Petua Hilangkan Sembelit

Sejak Mimi putus susu sejak umur dia 10 bulan macam tu tak silap aku memang dia kerap sembelit. Sebab faktor bagi susu formula. Lagi pun anak aku ni bukan jenis yang suka makan buah. Ke sebab aku jarang beli buah? Hahahaha. Aku selalu beli buah like jambu, mangga muda, kedondong. Motif nak menyicah. Hahaha. Ok nampaknya kena kerap beli buah yang boleh atasi sembelit mungkin. Sebab suami dan anak yang paling ketara sembelitnya.

Setiap hari aku akan make sure Mimi berak. Sebab tu tiap kali amik anak dari sekolah benda pertama yang aku tanya kat cikgu dia "Mimi berak tak hari ni cikgu?". Kalau tak berak aku mula susah hati. Memang la orang cakap baru sehari tak berak ok lagi. Tapi aku is tak ok. Sebab apa bila hari ni tak berak then esok baru berak kadang terseksa tengok anak meneran. Sebab budak kecik selalunya tak reti teran berak lagi. Then Mimi pulak tak pandai dok cangkung untuk berak. So memang bermasalah sikit la kalau nak membuangkan. Menangis anak sampai merah muka nak membuang punya pasal. Hati ibu mana yang tak sedih kan lau tengok anak terseksa gitu.

Jadi untuk atasi kes macam ni ada beberapa benda yang memang aku standby dekat rumah untuk atasi sembelit Mimi ni (aku susun dari wajib bagi hingga ke optional or terdesak):-

1) Vitagen / Minuman Susu Kultur
Dekat freezer wajib aku standby vitagen. Even orang ramai cakap yakult more better dari vitagen tapi Mimi lagi suka vitagen sebab ada banyak flavor. Her favourite one is apple yang color hijau tu. Dulu pernah jugak switch ke yakult tapi dia kureng sikit. So aku beli vitagen sajo. Aku pun suka vitagen sebab rasa masam-masam sikit. Vitagen aku bagi Mimi minum tiap hari. Nak elak sembelit. Minum susu kultur ni memang bagus untuk penghadaman. Kalau anak sembelit or cirit birit moh amalkan minuman susu kultur ni.

2) Gula Perang / Brown Sugar
Tahu tak korang gula perang pun boleh atasi masalah sembelit? Aku tau pun sebab Kak Lin (cikgu kat nursery lama Mimi) yang bagitau petua ni. And bila aku google ramai yang share petua guna gula perang untuk atasi masalah sembelit. Maklumlah kita baru anak sorang. Memang Mr Goog dan orang-orang yang makan garam dulu la yang banyak tolong kita. Gula perang ni korang campur dengan susu formula anak. Dulu aku masukkan satu sudu kecik je. Tapi haritu google ada yang suggest satu sudu teh gula perang dengan 2 Oz susu anak. So kalau 6 Oz susu bersamaan 3 sudu kecil kan? Hahaha. Itu pahaman aku. Tolong betulkan kalau salah. Fungsi gula perang ni untuk lembutkan najis sebenarnya. Cara ni pun efektif. Aku selalu bagi 2 hari sekali. Kalau sembelit, sehari tu berkali-kali lah aku campurkan susu dengan gula perang.

3) Ubat Sembelit
Ubat sembelit ni boleh dapat kat mana-mana farmasi. Kalau korang tanya farmasi nanti dia akan syorkan dua jenis: Ubat makan or ubat cucuk bontot. Aku prefer yang makan sebab yang cucuk tu sangat scary kena inject kat lubang bontot. Kesian anak tahu. Tapi ubat cucuk ni kesan dia memang cepat berbanding ubat makan. Tapi selalunya aku bagi ubat makan je. Yang selalu aku beli brand Lactul. Rasa dia manis. Memang khas untuk sembelit dan suitable untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Fungsi nak lembutkan najis jugak. Tapi Mimi pernah sembelit teruk sampai menangis kaw kaw. Bila cek najis tu memang da kat hujung-hujung tapi taknak keluar even da teran. Time ni sebab tak sampai hati tengok anak camtu terpaksa aku guna ubat cucuk tu. Kesan sangat cepat. Terus keluar. Hahaha. Tapi ubat ni aku tak suka and tak syorkan. So kalau boleh jadikan pilihan terakhir.

4) Buah-buahan
Actually sangat lah jarang nak jumpa buah dekat rumah aku sebab laki bukan jenis yang suka makan buah. Tapi bila anak sembelit aku ada jugak try bagi pisang. Not bad kesan dia wei. Lepas makan terus Mimi rasa nak berak. Hahaha. Tapi apesal aku tak jadikan no 1 ek pisang ni? Faktor malas nak cari kot. Kalau vitagen merata ada jual. Hahaha. Eh tapi tak semua orang sesuai dengan pisang tau. Ada orang makan pisang lagi sembelit. So dalam hidup ni memang kena try and error. Kalau pisang tak sesuai try la betik pulok.

5) Air masak
Bagi pendapat aku la kalau tak nak sembelit silalah minum air masak sebanyak mungkin. Macam aku memang tak pernah ada masalah sembelit. Sebab aku pi mana-mana memang usung botol air. Yang tak rajin minum suami dan anak. Sebab tu senang sembelit -_- Hahaha. Untuk Mimi aku beli pelbagai design botol air / tumbler sebab nak attract dia. Hasilnya bolehla. Mimi minum jugak even seteguk dua janji minum la kan. Maklumlah ada budak yang jenis tak suka air masak. Spesis anak aku la tu. Adoiiiyai. Moga besar nanti ikut la perangai mama yang suka minum air masak tau.

Kalau anak korang sembelit korang bagi apa pulak ek? Kot yang mana anak tengah sembelit or diri sendiri yang sembelit boleh la try petua yang aku share ni.

Sekian,

Love,
Puan Wany

No comments

Back to Top