit non hado baik duduk rumah besaukan badan. Hahahah

Tapi sejak kahwin dan ada anak ni memang semua da berubah la uolls. Masa Mimi masih baby aku boleh lagi nak lajak sikit tido sampai pukul 9 pagi camtu. Sebab bila dia dok ek ek ek aku bangun bagi dia susu pastu aku tido balik. Tapi sejak Mimi makin membesar dan akal dia makin berkembang pesat ni tak daya aku nak lajakkan tido aku. Rasa paling lambat bangun pun pukul 8 pagi. Tu pun sebab Mimi bangun lambat so kita pun amik kesempatan sekali. Hahahaha

Paling awal or normal time Mimi bangun around 7 pagi. Tu average la. Normal. Kalau abnormal dalam pukul 6 pagi pun dia boleh bangun da. Hahaha. Mimi ni jenis kalau bangun dia tak senang hati tengok mama dan baba dia tido tau. Kalau time aku dan suami cuti orang pertama yang dia akan kejut is aku la. Nanti dia bangun tenung kita. Kalau aku terjaga and terpandang dia dia akan dok sengih-sengih kat aku. Lepas tu tarik tangan aku sambil cakap "Jom jom jom". Tu tandanya dia ajak kita keluar bilik la tu. Kalau aku buat bodoh nanti dia terus amik spec aku botol air aku bagi kat aku. Tak cukup dengan tu dia siap da pegang bakul susu dia menandakan dia da ready nak keluar bilik. Sesuatu sangat tau budak ni -_-. Kalau tak layan nanti dok paksa kita bangun kan. Mana taknya aku bangun awal. Hahaha.

Tapi if aku pergi kerja dia bangun-bangun tido terus kejut bapak dia. Tapi laki aku ni jiwa kental sikit. Dia selalu je buat bodoh kalau Mimi kejut. Sampai satu tahap Mimi bengang kot sebab dok kejut-kejut baba dia buat bodoh. Then dia pi amik kerusi plastik dia ketuk muka laki aku. Ko ghase? Tak pasal muka laki aku da bercalar panjang macam lanun da. Memang aku gelak je la bila laki aku cerita kan.

Sebab tu la aku cakap Mimi ni jam loceng keluarga kecik aku ni ha. Tu baru part bangun tido. Kalau main pun sama. Dia suka kalau kita main sama-sama dengan dia. Yela main sorang-sorang haruslah bosan kan. Nanti kalau tak layan mula dia protes menjerit bagaikan. Sabar je la dengan perangai mu ni anak. Hahaha

Tapi aku ok je bila anak ni jenis bangun awal. Alhamdulillah timing tido anak aku memang teratur. Dia bangun pagi then tengah hari tido kejap. Kalau tak tido malam confirm tido awal. Kalau da malam tapi dia taknak tido aku bagi masa paling lewat pukul 10-11 malam. Then Mimi wajib tido even kadang dia nanges sebab kita paksa dia tido. Tapi bagi aku tu bukan kesalahan sebab aku nak make sure dia disiplin. Lagi pulak aku pun keje kalau dia tak tido abis pukul berapa aku nak tido kan?

Korang macam mana? Anak kejut korang ke korang kejut anak? Hehehe

Sekian,

Love,
Puan Wany

No comments

Back to Top