Kawan

Semua orang ada kawan. Dari zaman kecil sehingga dewasa setiap manusia perlu kawan. Pelbagai definisi kawan yang boleh kita huraikan (berdasarkan perspektif aku la). Ada yang nak kawan sebab tak nak sunyi. Ada yang nak berkawan sebab nak mengena. Ada yang berkawan sebab diri sendiri tak boleh jadi independent. Walau apa jua definisi kawan itu, memang setiap manusia pasti ada kawan. Jangan nak membongak kalau ko cakap tak pernah ada kawan! Sekali pun dalam dunia ni tinggal ko sorang je tapi hakikatnya Allah masih ada menemani. Setuju?


Aku suka berkawan ke?

Of course la! Sebab aku ni jenis yang sangat sangat sangat banyak mulut. Senang cerita suka bercakap. Bila ada kawan ni senang nak gosip. Eh? Hahaha. Pada zahirnya memang aku suka bercakap. Tapi jujur aku katakan aku boleh keseorangan tanpa kawan kalau ia lagi menenangkan hidup aku. Kenapa?

Hakikatnya di dalam dunia ni memang susah nak cari kawan yang boleh ko percaya yang boleh ko harapkan ketika ko susah yang paling penting yang boleh simpan rahsia ko. Sampai satu tahap aku rasa trauma nak berkawan sebab susah nak dapat kawan yang boleh harap kan. Tapi trauma aku tu tak bolehlah aku biarkan berlarutan terlalu lama sebab kita kena sedar dalam dunia ni kalau nak seorang diri all the time payah jugak kennn. Sebagai contoh time study. Cuba ko buat study group versus study sorang diri. Mana lagi yang banyak bagi benefit? Ok memang study sorang diri tu bagi ko privacy sebab takde orang kaco. Habis kalau baik punya study sorang tetiba ada yang ko tak paham ko nak cari siapa? Nak pulak esok da nak exam. Lagu mana??? Sebab tu penting berkawan ni. Tu baru bab study belum aku cerita pasal alam pekerjaan lagi kan.

Berkawan tu seronok sebab kita boleh share hobi, masalah etc. Tapiiii hati-hatilah bila berkawan. Jangan sampai kawan makan kawan. Jenis aku bila start berkawan aku suka analisis dulu si minah ni macam mana orangnya, boleh bergurau tak, boleh simpan rahsia tak ke camne kan. Bila kita analisis and tau dia ni boleh macam ni tapi tak boleh macam tu. So next time kita boleh berhati-hati bila berborak dengan dia kan. 

Jenis aku kalau nak berkawan simple je. Aku dengan semua orang aku boleh kawan cuma tak tau la yang semua orang tu boleh ke idok berkawan dengan aku ni. Hahahha. Yang pasti aku tak memilih dalam berkawan. Ko cantik ke ko hodoh ke ko pandai ke ko bodoh ke ko mulut puaka ke ko apa lah sekali pun i is ok je. Aku boleh berkawan dengan sesiapa tapi pada masa yang sama aku lebih amik sikap berjaga-jaga lah. Cuma satu je la pasal aku ni jenis cakap yang agak boleh tahan lepas jugak. Kekekeke. Bukan apa aku belajar dari pengalaman. Bila ko berkawan jangan sesekali pendam dalam hati kalau ko tak setuju dengan tindak tanduk kawan ko. Takut makin lama dipendam makin sengsara jadinya. Sebab dulu aku jenis yang macam tu la. Jenis ok tak kisah tapi jauh di sudut hati tu sebenarnya sakit tuh disini tahu. Hahahaha.

Dan dalam berkawan jangan lah ko memilih-memilih dari segi pandai bodohnya seseorang tu. Kalau dia ditakdirkan kurang bijak nak dibandingkan dengan kita jangan la terus ko block dia. Dia pun manusia wei. Walaupun dia tak pandai tapi mungkin dia pandai dari segi lain. Mungkinkan? Sebab Allah ciptakan manusia tu sama rata. Kalau ko hodoh mungkin Allah lebihkan ko dari segi lain. Kalau ko cantik mungkin Allah kurangkan sikit dari segi lain. Wallahualam. Sebab tu aku tak setuju bila kat Malaysia ni ada sesetengah sekolah or mostly la yang suka asingkan student ikut kepandaian. Yang bijak kelas 1 yang kureng semua kebelakang. Sesuatu sangat tau.

Tahu tak bila buat macam tu lagi la budak-budak yang kurang tu rasa less motivated. Rasa lagi malas nak belajar sebab berada dalam kelompok yang sama. Tapi kalau satu kelas tu kita campurkan bijak + kureng rasanya hasilnya lagi better. At least yang kureng tu terasa motivated sikit tau sebab dulu masa aku sekolah, our school praktikkan dalam kelas semua kategori ada (bijak + kureng). Bila campur macam tu kitaorang rasa semua orang ada kelebihan dan kekurangan sebenarnya. Aku dulu ada kawan yang dasarnya dia biasa-biasa tapi bila kawan dengan aku prestasi dia makin meningkat. Aku tak kata aku pandai tapi masa zaman sekolah aku sangat suka subjek Maths. Member aku ni pulak bab kira-kira dia kureng. Tapi bila kami rapat aku selalu share apa yang aku tahu dekat dia. Kitaorang buat revision sama-sama. Member aku ni pulak even dia kureng dalam Maths tapi lukisan kejuruteraan dia hebat jugak wei. So aku belajar dengan dia pulak untuk subjek tu. So sama-sama dapat kecapi kejayaan kan? Kiranya jangan sesekali lokek ilmu. Apa yang ada kita kongsi bersama.

Jadi dalam dunia yang penuh pancaroba nie kita sememangnya kena bijak memilih kawan. Takut tersalah pilih kawan je. Untuk play safe kita berkawan untuk sesuatu benda je. Contoh aku kawan dengan Miss A sebab dia satu opis and quite good as team member. Sebab boleh bagi kerjasama and more knowledgeable dari aku tapi dari sudut lain dia ni suka jaja cerita yang entah kureng pasti kebenarannya. Macam joyah la senang cerita. So bila ko tau camtu ko get along dengan dia as officemate only then full stop. Tak payah share masalah ke apa kang silap-silap satu opis dia jaja cerita ko haa gitew. Faham?

Ok sampai sini dulu.

Love,

Puan Wany

No comments

Back to Top