Braces #1 Finally...Aku Si Pagar Besi aka Braces


Actually da lama da pasang niat nak pakai braces ni. Fyi gigi aku memang ada masalah iaitu berlapis. Dulu time sekolah sorang member ajak aku daftar dekat klinik gomen. Tapi masa tu aku takde kesedaran pasal braces. Bila da habis sekolah baru ade kesedaran tapi dah terlambat la sebab gomen mana nak amik da budak lebih dari 18 tahun kan. So pandai2 sendiri la kumpul duit nak buat dekat swasta.


Kenapa nak sangat pakai braces?

Tadi aku da bagitau yang gigi aku ada masalah berlapis. Selain tu pakai braces nak bagi confident level aku naik lagi. Cantik tu semua orang nak kan. Tapi yang paling penting aku nak tingkatkan lagi confident level bila bercakap dengan orang. Nak pulak kita ni bekerja memang lias dengan orang luar manjang kennnn

Pasang braces dekat mana?

Confirm ramai yang akan tanya kan. Ok siapa nak tau boleh pm tepi aku. Akak ni highly recommended. Sangat peramah dan layan je soalan aku yang macam2 ni. Maklumlah kita ni newbie. Banyak benda yang taktau kan.

Kena cabut gigi tak?

Ni soalan yang famous amos jugak ni. Sebab majorit manusia memang paling takut cabut gigi. Walhal dorang bius kot. Hahaha. Oh fyi kes aku ni tak payah kena cabut gigi. So korang2 before takut pasai kena cabut gigi baik confirm kan dulu dengan doktor korang kena cabut gigi ke idok

Apa pengalaman bila starting pakai braces?

Aku pasang braces 22 Disember 2016 yang lepas. So tambah tolak hari aku taip entri ni baru hari ke-5. Masa mula2 pakai tu just rasa pelik sebab ada besi dalam mulut aku. Nak2 lagi bila kak yan tu pasang elastic band (yang color2 tu kat bracket) terasa gigi aku tegang semacam. Tapi time tu tak rasa sakit lagi la. Da malam camtu da start nyot nyot gigi aku. Tang makan tak payah cerita. Totally tak boleh nak kunyah dah. So haritu aku makan bubur sajo. Malam laki aku ade tapaukan nasi. Aku makan nasi semata. Tu pun terus telan. Memang payah nak kenyang la uolls. Camne nak lalui tempoh 2 tahun ni 😅😅😅

Tu baru bab makan. Lepas tu aku perasan yang bibir aku tetiba jadi kering gila. Memang starting pakai braces aku banyak giler minum air sebab nak elak bibir kering. Tapi tak jalan. So google punya google memang pakai braces boleh jadi penyebab bibir kering. Tapi skang much better da bibir. Tapi aku standby jugak lip balm just in case.

Susah tak nak jaga gigi bila pakai braces?

Haruslah leceh sikit especially time makan. Susah hati kalau terselit kat celah2 besi ni.. Memang all the time standby cermin.. After makan terus tengok cermin.. Hahaha

Well masa beberapa jam before pasang braces aku sempat beli beberapa tools yang mungkin aku patut guna after da berbraces ni. Tu pun aku google je.

1) Floss

Ada dua jenis yang aku beli. Nampak tak tamak?


Floss ni jenis benang semata. Aku beli dalam rm12 macam tu. Kegunaan senang nak bersihkan sisa2 makanan dekat celah2 gigi.



Ni floss pick.. Fungsi sama je just dy ade holder.

2) Interdental brush



Brush ni sangat berguna untuk buang sisa di sebalik besi2 yang ade. Aku rasa tetiba membazir beli floss. Haha

3) Mouthwash



Aku pakai listerine je. Banyak sangat jenis yang ada.. Tapi fungsi lebih kurang. So aku pick random sajo.

4) Toothbrush



Ni benda paling penting. Aku beli berus gigi lepas pasang braces. Sebab aku tak tau nak beli jenis yang macam mana. So kak yan recommend yang jenis charcoal brand darlie sebab berus ni halus sehingga 0.01mm so boleh mencapai sisa2 makanan di celah2 gigi mahupun bracket gitu. Berus ni pun lembut. Kak yan cakap colgate pun ada tapi keras sikit tak selembut darlie. Puas hati pakai wei. Memang berkesan. Aku beli kat watsons je. Satu packet ada 3 batang dalam rm10+

5) Dental wax



Ni pun berguna sangat bagi yang baru pakai macam aku. Wax ni untuk elak dari ulcer bila bracket terkena pipi kita kan. So kalau rasa2 nak terkono ulcer or takut kena terus amik secoet je then tampal kat bracket. Settle. Wax ni takde jual kat kedai. Kat klinik je ade. Aku beli ni kat kak yan dalam rm15. Ohh fyi benda ni kalau tertelan pun takpe. Memang dicipta boleh telan.. Hahaha

Tapi kan.. Antara banyak benda2 kat atas yang paling berguna interdental brush, listerine, toothbrush, and wax. Padan kak yan cakap dengan aku tak payah beli benda2 yang aku beli tu. Membazir. Memang wei.. Kalau korang takde bajet beli toothbrush dengan wax pun da ok. Listerine to optional. Kot la makan kat luar takkan nak berberus gigi bagai. Da la lama.. So cukup kumur je gitew.

Ha apa lagi korang nak tau?

Nanti kalau gigi aku da start ada movement aku attach gambar nak compare before and selepas tau. Hahaha

Kbai

Love,
Puan Wany
posted from Bloggeroid

No comments

Back to Top