Tak Sangka Kan

 
Hi selamat petang semua. Aku tengah teman Mimi ni tengok Teletubbies. Petang-petang ni boleh la lepak-lepak sikit sebab da siap masak makan semua. So ada la masa untuk diri sendiri kejap sementara anak dagha tak kaco kennn...

Bila da kahwin ni kan rasa macam tak percaya sangat dengan apa yang aku berjaya buat. First buat anak. Eh..hahahaha..next second anak tengah berusaha lagi. Hahaha. Ok actually first yang tak sangka bila boleh bangun awal. Awal aku selalu kalau cuti pukul 6 lebih or depends kat Mimi. Bila tengah datang bulan pun kengkadang tak boleh nak bangun lambat sebab Mimi ni jenis bangun awal. Bila dia da bangun tak mungkin dia tak kaco aku. Hahaha. Nanti ajak keluar tengok tv. Memang tak sangka sangat kan aku boleh bangun awal? Cer compare dengan zaman bujang dulu? Kehkehkeh


Tapi benda yang paling paling tak sangka is masak la babe! Ni memang unbelievable bila aku berjaya masak untuk family kecik aku ni. Actually aku ni takde la minat sangat masak. Baking lagi aku prefer kot. Lagipun masa bujang aku banyak jadi assistant mak je. Potong-potong bawang, sayur etc. Paling kuat pun aku tolong goreng sayur, ikan, ayam tapi paling selalu masak is sambal tumis and nasi goreng. Jadi skill memasak tu tak berapa terror and sehebat macam mak aku la sebab dulu mak jenis tak kaco anak dia study. Bila time free aku tolong potong-potong ape yang patut je la. Jadi nak dijadikan cerita bila kita da kawen kena la belajar lagi kan. Aku ingat lagi masa awal-awal kawen memang rajin tanya mak resipi tu la ini la. Takpun google sajo. Tapi bila da selalu masak alhamdulillah lah better than before. Nak kata sedap tu tak tahu la yang penting perut suami da buncit. Ko ghase? Hahahaha

Tapi ada juga certain benda yang sampai sudah tak berapa reti which is siang ikan. Haissshhh bila siang ikan mau lunyai aku kerjakan. Kalau setakat ikan yang kecik aku guna tangan je wei. Kalau malas aku suruh laki aku siangkan. At least kalau buruk jadinya aku tak rasa bersalah sebab bukan aku yang siang. Ekekeke.

Ok la saje je nak update blog. Kira entri santai-santai je. Macam pernah la pulak kan blog aku ni memaparkan entri yang serius. Kbai

Love,

Puan Wany

No comments

Back to Top