Teringin Nak Jadi Degree Housewife Jugekkk

Da lama aku pendam pasai ni. Aku tengok dok viral kat FB pasai nikmatnya jadi housewife, rela korbankan degree demi keluarga and bla bla bla lagi. Ehemmm...jauh di sudut hati aku tu mau je jadi keyboard warrior nak list kan why why why and whyyyy aku tak boleh jadi housewife...

Dulu masa baru-baru kahwin aku rasa ok la kalau nak keje dulu sebab takde komitmen lain selain nak jaga suami kan. Tapi bila sejak menjak ada anak ni memang aku akui kadang kala, selalu kala, setiap masa aku dok terpikir alangkah indahnya kalau aku dapat jaga anak aku full time macam orang lain. At least aku boleh generate income dari rumah. Tu pun kalau sempat nak berbisnes. Takut terkejar nak jaga anak lagi, nak ngemas lagi, nak masak lagi. Tapi aku percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan aku percaya Allah akan tolong hambanya. Nak-nak lagi kita sanggup korbankan degree kita demi family. Yes aku admit! Aku pun kalau boleh tak sior nak hantar anak bagi orang jaga. Ingat lagi time Mimi baru nak berjalan. Aku nampak dia punya effort nak bertatih. Aku sempat la ajar dia tatih beberapa kali. Tapi jadi sangat miracle bila a few days later anak aku da berjalan weiii. Terkejut aku bila balik rumah letak-letak anak tengok anak terus berjalan. Ko ghase satu kerugian tak bagi ibu sebab tak dapat tengok perkembangan anak? Yela kita keje lima hari seminggu. Satu hari kerja dalam 8 jam macam tu. So sempat spend masa dengan anak malam je la. Tu pun a few hours je sebab anak da ngantok dengan omaknya sekali tertido-tido main dengan anak.

Sesiapa yang jadi ibu yang berkerjaya tentu rasa seperti apa yang aku rasakan. Actually banyak faktor kenapa masih ada ibu-ibu yang bekerja. Memang orang cakap bila da jadi surirumah ni pintu rezeki lagi terbuka luas. Even gaji laki tak cukup tapi sebab ade keberkatan kat situ so everything jadi smooth. All is well la senang cerita. Aku tak nafikan. 

Macam aku...banyak kali jugak aku terpikir nak berhenti kerja nak fokus dekat family tapi...aku ingat tanggungjawab aku dekat mak bapak aku. Family aku masih perlukan aku wei. Aku tak boleh bayangkan betapa stress laki aku kalau aku tak kerja. Takut terkejar-kejar cari duit nak top up dekat mak bapak aku lagi dekat family kitaorang lagi dekat mak bapak dia lagi. Lagipun aku fikir tu family aku biarla dorang rasa duit dari hasil titik peluh aku sendiri. 

Impian aku menggunung nak belikan parent rumah, nak gantikan kereta abah tu, nak hantar parent pergi haji dan banyak la lagi wishlist yang aku pasti sama je macam korang-korang semua. Aku tak nak parent aku rasa terbeban selepas aku kahwin sebab aku tak dapat fully tolong dorang. So takpe sementara masih muda (muda ke) biar la aku membanting tulang untuk mereka. Pada masa yang sama tak pernah aku lupa titipkan doa untuk anak aku semoga sesiapa yang jaga anak aku dekat nursery tu boleh jaga dengan baik. Aku tak mintak jaga macam anak sendiri tapi cukup la jaga time dia nak susu time tukar pampers, time dia mengada-ngada sikit (budak kan datang manja dia memang sabau jela). Dan jangan sesekali angkat tangan. Aku risau sungguh aku risau bila kena hantar anak dekat orang nak-nak lagi bila baca viral tentang pengasuh dera anak and so on. Tapi itu la risiko yang kami-kami selaku ibu yang berkerjaya kena hadapi. Korang kena tau tiap kali amik anak aku belek habis badan dia. Takut la kan. Tapi alhamdulillah..so far ok..paling-paling pun merah kat tut. Maybe sebab terlambat tukar pampers. Takpe aku sapu drapolene. Pastu aku pantau lagi untuk beberapa hari. Kalau still jadi aku tanya elok-elok kat cikgu dia. Kena ingat even kita bayar dorang tapi dorang bukan kuli kita. Kena jaga hati dorang sebab dorang yang jaga anak kita. So bila ada something yang ko nak complaint bukan boleh terjah je. Kena guna bahasa yang elok dan bukan tuding jari terus kat dorang sebab bukan sorang yea dorang kena jaga. Harap maklum sangat.

Tu belum masuk lagi bila ank demam ke ape. Kami kena berkorban amik cuti. Sampai cuti tu habis disebabkan jaga anak. Maklum la bila anak hantar nursery bergaul dengan kanak-kanak lain so automatically dorang terdedah dengan pelbagai virus dan bakteria. Ingat lagi dulu aku kena bising dengan manager sebab selalu amik cuti. Time tu ghase nak maki je sebab ko takde anak so ko tak tau perasaan tu. Damn it sangat wei! Bila aku baca surirumah dok update yang kerja dorang challenging aku tersenyum je. Aku admit tapi aku rasa kita sama je. Sama-sama menghadapi pelbagai dugaan cuma situasi berbeza. Aku pagi hingga petang fokus dekat kerja. Balik rumah fokus kat family. Kadang stress kerja terbawa-bawa balik rumah. Kadang tertempias dekat anak. Hmmm sorry sayang. Mama tak bermaksud camtu. Memang mencabar bila kala kau nak kawal emosi ko. Stress kerja plus stress kat rumah tak tau nak sama dengan apa. Hahaha...

Ikutkan banyak je nak luahkan tapi anak da bangun tido pulak. Kang dok tercari-cari pulak..hahhaha..

So aku nak conclude kan kat sini aku masih bekerja sebab aku rasa aku perlu lunaskan hutang untuk parent aku. Nak balas budi mereka. Yela aku kan kahwin awal. Tak sempat dorang nak rasa hasil titik peluh aku tup tup da kawen kan. Tapi lagi afdal aku conclude kan bahawa setiap orang ada ada reason yang tersendiri kenapa mengapa para ibu masih bekerja. Takdir kita tak sama. Bila dorang dok update pasail nikmat jadi surirumah tu aku terasa jugak. Hahaha. Aku je kot yang sentap. Actually tak sentap la cuma kami pun facing challenging things. Bukan pasal keje je tapi menyeluruh. 

Jadi ko kerja ke ko tak kerja ke sama-sama ada pro and cons nya. Keberkatan tu hadir ke tak bukan urusan kita nak tentukan. Tu semua kerja Allah. Siapa kami nak lawan takdir. Sobs sobs sobs...sekian..nak pi masak daging salai masak cilik api sat no

p/s: Entri ni tak berniat nak menyakiti sesiapa. Aku tulis sebab terasa nak tulis. Ni kan blog aku. So suka hati aku la..Hahaha...chill ok jangan mudah melatah. Peace not war..muahhh cikeddd :p


No comments

Back to Top