Lara Oh Lara

Siapa kat sini anak dia suka tengok Lara Oh Lara? Kalau suka boleh geng dengan anak aku. Suka benor dia tengok si Lara tu. Sampaikan bangun-bangun tido mata tak bukak lagi tapi mulut dok bunyik nak lara nak lara. Mengigau ke ape tu? Motif sangat tau bila all the times nak bukak Lara je. Hahaha

Actually starting Lara Oh Lara bersiaran tu aku la yang tengok. Sebab Lara dengan anak aku ni beza sebulan lebih je. Masa Mimi dalam perut aku suka tengok si Lara ni sampai la Mimi da keluar still suka tengok keletah si Lara ni. Tapi lama kelamaan Mimi pula terjebak tengok Lara Oh Lara ni. Memang 24 jam nak bukak Lara. Adoiyai. 


Tapi rancangan Lara Oh Lara ni banyak juga bagi pengaruh dan aura yang positif dekat Mimi ni tau. Contohnye Lara kan duta Yakult pastu tiap kali si Lara minum anak aku pun beriya ngajak aku pi fridge nak amik Vitagen. Abis kalau satu hari 10x dok ulang tayang Lara Oh Lara ni ko ghase berapa kali anak aku minum? Risau sakit perut je. Tapi elok ke tak ek minum banyak dalam sehari? Siapa tau mai jawab sat.

Lepastu Mimi skang sangat suka sebut One Two Three then A B C. Walaupun berterabur tapi effort dia aku suka. Lagipun budak memang suka belajar dengan music kan. So aku sebut A B C tu sekali irama memang Mimi layan. Sekarang kalau nampak huruf kat mana-mana mesti dia try nak mengeja. Habis suma huruf dia sebut. Nampak cute gile. Hahahaha

Mimi pun sekarang suka dengar educational music macam This Is The Way Your Brush Your Teeth. Bila dia nyanyi tu ada la lebih kurang irama lagu tu. Seakan sama cuma lirik Mimi Brush Your Teeth je. Yang depan-depan tu dia tak boleh catch up. Yang paling tak tahan Mimi panggil toothbrush tu Brush Your Teeth. Kemain panjang na kan. Memang gelak besar la aku dengar. Aku suh panggil toothbrush dia taknak. Fine!

Memandangkan rancangan Lara Oh Lara ni melibatkan anak selebriti so memang aktiviti and barang dia memang kerlassss gitu nok. Anak aku yang tengok sangat teruja. Apa yang Lara main semua dia nak. Ko hengat ko anak retis? Dorang pun ramai orang sponsor and bagi mainan dia free. Kalau Mimi nak memang rabak la poket mama ni sayang. Tapi sejak rancangan Lara ni bersiaran tak memasal anak aku suka cartoon Hello Kitty. Tak memasal. Hahaha. Disebabkan dia suka aku pun baru beli baju Hello Kitty dekat dia. Ingat nak beli anak patung Hello Kitty tapi setahu aku la anak aku ni tak layan teddy bear bagai ni. Main kejap je pastu bosan selamanya. Acamno tu?

Sebagai penutup bicara ni, rancangan Lara Oh Lara ni interesting and banyak bagi postive  aura kat anak aku dan aku jugak. Untuk Mimi is good untuk tumbesaran dia. As we know budak-budak memang cepat meniru. Rancangan Lara Oh Lara pulak memang tunjuk perkara yang baik untuk diikuti oleh kanak-kanak. Untuk mama pulak automatically cara Scha dan Awal bagi serba sedikit idea untuk aku besarkan anak. Maklumla aku ni anak baru sorang. Masih ada yang kurang dari segi didikan atau jagaan anak. Yang mana yang kurang aku cuba tambahkan dan improvekan lagi gitew.

Ok sampai sini je la kot.

Sekian,

Love,
Puan Wany

No comments

Back to Top